Pertama Kali Beli Emas Online - HABIB Arabesque Gold Wafer Coin

Assalamualaikum
Bismillah

Setiap kali dapat gaji blog, aku suka shopping di Shopee. Setakat ini aku banyak beli barang di shopee sahaja.

Kalau di TikTok Shop pula aku pernah beli Sambal Nyet Khairul Aming yang viral tu saja. Lepas tu aku tak pernah dah shopping di tiktok sebab aku takda apps tiktok di phone.

Boleh dikatakan kaki shopee lah. Setiap bulan ada ja barang add to cart.

Pada awal bulan November, masa tengah tengok live shopee kebetulan nampak Habib Jewels live di shopee. Jadi aku pun tengoklah live dorang.

Akhirnya terjebak pula beli emas. Aku beli sebab live shopee ada diskaun. Aku selalu beli barang anak bulus masa live sebab lagi murah.
 

Pertama Kali Beli Emas Online - HABIB Arabesque Gold Wafer Coin

Sebenarnya banyak kali juga berfikir nak beli atau tak. Duit dah ada, tengah diskaun pula masa tu. Nak beli emas online tak berani sebab takut hilang atau jadi apa-apa semasa delivery. Memang hati berbolak-baliklah masa tu haha.

Argghh malasnya nak fikir. Aku tengok review semuanya okay. Akhirnya aku beli juga. Hahaha Sepanjang tunggu emas sampai berdoa saja supaya barang selamat. 

Pertama Kali Beli Emas Online - Habib Arabesque Gold Wafer Coin

Alhamdulillah.. Penghantaran berjalan lancar dan parcel sampai kurang dari 3 hari. Memang berdebar dan berbunga-bunga hati. 

Emas sampai saja terus unboxing sama-sama dengan suami. 

Pertama Kali Beli Emas Online

Habib Arabesque (cream) 999.9 Gold Wafer Coin (0.20g)

  • Total Weight : 0.20G
  • Coin Dimension : 3cm (H)x 3cm (W)
  • Motif : Arabesque Style
  • Metal Type: 999/24KYellow Gold
  • Fragile - Not advisable to remove plastic casing to avoid damage/defect
Harga asal RM118 setelah diskaun dapat RM103. Ada yang review kata pernah dapat sampai RM87 sahaja. Memang rezeki doranglah kalau dapat harga lagi murah. 

Apa yang ada dalam box :
  • 1x HABIB jewellery box 
  • 1x HABIB Official receipt per order (Siap printing)
  • 1x HABIB paper bag (per order)
Habib Arabesque Gold Wafer Coin

Dari segi design memang cantik sangat dan nipis. Jadi memang tak digalakkan untuk buka casing tu nanti rosak. 

Aku suka sangat casing habib sebab emas tu ada cover supaya tak mudah calar. Pengalaman beli emas secara online di Shopee HABIB Official Store memang terbaik dari segi servis, packaging dan keselamatan. 

Secara keseluruhan memang sangat berpuas hati beli di kedai ini.

Hopefully lebih banyak design untuk wafer coin. Ni je la pelaburan emas yang aku mampu.  Sebulan 1 keping. Nak beli barang kemas, mahal sangat.

Bagi yang nak buat pelaburan emas bolehlah mula dari sekarang. 


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

7 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Seronoknya... Linda mmg membeli online emas nie.. 😂😂.. Yelah, nk masuk kedai bajet tak bape nk ada.. Beli online jelah.. Prnh jugak sekali hilg, mmg terkaku lah kejap...tp,alhamdulillah seller ganti balik lepas sthun.. Hilg tu, rsenye sebab staff lah... Peribadi semua org kn x sama.. Kalau kata teknikal, Insya-Allah semuanya selamat je..

    BalasPadam
  2. Salam. Saya dah lama tak berblogging, jadinya agak lama juga takder rezeki dari blog :) . Semoga dimurahkan rezeki Sis Nurul dalam dunia bloging.

    BalasPadam
  3. sy pun first time jugak minggu lepas beli gold bar online tp transfer payment online je lepas tu ambil sendiri di branch habib di shopping mall keesokkan harinya

    BalasPadam
  4. Selalu Habib anta email, geram je nak beli. Slow-slow menabung nanti boleh tengok dekat Shopee

    BalasPadam
  5. kdg2 risau juga bila fikir nak beli emas online tapi ternyata ok aje kan.. teknologi zaman skrg..

    BalasPadam
  6. Lenne pun suka beli emas kat Habib! So far ni je yang paling reliable and affordable!

    Lenne | lennezulkiflly.com

    BalasPadam
  7. Baguslah membeli gold coin tu
    Sy biasa walk in nk beli emas

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama