Bagaimana Nak Tahu Berat Badan Ideal Untuk Wanita? Bukan Sekadar Kira BMI Sahaja

Ingin turunkan berat badan? Tidak pasti apakah berat badan ideal wanita? Tahukah bahawa semua wanita mempunyai berat badan ideal yang berbeza-beza. Jadi, berat badan ideal wanita tinggi 155 dan 165 adalah tidak sama!

Sebelum mengira berat ideal, korang perlulah faham apa itu BMI. Pengiraan BMI dapat membantu untuk menentukan berat ideal masing-masing.

berat-badan-ideal-wanita

Ramai wanita menginginkan berat badan yang sihat. Namun, berat yang ideal berbeza mengikut beberapa faktor.

Oleh sebab itu, semua wanita mempunyai berat ideal yang berbeza. Antara faktor yang mempengaruhi berat badan ideal seorang wanita ialah:
  • Umur
  • Bentuk badan
  • Komposisi lemak dan otot
  • Ketinggian

Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2019, 49% wanita di negara kita mempunyai ketinggian sekitar 155-163 cm.

Tambah lagi, kajian yang dimuatkan di dalam Malaysian Journal of Nutrition mendapati purata berat badan wanita di negara kita masing-masing adalah di sekitar 62.65 kg. Kebanyakan rakyat Malaysia juga obes!

Bukan itu sahaja, masalah obesiti juga didapati lebih serius dalam kalangan wanita yang berpendapatan rendah, tinggal di kampung dan duduk di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia!

Indeks jisim badan atau BMI merupakan satu ukuran yang digunakan untuk menentukan kadar kegemukan seseorang.

Ia dikira dengan mengambil kira nisbah ketinggian dan juga berat badan individu. BMI seorang wanita bergantung pada ketinggian dan juga berat badan mereka.

BMI yang ideal adalah antara 18.5 hingga 24.9.


Jika BMI di bawah 18.5, mereka dianggap mempunyai kurang berat badan atau underweight.

Manakala, sekiranya BMI lebih daripada 24.5, seseorang itu dianggap mempunyai berat badan berlebihan atau overweight.


Sebagai contoh, berat badan ideal wanita tinggi 155 adalah di sekitar 44.4 – 60.1 kg. Untuk wanita yang mempunyai tinggi 150 pula, berat ideal adalah 41.6 – 56.3 kg.

Walaupun BMI sesuai digunakan oleh semua orang, namun ia mungkin tidak tepat untuk sesetengah individu.

Sebagai contoh, individu yang kerap bersenam mungkin mempunyai BMI yang tinggi disebabkan jumlah otot yang dimiliki.

Malah, mereka yang mempunyai BMI normal juga mungkin tidak sihat sekiranya mereka tidak aktif dan gemar mengambil makanan yang tidak sihat.


Ukur Lilit Pinggang

Jika BMI normal, tidak guna juga jika perut kelihatan buncit!

Lemak berlebihan pada kawasan perut boleh meningkatkan risiko serangan jantung, diabetes jenis 2 dan juga strok.

Selain tinggi dan berat, korang juga perlu tahu ukur lilit pinggang masing-masing.

Cara untuk mengukur pinggang:
  • Gunakan pita ukur. Lilitkan perut dan ambil ukuran.
  • Bernafas seperti biasa.

Jika ukur lilit pinggang melebihi:
  • 94 cm untuk lelaki
  • 80 cm untuk wanita
Korang perlu bersenam untuk kurangkan berat badan.

Disebabkan berat badan ideal setiap wanita berbeza-beza, korang perlulah tahu BMI sendiri untuk pastikan berat badan dalam julat yang sihat. Selain itu, pastikan korang bersenam dan makan secara sihat untuk pastikan berat badan berada dalam julat yang ideal.

Sumber : Hellodoktor


RUJUKAN :
  • Adult BMI Calculator. https://www.cdc.gov/healthyweight/assessing/bmi/adult_bmi/english_bmi_calculator/bmi_calculator.html. Accessed on January 3, 2023.

  • BMI for Women: How It Works and What It Reveals About Your Health. https://health.clevelandclinic.org/bmi-for-women/. Accessed on January 3, 2023.

  • BMI healthy weight calculator. https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/bmi-calculator/. Accessed on January 3, 2023.

  • Body Mass Index (BMI) of Adults: Findings of the Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS). https://nutriweb.org.my/mjn/publication/15-2/a.pdf. Accessed on January 3, 2023.

  • Healthy weight for adults. https://www.bupa.co.uk/health-information/nutrition-diet/healthy-weight. Accessed on January 3, 2023.

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

3 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. bln puasa ni lama tak exercise waduh T__T

    BalasPadam
  2. Okay, akak baru check bmi. 17.9. Haha..kira normal la tu walaupun macam underweight sikit

    BalasPadam
  3. berat kita ni dah susah nak turun dah sejak 3 tahun lepas... huhu sadiss penat dok pk camne nak turunkan sket berat tu tp masih belum berhasil

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama