Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9 (Updated 2023)

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Setelah 4 tahun, permohonan kali kedua untuk jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 telah melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya.   Aku pun bukalah laman web SPA9 untuk lihat status permohonan semasa. Kemudian, aku nampak alamat email yang didaftarkan di SPA9 perlu pengesahan dahulu.  Pengesahan Maklumat Akaun Pengesahan pada seksyen di bawah diperlukan bagi membantu pihak pemohon; dan juga pihak SPA dalam menguruskan keselamatan akaun pemohon. Oleh itu, semua pemohon wajib buat pengesahan email untuk memastikan permohonan jawatan yang dipohon terus diproses.   Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9 (Updated 2023) Cara untuk membuat pengesahan alamat email SPA9 mudah sahaja. Ikuti perkongsian di bawah : 1. Login ke laman web SPA9 → https://spa9.spa.gov.my/login. Masukkan nombor kad pengenalan beserta kata laluan yang telah didaftarkan. 2.  Korang boleh terus klik PENGESAHAN EMEL seperti...

UJIAN PSIKOMETRIK SPA BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (2023)

Assalamualaikum Bismillah Ini merupakan ujian psikometrik kali kedua untuk jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 aku dapat. Kali pertama aku dapat email untuk menduduki ujian psikometrik pada tahun 2019 selepas graduate. Aku hanya sekadar mencuba nasib, tetapi bukan rezeki lagi. Dan setelah 4 tahun, rezeki aku dapat lagi ujian psikometrik untuk jawatan psikologi. UJIAN PSIKOMETRIK BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (2023) Sebenarnya aku tiada niat dah nak jawatan dari mana-mana sektor kerajaan mahupun swasta kerana selepas berkahwin aku memang tak nak kerja dah. Tetapi aku masih juga isi permohonan spa9 sebab nak tahu perkembangan semasa untuk  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Artikel SPA9 dalam blog ini paling banyak dibaca oleh pembaca. Oleh sebab itulah aku sentiasa kemaskini konten berkaitan spa9. Selain itu, aku juga nak membantu calon-calon yang lain untuk lebih bersedia menjawab soalan-soalan ujian psikometrik.  Oleh sebab itulah, aku masih memohon...

Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)

Assalamualaikum Bismillah Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i) Layari ke laman web SPA9 dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pendaftaran Pengguna Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan adalah seperti maklumat pemohon, maklumat kata laluan, soalan keselamatan & persetujuan.  Sila rujuk gambar di atas untuk lihat cara-cara mengisi SPA9 dengan betul. Lengkapkan maklumat tersebut : 1. Maklumat Pemohon No. Kad Pengenalan (Tanpa -) * Nama Penuh (Isi mengikut IC anda) * No. Telefon Bimbit * Alamat E-mel * 2. Maklumat Kata Laluan Masukkan Kata Laluan * (Buat kata laluan anda) Sahkan Kata Laluan * (Ulang kata laluan anda) Kod Keselamatan * (Masukkan kod keselamatan yang tertera) 3. Soalan Keselamatan (Untuk tujuan reset kata laluan) Nama Pertama Ibu Pemohon * Negeri Kelahiran Pemohon * 4. Persetujuan Klik petak kecil untuk persetujuan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran tersebut.  KLIK DAF...

Lirik Lagu Tak Ingin Usai - Keisya Levronka

Lirik Lagu Tak Ingin Usai - Keisya Levronka Berdiri ku memutar waktu Teringat kamu yang dulu Ada disampingku setiap hari Jadi sandaran ternyaman Saat ku lemah saat ku lelah Tersadar kutinggal sendiri Merenungi semua yang tak mungkin Bisa kuputarkan kembali seperti dulu Kubahagia tapi semuanya hilang, tanpa sebab Kau hentikan semuanya Terluka dan menangis tapi kuterima Semua keputusan yang telah kau buat Satu yang harus kau tahu Ku menanti kau ‘tuk kembali Jujur ku tak ingin engkau pergi Tinggalkan semua usai disini Tak tertahan air mata ini Mengingat semua yang t’lah terjadi Kutahu kau pun sama s’perti aku Tak ingin cinta usai disini Tapi mungkin inilah jalannya Harus berpisah hoo oo oo oo Terluka dan menangis tapi kuterima Semua keputusan yang telah kau buat Satu yang harus kau tahu Ku menanti kau ‘tuk kembali Hooooo uooooo huuoooo (Jujur ku tak ingin engkau pergi Tinggalkan semua usai disini Tak tertahan air mata ini Mengingat semua yang t’lah terjadi) Ku tahu kaupun sama sperti aku ...

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Assalamualaikum Bismillah Dah lama tak join giveaway. Dah tak ramai yang buat giveaway. Kalau ada yang buat jangan lepaskan peluang untuk support rakan-rakan blogger kita. Giveaway kali ini sangat simple, dianjurkan oleh Cik Nur sempena Anniversary yang ke-23. Berlangsung pada 23hb Jan sehingga  13 Feb 2023 Dear Kak Nur, Happy Anniversary. Semoga berbahagia sehingga ke Jannah. Semoga Allah merahmati perkahwinan akak dan husband, dilimpahkan rezeki yang lancar, diberkati umur dan selamat dunia akhirat. Ikhlas dari saya yang baru setahun jagung dalam perkahwinan. Jangan lupa join ya~ Klik saja kat banner untuk join.

Pageviews Blog Cecah 10,000 000 + Tips Nak Dapat Pageviews Berjuta-Juta

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Azam tahun lepas nak dapatkan 10 juta pageviews blog akhirnya tercapai juga pada awal tahun nie. Memang ada sedikit penurunan pageviews semenjak aku kahwin. Sibuk sangat kerana baru memasuki alam rumahtangga dan banyak benda yang perlu diutamakan.  Dan pageviews mula stabil kembali pun dah nak dekat Bulan Oktober juga. Paling rendah pun pageviews sehari dapat 3000 gitu.. Itulah cabaran jadi blogger ni. Bila dah biasa nampak pageviews tinggi sikit, bila nampak rendah dari biasa tu mula lah gelabah cari punca haha. Bagi aku trafik blog sangat-sangat penting . Apatah lagi kerja memang blogger sepenuh masa jadi memang kena jaga trafik. Nak trafik blog yang baik memang kena sabar dan banyak belajar kerana perkembangan dunia digital dan internet semakin banyak yang berubah.  Bahkan penulisan SEO sekarang dah tak sama macam dulu. Tahun nie lagi kena berhadapan dengan dunia AI (Artificial Intelligent) pula. Sangat mencabar ya....

Kesedaran Tentang Autism Spectrum Disorder (ASD) | Adakah Anda Memahaminya?

Assalamualaikum Bismillah Selamat Ulang Tahun yang ke 9 tahun buat adikku yang bongsu Akim. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Aku jarang sebenarnya nak berkongsi kisah peribadi di blog. Cuma kisah kali ini aku ingin pahatkan di dalam blog sebagai kenangan kerana adikku yang satu ini begitu istimewa. Ya, istimewa kerana adikku disahkan sebagai Autisme pada penghujung tahun 2022.   Kisah Adikku Autisme Aku pernah kongsikan sebelum ini di blog bahawa adik aku lambat bercakap walaupun pada ketika itu umurnya dah masuk 5 tahun. Sebenarnya kami dah mengambil langkah awal waktu adik aku masih berusia 3 tahun lagi. Cuma nak tunggu temujanji untuk mendapatkan rawatan juga mengambil masa beberapa bulan kerana perlu mengikut giliran.  Nak pergi swasta tak mampu. Jadi pergi Hospital Kerajaan sahaja.  Temujanji pertama adik aku ialah berjumpa dengan speech therapist. Kemudian jumpa pakar untuk bahagian pendengaran kerana risau adik aku mempunyai masalah pendengar...

Senarai Blogger Sabahan Yang Korang Wajib Follow

Assalamualaikum Bismillah Sepanjang aku berblog dari tahun 2015, dah ramai kenalan blogger yang aku jumpa. Semuanya datang dari pelbagai Negeri. Selama 8 tahun berblog, ada yang dulu aktif sekarang dah tak aktif. Ada yang kekal aktif sehingga kini. Ada juga yang dah beralih ke medium seperti Tik Tok dan Instagram mengikut perkembangan semasa. Banyak sangat perubahan dalam dunia blog. Dulu tulis sebagai diari. Sekarang ada yang masih menggunakan blog untuk perkongsian peribadi. Cuma lebih berinfomasi.  Kadang rindu dengan dunia internet dulu-dulu. Medium yang hanya digunakan untuk menyebarkan infomasi bukan penuh dengan cerita sensasi dan fitnah. Atau mungkin dulu aku kurang terdedah dengan dunia maya seperti sekarang.  Kredit untuk Eca untuk Tagline Komuniti Sabahan Blogger dan Rahmad untuk Logo Rasmi Sabahan Blogger. Setelah sekian lama, aku nak update balik senarai Blogger Sabahan yang masih aktif. Ada beberapa blogger yang aku tengok dah tak aktif.  Senarai Blogger S...

Jadi Blogger Jangan Buat Fitnah Semata Nak Kejar Trafik

Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya aku tidak suka nak cerita isu macam ini. Cuma sebagai blogger sepenuh masa dan seorang yang mencari rezeki yang halal dengan blog aku berasa terpanggil untuk menulis dan memberi peringatan buat semua blogger.  Aku tahu betapa hidup sekarang sangat susah. Nak cari makan punyalah payah dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik.  Walau bagaimanapun, itu bukan alasan untuk kita sesuka hati menulis konten yang boleh mencetuskan serta menyebarkan fitnah kepada orang lain. Jadi Blogger Jangan Buat Fitnah Semata Nak Kejar Trafik Aku berasa sangat kecewa dengan beberapa website atau blog terkenal yang suka menulis tentang berita yang tidak benar dan sahih. Ramai sangat yang buat konten semata-mata kerana nak kejar trafik.  Malahan ada yang sengaja menulis isu-isu lama dan memutar belitkan cerita seolah-olah perkara tersebut baru terjadi. Jadi blogger jangan buat fitnah semata-mata nak kejar trafik dan pendapatan Adsense korang. Paling tak b...

Free Money Game Online You Can Play at Mortgage Calculator

Mortgage Calculator  is a webpage that provides a variety of interactive financial games and quizzes related to mortgage and home ownership.   These games are designed to educate and inform users about topics such as mortgage rates, mortgage payment calculations, and various mortgage options.  Users can test their knowledge and skills in a fun and interactive way through these games and quizzes. There are several potential benefits to children playing money games online. These games can help children learn about financial concepts , such as saving, budgeting, and making decisions about how to allocate resources.  They can also help children develop important math skills , such as calculating change and understanding basic financial equations.  Additionally, these games can be a fun and interactive way for children to learn about money, which may make these concepts more engaging and easier to understand.  Free Money Game Online You Can Play at Mortgage Calc...

Artikel Blog Terpilih Sebagai Featured Snippets di Google

Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya benda ini dah lama. Cuma aku baru nak kongsi dengan korang sebab aku dah bongkar rahsia teknik menulis SEO     di Belajar Buat Blog. Jangan lupa baca ya. Alhamdulillah 'ala kulli hal.  Sepanjang berblog dah pelbagai jenis teknik dan cara yang aku cuba di blog. Ada yang gagal. Ada yang berjaya.  Yang mana berjaya itulah aku kongsikan di blog sebagai rujukan dan panduan blogger yang lain. Artikel Blog Terpilih Sebagai Featured Snippets di Google Featured Snippets ini apa? Featured snippets come from web search listings. Google's automated systems determine whether a page would make a good featured snippet to highlight for a specific search request. Your feedback helps us improve our search algorithms and the quality of your search results. Dalam erti kata lain, dalam banyak artikel yang tersenarai di google. Artikel kita terpilih sebagai 'Featured Snippets' kerana blog atau website kita memberikan infomasi dan jawapan kepada pers...

12 Tempat Menarik di Sabah Untuk Bercuti Bersama Keluarga

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Allah permudahkan segalanya bercuti di Sabah selama 2 minggu. Cuti 2 minggu terasa seperti 3 hari sahaja. Memang tidak puas bila balik kampung halaman.  Alhamdulillah syukur sangat kerana Allah permudahkan perjalanan kami. Cuaca semasa kami berjalan pun baik. Syukur kerana Allah mudahkan kami untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga.  Sejak dari mendarat ke Sabah langsung tiada rehat. Sekali rehat pun untuk tidur sahaja. Suami yang banyak berkorban mata memandu sepanjang di Sabah.  Alhamdulillah apa yang kami rancang Allah permudahkan semuanya. Apa yang kami inginkan Allah bagi lebih baik dari apa yang kami harapkan.  Sepanjang 2 minggu memang kami manfaatkan masa sepenuhnya dengan keluarga kerana bukan selalu dapat jumpa.  Johor Bahru ⇒ Kota Kinabalu, Sabah Penerbangan dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu, Sabah. Dah setahun tak naik flight.  Dapat seat dekat tingkap tetapi tukar seat dengan husband...