Lupa Bekal Suami

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini rasa sedih. Nak ketawa pun ada juga. Semalam aku excited dah nak masak bekal untuk husband sebab masa suami kat laut katanya teringin nak makan sambal ikan bilis dan nasi goreng.

Jadi malam tadi, sebelum suami pergi laut, aku memang awal lagi dah masak nasi sambil prepare bahan untuk masak sambal sebab nak masak banyak sikit buat bekal suami.

Aku masak jam 10, siap semuanya jam 11 malam dah. Sebelum jam 12 tengah malam suami pergi kerja aku bekalkan suami sambal iklan bilis dan ubi goreng. Gembira sebab dapat masak banyak sikit sambal untuk 5 hari suami di laut.

Sekali Subuh tadi, nak whatsapp suami baru teringat. Aku ada masak nasi goreng tapi tiada simpan dalam bekal. Boleh pula aku terlupa bekalkan nasi. Macam manalah aku boleh lupa. Sekali teringat pun sebab nak chat suami supaya "jangan lupa makan".

Husband pun hairan, kata ada masak nasi goreng tapi nasinya takda hahaha. Sedih tau. Alahai. Syukurlah suami pun jenis bukanlah pemarah. Mungkin kalau orang lain kali dah marah-marah. 

Biasanya kita dengar suami yang lupa bawa bekal, ini pula isteri yang lupa bekal suami. Hahaha

Dahlah terlupa bekal, tadi pagi pun tengok nasi goreng tu dah basi. Aku masak awal kemarin sebab ingatkan nak makan petang tetapi kami jalan beli barang, malam dah baru balik. Takpalah kata suami "Bukan rezeki".

Mujurlah tak lupa bekal sambal ikan bilis. Since nasi pun dah basi, jadi inilah sarapan hari ini. Roti Gardenia Butterscotch, pisang, Soya protein dan Marigold Yogurt. 

Lupa Bekal Suami

Setiap kali suami kerja aku memang dah jarang makan nasi. Selalu makan buah dan yogurt saja. Dalam seminggu mungkin sekali ja makan nasi. Aku cuba untuk kurangkan portion makan dan banyak minum air. 

Kalau suami balik baru makan hahaha. Seriously memang dah naik sangat berat dan sangat membimbangkan haha. 

Marigold Yogurt Fat Free

Dan sejak aku cuba untuk kawal dan jaga makan, sudah menjadi tabiat baru aku untuk tengok kandungan label makanan. Marigold Yogurt Fat Free ni mempunyai 84kcal untuk setiap 100g. 

Walaupun ianya Fat Free tetapi sebenarnya apabila kita lihat betul-betul kandungan bahan dalam yogurt ni boleh tahan juga tinggi kandungan gula iaitu sebanyak 13.6g dengan gula tambahan 8.8g bersamaan dengan 6 sudu teh gula. 

Banyak dah juga sebenarnya. Kalau tambah dengan makan roti dan pisang memang dah lebih 25g sehari gula dah. Kadang tulah cara dorang buat marketing kan, fat free tetapi sebenarnya bukan fat free pun. 

Kita as pengguna nie yang kena bijak memilih. Sama juga macam aku memang dah tau tinggi kandungan guna tetapi masih juga mau beli haha. Macam manalah nak kurus macam ni.

Entri hari ini cuma bebelan pagi. 

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. ala siannya dia... bini dia terlebih makan semut ni tu yg terlupa haha

    BalasPadam
  2. Allahuakbar..bukan Rezeki...lain kali Masak lagi Dan buat reminder kat HP..hahaa.. Semoga kurus Dan sihat yer

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama