Sayangi Diri Sendiri Sebelum Menyayangi Orang Lain

Sayangi Diri Sendiri Sebelum Menyayangi Orang Lain

“Anda tidak boleh menuang dari cangkir yang kosong. Hargailah diri anda terlebih dahulu”

Rasanya kata-kata pujangga tersebut telah berkali-berkali pernah kita dengari, namun, adakah kita pernah cuba untuk betul-betul memahaminya? Hal ini kerana, terdapat kebenaran di sebalik pernyataan tersebut.

Sebenarnya, intipati pernyataan tersebut tidak ada kaitan dengan cangkir. Tiada sama sekali. Namun, ia lebih merujuk kepada ‘act of self-love’.

Apa itu ‘self-love’ sebenarnya? Perkataan yang masih asing bagi sesetengah orang dan mungkin akan kedengaran agak penting diri sendiri, tetapi pada hakikatnya, tidak. 

'Self-love’ atau menyayangi diri sendiri adalah tindakan mengutamakan keperluan dan kemahuan diri kita dari segala aspek. Ia merupakan perkara penting bagi seseorang yang ingin menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan bahagia.

Jikalau difikirkan, adalah mustahil untuk menuang penuh ke dalam cangkir yang lain dari cangkir yang kosong, kerana memang tidak ada apa-apa untuk dituang keluar. 

Lalu, apakah tindakan yang dituntut di sini? Tentu sekali untuk memastikan cangkir yang utama dipenuhi dengan air terlebih dahulu dengan menyayangi diri sendiri.

Semua orang harus cuba untuk menyayangi diri sendiri mereka sebelum menyayangi orang lain dan ini termasuklah golongan wanita, tidak kiralah sama ada korang masih muda atau sudah berusia, bujang atau sudah berkahwin, berkerja atau pun suri rumah sepenuh masa. 

Dengan menghargai diri sendiri, kita akan mampu untuk melakukan yang terbaik lebih baik bagi orang di sekeliling kita.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

8 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Betul itu kena sayang diri sendiri dahulu. Bukan bermakna pentingkan diri.

    BalasPadam
  2. Betul..sayangi diri kita sendiri kalau nak org sayang kita... heheh

    BalasPadam
  3. betul tu nurul.. kita yang kena jaga diri kita sendiri.

    BalasPadam
  4. baru kelmarin anak sy yg darjah 3 tanya apakah maksud sayangi diri sendiri (sebab ada dalam silibus pendidikan kesihatan)... ligat jugaklah otak berfikir nak bagi contoh utk level budak darjah 3 faham

    BalasPadam
  5. Bila kita sayang diri sendiri, segala tindak tanduk kita membantu kita utk berjaya, insyaallah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama