Jadi Blogger Jangan Buat Fitnah Semata Nak Kejar Trafik

6
Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku tidak suka nak cerita isu macam ini. Cuma sebagai blogger sepenuh masa dan seorang yang mencari rezeki yang halal dengan blog aku berasa terpanggil untuk menulis dan memberi peringatan buat semua blogger. 

Aku tahu betapa hidup sekarang sangat susah. Nak cari makan punyalah payah dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik. 

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan untuk kita sesuka hati menulis konten yang boleh mencetuskan serta menyebarkan fitnah kepada orang lain.

Jadi Blogger Jangan Buat Fitnah Semata Nak Kejar Trafik

Jadi Blogger Jangan Buat Fitnah Semata Nak Kejar Trafik

Aku berasa sangat kecewa dengan beberapa website atau blog terkenal yang suka menulis tentang berita yang tidak benar dan sahih. Ramai sangat yang buat konten semata-mata kerana nak kejar trafik. 

Malahan ada yang sengaja menulis isu-isu lama dan memutar belitkan cerita seolah-olah perkara tersebut baru terjadi.

Jadi blogger jangan buat fitnah semata-mata nak kejar trafik dan pendapatan Adsense korang. Paling tak best nama penulis blog tu pun tiada (unknown). Takut ke kena viral atau saman?

Cuba fikir kalau keluarga, suami, isteri atau anak-anak kita kena fitnah oleh blogger? Orang ambil gambar dan buat konten kat blog dengan headline yang mendatangkan fitnah. Apa perasaan korang? 

Allah bagi kita kelebihan menulis untuk menulis perkara yang mendatangkan manfaat dan kebaikan. 

Aku rasa sedih sangat. Aku tidak tahu apa yang aku harus buat. Fitnah di mana-mana. Semua benda dan isu nak diulas. 

It's okay nak ulas, nak bagi pandangan. Terpulang. Masing-masing punya hak. Cuma fikirkanlah sebelum kita tulis pasal orang lain, kita fikir dulu apa perasaan kita kalau orang lain tulis benda yang tidak betul pasal kita. 

Aku tidak mahu suatu hari nanti Allah bertanya kepada aku 'Apa yang aku buat untuk menghalang fitnah-fitnah itu berlaku?'. 

Kalau tak tahu jangan buat-buat tahu. Atau sibuk nak tahu perkara yang tiada kaitan dengan diri kita. 

Dan buat rakan blogger yang lain sebelum nak tulis apa-apa berita selidik dahulu kesahihannya. Aku tahu ada segelintir orang yang nak jadi orang pertama yang tahu berita hangat. Tetapi blogger yang bijak bukanlah yang terus percaya dan sebar berita yang tidak pasti. 

Oleh itu, atas dasar kasih sayang aku buat entri ini untuk ingatkan diri aku sendiri. Untuk ingatkan juga buat rakan blogger yang lain untuk sama-sama menjaga apa yang kita tulis. Inipun aku tak tahu adakah dengan cara ini aku terlepas daripada disoal di akhirat nanti. 

Ada banyak cara lagi untuk naikkan trafik blog dan jana pendapatan. Tiada cara yang 'instant' kerana kita hidup di dunia, bukan di akhirat. Usaha, berdoa dan tawakal. Semoga Allah sentiasa redha. 

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. entahlah, macam tak ada etika langsung

    BalasPadam
  2. konten pasal artis ini berat sangat untuk di ulas. huhu. Semoga blogger tersebut tak ulang kesalahan di masa hadapan

    BalasPadam
  3. Entahlah.. benda tak pasni ni tak berani manalah kita pun kan. Jangan semata-mata kejar trafik kejar pendapatan, semuanya bercampur..

    BalasPadam
  4. Benda pertama nak kena tanya diri sebelum post tu, allah redha tak dengan apa yang aku tulis ni.
    Kalau tak rugi je penat tulis, nanti menanggung kat sana. Huhu

    Moga penulisan kita yang baik2 saja hendaknya..

    BalasPadam
  5. betul tu...selagi mata sendiri tak menjadi saksi janganlah disebarkan cerita yang tak berasas. yang tak best tu...siap main edit-edit video, dan photo dari situasi yang berbeza untuk nak dikaitkan dengan cerita yang nak disensasikan.

    semoga mereka insaf dan bertaubat

    BalasPadam
  6. sebab tu aida tulis blog hal sendiri saje.
    tidak hal org, retis, politik dan sbgnya, nurul.
    jika benar, xpe. tapi, rupanya salah, jatuh fitnah. Allahu...
    kita nak penulisan kita ni jadik kenangan dan membawa pahala, jika boleh.
    blogwalking pon, aida prefer blog yg santai, hal seharian, yg ringan-ringan saje.
    komen serba sedikit. gitu la...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !