Penat yang Dicintai oleh Allah

Sii Nurul
By -
0
Assalamualaikum
Bismillah

Apabila kita merasa penat atau lelah, seringkali yang terlintas dalam fikiran adalah keinginan untuk segera berehat dan melepaskan kepenatan tersebut.

Namun, dalam perspektif Islam, terdapat jenis keletihan yang sangat dihargai dan disukai oleh Allah SWT.

Penat yang disukai Allah adalah penat yang berasal dari usaha gigih dan kerja keras dalam mencapai sesuatu yang baik dan diredhai oleh-Nya. Keletihan ini adalah hasil dari dedikasi dalam menjalankan perintah-Nya, menuntut ilmu, bekerja untuk mencari rezeki yang halal, serta berjuang di jalan Allah.

Penat yang Dicintai oleh Allah


Kadang-kadang kita mengeluh atas penat lelah yang kita hadapi. Lebih-lebih lagi apabila penat lelah kita seperti tidak dihargai. Usah khuatir, sesungguhnya ada penat lelah yang amat disukai Allah SWT

1. Penat mengandung, melahirkan dan menyusukan anak 

Surah Luqman 31:14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman 31:14)


2. Penat menuntut ilmu


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]



3. Penat menguruskan keluarga

Surah At-Tahrim 66:6
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah At-Tahrim 66:6)


4. Penat dalam kesusahan dan kesakitan 

Surah Al-Baqarah 2:155
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Surah Al-Baqarah 2:155)


5. Usaha dan kerja keras dalam Ibadah

Surah Al-Ankabut 29:69
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah Al-Ankabut 29:69)


6. Penat berjihad dijalan-Nya


Surah At-Tawbah 9:111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Surah At-Tawbah 9:111)


7. Mencari rezeki yang halal

Surah Al-Jumu'ah 62:10
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah Al-Jumu'ah 62:10)


8. Penat berdakwah dan mengajak ke arah kebaikan

Surah Fussilat 41:33
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat 41:33)


Keletihan yang dicintai Allah adalah keletihan yang timbul dari usaha dalam kebaikan, ketaatan, dan perjuangan di jalan-Nya. Setiap usaha yang dilakukan dengan niat ikhlas untuk mendapatkan redha Allah, meskipun melelahkan, akan mendapatkan balasan yang baik di sisi-Nya.


Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!