432 Kawasan ‘hotspot’ Banjir di Johor

Assalamualaikum
Bismillah

Selama hampir 10 bulan aku duduk di Pontian, Johor. Antara benda aku paling risau sekali ialah banjir. Dulu masa tinggal di Sabah rumah aku selalu kena banjir juga jadi aku memang risau sangat kalau hujan sepanjang hari.

Setakat ini, rumah aku di Sabah tidak pernah lagi tenggelam sebab banjir. Kalau banjir memang hancur habislah rumah sebab rumah bukannya rumah teres ataupun flat. Rumah kayu sahaja yang kena tiup angin kuat pun boleh terbang atap.

Sekarang menetap di Johor selepas kahwin, setiap kali hujan memang aku tak dapat tidur. Walaupun ada yang kata kawasan tempat aku tinggal bukan kawasan yang senang kena banjir, aku still berwaspada juga dengan cuaca yang tak menentu nie.

Lagipun aku tinggal sorang je kat rumah. Suami kerja seminggu kadang balik 2 - 3 hari sahaja di rumah. 

432 Kawasan ‘hotspot’ Banjir di Johor

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor telah mengenal pasti sebanyak 141 kawasan titik panas berlaku kejadian banjir di seluruh negeri ini.

Pengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, kolektif data mengenai kawasan yang dikesan kerap berlaku banjir kilat dan banjir besar itu diperolehi sejak lima tahun yang lalu.

Beliau berkata, kesemua 10 daerah di negeri ini termasuk Segamat, Pontian dan Tangkak berisiko berlaku banjir pada Monsun Timur Laut yang diramal berlaku bermula November ini hingga Mac depan.

Sumber : Kosmo

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan kawasan panas bencana di Johor membabitkan 432 kawasan di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.



Jumlah 'Hotspot' Banjir Mengikut Negeri


Di manapun korang berada, please stay safe. Buat persediaan awal. Semoga Allah lindungi kita semua.