Dah Berjaya Claim RM100 eMADANI Shopee

Assalamualaikum
Bismillah

Korang dah tebus RM100 eMADANI Shopee? Alhamdulillah aku dah tebus semalam. Dan hari ini RM100 dah masuk di akaun Shopeepay. 

Bagi yang tiada akaun shopee perlu buka akaun shopee dan daftar shopeepay dahulu untuk tebus RM100. Kalau dah ada senang je nak claim. 

Cara Claim RM100 eMADANI Shopee 

1. Korang buka apps Shopee. Kemudian klik simbol eMADANI. 

eMADANI Shopee

2. Klik CLAIM NOW atau TEBUS SEKARANG.

Claim RM100 eMADANI Shopee

3. Lengkapkan butiran seperti di bawah :
  • Nama (sama dalam KP)
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat
  • Negeri
  • Jantina
  • Bangsa
  • Taraf Pendidikan
  • Pekerjaan
  • Anggaran Pendapatan Bulanan
  • Industri 
4. Dah lengkap semuanya korang boleh SUBMIT. 

Cara Claim RM100 eMADANI Shopee

Ianya mengambil masa 1-3 hari untuk proses permohonan claim eMADANI Shopee. Jadi tunggu saja sampai dapat notification. 

Siapa yang boleh claim RM100 eMADANI?

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM100,000 setahun
  • Bukan penerima eBeliaRahmah 2023
  • Belum menebus eMadani melalui mana-mana platform eWallet lain
  • Telah membuat pengesahan kad pengenalan

Tempoh Penebusan eMadani

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024

Jangan lupa tolong ibu bapa korang juga tau! Ada parents yang tak tahu sangat pasal benda-benda macam nie. Jadi rugi kalau tak claim. Siapa yang nak bagi RM100 kan.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

3 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. dah mohon tgh tunggu dapat ke tak?

    BalasPadam
  2. dekat tnG e wallet, unsuccesful..terai dekat Mae pulak..kalau tak, kang terai shopee plak

    BalasPadam
  3. dah masuk dekat MAE. tapi macam susah je. kena topap MAE wallet dulu. umpama perlu bayar guna duit sendiri nanti eMADANI transfer balik kredit yang kita dah guna dekat MAE wallet tu. hmmm.

    1. kena jadikan MAE wallet seagai primary account.
    2. kena topap MAE wallet.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama