Assalamualaikum Bismillah Awal betul cerita tentang hala tuju nie kan? Tiba-tiba idea keluarlah pula nak tulis entry blog pasal apa. Thanks to my brother haha! Bagi adik-adik yang tak tahu nak ke mana selepas ni, maaflah aku pun susah nak bagi pendapat. Tapi di sini aku ingin berkongsi sedikit sejarah aku selepas SPM. Memandangkan aku daripada keluarga yang agak susah, habis saja SPM aku buat keputusan untuk tak nak sambung belajar selepas SPM. Hala tuju aku lepas SPM adalah bekerja dengan alasan ingin meringankan beban keluarga. Seriously, aku tak memohon apa-apa pun selepas SPM. Tambahan pula, keluarga aku rasa macam tarik nafas lega jugalah bila aku dah tak sambung belajar. Tak payah nak tanggung pengajian aku. Keputusan SPM aku taklah teruk dan taklah cemerlang. Aku dah biasa kerja part time. Jadi tiada masalah untuk aku kerja terus. Aku dapat kerja di sebuah kedai kecil dengan gaji sebanyak RM1200 sebulan. Alhamdulillah, dengan gaji sebanyak itu aku...
I just love to write