Tarteel.ai Quran - Pelajari Membaca Al-Quran dengan Lebih Mudah

Assalamualaikum
Bismillah

Baru-baru ini aku ada terjumpa satu aplikasi yang menarik iaitu tarteel.ai. Tarteel.ai ialah satu aplikasi yang menggunakan teknologi ai untuk membantu Muslim menghafal dan membaca Al-Quran dengan mudah. 

Aplikasi Tarteel Quran ini dapat mengenalpasti kesalahan dalam bacaan secara langsung dengan bantuan daripada ai. Korang hanya perlu pilih mana-mana surah, kemudian membacanya.

tarteel-ai-quran

Kelebihan Menggunakan Tarteel Quran 

1. Mengenalpasti Kata-Kata Yang Kurang Tepat

Apa yang aku suka dengan aplikasi ini ialah apps ini akan memberitahu korang kata-kata yang tidak tepat sewaktu korang membaca. Ia akan automatik berhenti dan higlight kan ayat atau perkataan yang salah. Tarteel akan mengikuti dengan teliti bacaan korang dan memberitahu jika terdapat perkataan yang tidak tepat, misalnya (مؤمنون) daripada (مسلمون).

2. Hindari Kesilapan

Tarteel akan memastikan struktur ayat yang betul dan mengesan sekiranya korang terlepas sebutan kata atau membaca ayat yang salah. Aplikasi ini memberi amaran dengan bergetar setiap kali korang membuat kesalahan. Selain itu, korang dapat review sendiri mana ayat yang korang terlepas atau salah dalam apps tersebut. 

3. Menguji Hafalan

Tarteel dapat membantu korang untuk menguji hafalan korang dengan menyembunyikan kata-kata yang belum korang bacakan.

4. Pelbagai Pilihan Terjemahan 

Korang juga boleh memilih dari lebih daripada 112 terjemahan Quran.


Walaupun tidak membaca dengan suara yang kuat, AI Tarteel mampu untuk menjejak pembacaan dari satu muka surat ke muka surat yang lain.

Tarteel app download menerusi App Store untuk iOS dan PlayStore untuk pengguna Android. Korang perlu log masuk untuk menggunakan aplikasi Tarteel ni. 

Sekiranya korang ingin menguasai seni membaca Al-Quran dengan baik, Tarteel.ai adalah aplikasi terbaik pilihan bagi yang ingin mula belajar. Sekurang-kurangnya dengan adanya aplikasi ini, sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat kita untuk membaca Al-Quran setiap hari.

 Apapun sebaik-baiknya biarlah belajar mengaji dengan berguru. Aplikasi ini cuma panduan dan galakan untuk memotivasikan kita selalu membaca Al-Quran.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama