Assalamualaikum Bismillah Hai semua, korang mungkin tak percaya ini kali pertama aku buat biskut raya tart nenas. Selalunya mak yang buatkan. Kali ini aku nak belajar buat sendiri. Dan alhamdulillah menjadi buat beginners macam aku hehe. Bahan-bahannya 250g Butter (boleh juga pakai majerin tetapi kalau guna butter lagi wangi dan berlemak) 1/2 Cawan susu 1 sb esen vanila 1 sk pewarna kuning lemon 2 Biji telur kuning sahaja 1/2 Cawan Tepung Susu (nespray atau apa2 sahaja brand) 1/2 Cawan Tepung Jagung 1/4 Cawan Tepung Kastad 4 1/2 Cawan Tepung Gandum Bahan Sapuan Tart Nenas 1/4 cawan susu segar 3 biji kuning telur pewarna kuning Cara-Cara Membuatnya : 1. Masukkan butter, susu, esen vanila dan pewarna kuning. Kacau dengan senduk saja sehingga butter jadi sebati dan tidak berketul. Kalau korang nak guna mixer boleh tapi mata padle yang macam sauh kapal tu ya. 2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati. Masukkan tepung susu, tepung jagung, tepung kastad dan kacau sehingga sebati....
I just love to write