Puisi 05: Menanti Cahaya
Dalam diam kau menunggu,
Setiap detik terasa pilu,
Hati tersentuh, perasaan bisu,
Mimpi tentang cahaya yang ditunggu.
Dalam sunyi malam kau berdoa,
Menghantar harapan kepada Yang Esa,
Bilakah hadirnya anugerah jiwa,
Menemani hari yang terasa lama.
Tangisan itu bukan kerana lemah,
Tapi kerana rindu yang tiada sudah,
Menanti rahim ini diberi amanah,
Membawa cahaya yang penuh barakah.
Setiap bulan kau bertanya,
Adakah ini waktunya?
Namun sabar tetap di dada,
Kerana kau tahu janji-Nya tak pernah sia-sia.
Percayalah, wahai hati yang rindu,
Suatu hari nanti sinar itu akan bertemu,
Dalam sentuhan halus jari kecil,
Kau akan temui cinta yang takkan terganti.
Bertahanlah dalam harapan ini,
Kerana dalam setiap doa dan tangisan,
Ada cahaya yang menanti untuk hadir,
Membawa bahagia yang tiada sempadan.
10 Sept 2024, 8.50PM | www.siinurul.com
Sediiih puisinya. Saya doakan untuk teman2 saya yg sedang menanti buah hati, bisa dianugerahkan nantinya oleh Allah 🤗🤗. Apapun kita hanya bisa berdoa kepada Nya. Dia juga yang memutuskan ❤️
BalasPadam