Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Bagaimana Nak Mula Bertudung Labuh & Berpurdah

Sii Nurul
0
Assalamualaikum
Bismillah

Bukan mudah sebenarnya berhijrah apatah lagi istiqamah dalam kebaikan. 

Hari ini terdetik dalam hati nak berkongsi pengalaman. Sebenarnya dari dulu lagi aku memang mahu menutup aurat tetapi susah sangat-sangat. Susah sebab aku bukannya dikelilingi oleh sanak-saudara yang menutup aurat dengan sempurna juga.  

Kebanyakkan orang sabah nie walaupun Muslim, ramai jugalah yang tidak menjaga aurat (termasuk diri aku juga dulu). 

Ramai orang fikir menutup aurat itu ialah pakai tudung.  Sedangkan orang yang memakai tudung belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. 

Bagaimana Nak Mula Bertudung Labuh & Berpurdah


Aurat adalah angggota badan yang tidak boleh dinampakkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain. Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (31/44).

Wanita Muslimah diwajibkan untuk menutup aurat mereka sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama’ berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan as-Sunnah, di antaranya ialah:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita” (Surah an-Nur: Ayat 31)


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ

Maksudnya: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu” (Surah al-Ahzab: Ayat 59)

Nabi SAW telah bersabda:

المرأةُ عورةٌ وإنَّها إذا خرَجتْ استشرَفها الشَّيطانُ

Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar rumah, maka syaitan akan menghiasinya” Riwayat ibn Hibban (5598), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan perawi-perawi hadith ini thiqah(dipercayai).

SUMBER : TASHIH AL-MAFAHIM #12: BENARKAH PEREMPUAN YANG SUDAH TUA TIDAK DIWAJIBKAN UNTUK MEMAKAI TUDUNG?



Bagaimana Nak Mula Bertudung Labuh & Berpurdah

1. Padam Gambar Yang Tidak Menutup Aurat

Perkara pertama sekali yang aku lakukan sebelum mula memakai tudung labuh ialah aku padam gambar yang tidak menutup aurat di media sosial dan blog. 

Benda inilah yang aku susah sekali nak buat. Bayangkan gambar dah banyak post di facebook, instagran dan blog. Memang ambil masa nak padam. 

Benda nampak simple kan. Tetapi perkara inilah yang paling berat sekali nak buat.  Menurut Natsu Dragneel dalam anime Fairy Tail “Don't give up, the beginning is always the hard...”

Apa kaitan gambar yang di upload dengan menutup aurat? 

Gambar yang diperlihatkan tersebut gambar untuk menarik perhatian orang lain. Menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada umum (bukan mahram). 

Walaupun aku tidak bermekap dan pakaian sebelum bertudung labuh juga menutup aurat tetapi mata-mata orang lelaki nie susah juga. Ada lelaki yang tertarik dengan perempuan yang bertudung. Ada juga yang tertarik dengan tidak bertudung. 

Sedaya upaya macam mana pun hati kata "Aku post bukannya untuk menarik perhatian" tetapi hakikatnya tetap akan menarik perhatian juga sebab "wanita itu aurat". 

Nampak benda ini remeh saja kan, tetapi itulah hakikatnya buat semua para wanita. 

2. Beli Pakaian & Tudung Labuh

Perkara kedua aku buat ialah aku beli pakaian labuh dan tudung labuh sebelum mula berhijrah. Macam mana kita nak bertudung labuh sekiranya dalam almari kita masih banyak pakaian yang ketat dan tidak menutup aurat? 

Oleh sebab itulah aku perlahan-lahan beli pakaian muslimah dan tudung labuh bidang 55 dan 60. Aku banyak beli tudung bawal bidang 60. Tetatpi sekarang aku lagi senang dan selesa pakai tudung labuh koshibo. 

Masa ini aku belum mula bertudung labuh lagi. Aku cuba kumpul beberapa helai pakaian dahulu. 

3. Guna Handsock & Stokin

Biasakan pakai handsock dan stokin setiap kali keluar rumah. Mulanya memang berat dan kurang selesa. Alhamdulillah sekarang dah tak boleh tinggal stokin dan handsock. 

Ramai wanita yang memakai handsock tetapi lupa nak memakai stokin. Kaki juga adalah aurat. Sekarang nie ada banyak jenis stokin yang dijual. Jadi pilihlah mana yang kita rasa selesa.

4. Pakai Tudung Setiap Kali Keluar Rumah

Secara jujurnya sebelum berhijrah untuk bertudung labuh aku bukanlah sejenis yang menutup aurat juga terutama sekali apabila dekat rumah. Nak keluar pergi kedai depan rumah pun free hair. Nak pergi rumah sepupu pun tidak menutup aurat. 

Sebelum aku nekad untuk pakai tudung labuh, aku usaha dan paksa diri untuk pakai tudung setiap kali berada di luar rumah walaupun sekadar jemur kain. 

Aku tidak mahu menutup aurat sekadar berbasa-basi. 

5. Pakai Tudung Setiap Kali Ada Tetamu ke Rumah

Seringkali perkara ini diremehkan oleh kebanyakkan para wanita. Setiap kali tetamu berkunjung ke rumah kadangkala kita terlupa untuk menutup aurat. 

Alasannya sebab di rumah juga. Apatah lagi tetamu yang datang pula adalah dalam kalangan kaum kerabat kita juga. Oleh itu, mulakan dengan menjaga aurat setiap kali ada tetamu berkunjung ke rumah.



6. Jaga Solat 5 Waktu

Cara untuk menjaga diri agar terus istiqamah dalam menutup aurat ialah dengan menunaikan solat 5 waktu.

Ramai yang kata "walaupun tak bertudung asalkan solat". Sebenarnya pendapat itu adalah salah. Menutup aurat dan solat adalah perkara yang wajib dan tidak boleh tinggal salah satu. 

Bagi aku antara sebab kenapa susah nak jaga aurat sebab tidak jaga solat dengan baik. 

Mungkin solat tetapi melengahkan waktu solat.
Mungkin solat tetapi solat di akhir waktu.

Bagaimana pula dengan wanita yang solat tetapi tidak menutup aurat? 

Kata ustaz Adi Hidayat sekiranya seseorang itu mengerjakan solat tetapi tidak menutup aurat pasti ada yang salah pada solatnya kerana orang yang menjaga solat tidak akan sesekali tidak menutup aurat kerana takut dengan Allah.

Begitu juga wanita yang menutup aurat tetapi mencela orang lain juga. Yang diperbaiki bukan tudungnya tetapi solatnya. Hal ini kerana orang yang mengerjakan solat dengan benar tidak akan mencela orang lain. 

7. Dekati Sahabat Yang Solehah

Dekati sahabat yang solehah. Bergaul lah dengan kawan-kawan yang sering mengingatkan diri kita kepada kebaikan dan akhirat, kerana sahabat yang solehah akan sentiasa mengingatkan kita untuk menutup aurat. 

Sahabat yang baik sentiasa mendoakan kebaikan sahabatnya yang lain. Mungkin saja doa-doa mereka yang melembutkan hati kita untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Mintalah doa dari sahabat yang solehah agar diri kita sentiasa dalam kebaikan dan hidayah Allah. 

8. Dapatkan Sokongan Dari Orang Yang Terdekat

Cuba dapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti keluarga, sepupu, kawan-kawan dan sanak-saudara. 

Pada mula penghijrahan, aku banyak berkongsi dengan sepupu. Minta doa mereka supaya istiqamah dalam penghijrahan aku. Alhamdulillah sepupu dan sahabat aku banyak bagi kata-kata motivasi untuk aku.

Sebelum aku berkahwin pun suami aku banyak bagi galakan untuk aku usaha menutup aurat. Suami aku sangat suka melihat aku berpakaian menutup aurat. Jadi dia banyak hadiahkan aku pakaian-pakaian muslimah serta tudung labuh. 

Bukan itu sahaja ibu bapa dan adik-beradik aku juga sentiasa bagi galakan dan sokongan untuk aku berhijrah. 



9. Putuskan Hubungan Yang Haram 

Sesungguhnya yang menghalang kebanyakkan para wanita untuk berhijrah adalah kerana masih dalam hubungan yang haram. Bercouple adalah sesuatu yang dilarang. Dan cara yang lebih baik ialah dengan menikah (menghalalkan hubungan).

Sebaik-baiknya jauhi hubungan yang tidak pasti. Tiada istilah couple islamik. Buat para lelaki, sekiranya korang tidak bersedia untuk menghalalkan hubungan dengan para wanita, jangan sesekali pernah untuk dekati wanita tersebut. 

Jika suka sila sediakan diri korang dan jumpa dengan keluarga wanita sekiranya mahu menghalalkannya. 

Apa kaitannya menutup aurat dengan hubungan percintaan? 

Berapa ramai wanita yang mahu berhijrah untuk menutup aurat dengan sempurna tetapi terhalang niatnya kerana bercinta tanpa tujuan (ke arah perkahwinan). Bayangkan sekiranya perempuan menutup aurat dengan baik, pasti lelaki pun segan dan malu untuk mempunyai hubungan percintaan. 

Sekiranya tidak menutup aurat orang lelaki akan sesuka hatinya untuk berbuat perkara-perkara yang dilarang. Memanglah tidak semua lelaki tetapi kebanyakkan lelaki. 

Bercinta tidak salah, tetapi ramai yang menyalahgunakan makna sesebuah percintaan untuk melakukan perkara yang ditegah oleh hukum syarak. 

Bertemu janji atau “dating” dalam gambaran yang mudah difahami hari ini, merupakan amalan yang sangat bertentangan dengan hukum Islam. Niat tidak pernah menghalalkan cara, apatah lagi jika niat itu sendiri sudah terpesong berkiblatkan nafsu serta bertopengkan tipu daya syaitan.

Hati-hati dengan makhluk yang bernama syaitan ini, dia amat licik. Andai dia tidak mampu menghasut kita ke jalan maksiat, dia mungkin akan memanipulasikan taktik halus dengan menyuntik racun berhalusinasikan agama pada sanubari kita, supaya di mata kita tidak nampak perbuatan itu salah.

Macam mana kita usaha mahu berhijrah tapi akan terhalang kerana perhubungan seperti ini. Hal ini kerana kita dah sayang dengan orang tu. 


10. Jangan Peduli Apa Orang Nak Kata

Sekiranya korang rasa dah buat semua perkara di atas, jangan bertangguh lagi dengan niat baik tersebut kerana ianya ialah hidayah Allah.

Jangan peduli dengan apa orang nak kata. Biarlah orang kata kita ni "Ustazah". Biarlah orang kata kita berhijrah mungkin tidak akan bertahan lama. 

Pedulikan orang sekeliling kerana apa yang penting ialah jaga hubungan kita dengan Allah. Biarlah sejuta manusia membenci asalkan Allah cinta, InsyaAllah penghinaan dan celaan orang lain tidak memberi kesan apapun dengan diri kita. 

11. Selalu Berdoa Untuk Istiqamah

Nak mula menutup aurat itu senang sahaja. Tetapi nak terus istiqamah dengan penghijrahan itu bukannya senang. Aku sendiri juga masih banyak kekurangan dan kelemahan. 

Ujian orang yang usaha untuk menjaga auratnya sangat banyak. Banyak sangat kerana wanita itu fitrahnya suka kelihatan cantik dan memperlihatkan kecantikannya. 

Betapa ramai wanita yang dah menutup aurat tetapi kembali untuk menanggalkan tudungnya kerana tidak tahan dengan mulut-mulut orang lain. 

Oleh itu berdoalah kepada Allah supaya ditetapkan hati kita dalam kebaikan. 

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, innaka antal wahhaab

“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran ayat 8)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

Yaa Muqollibal quluub, tsabbit qolbii ‘alaa diinik

“Wahai Dzat yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.”

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Alloohumma a’innii ‘alaa dzikrika wasyukrika wa husni ‘ibaadatik

“Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadahku.” Hadits riwayat Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud dan Ahmad

Semoga dengan mengamalkan doa tersebut, kita dapat istiqomah di jalan kebaikan. Insya Allah.

Akhir sekali, aku doakan semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua untuk sentiasa taat dengan perintahNya dan menjauhi laranaganNya. Kalau bukan sekarang nak berubah, bila lagi kan?

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write