My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger?

Assalamualaikum
Bismillah

My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger?

Yes! It takes a lot of hard work and plenty of time. It is not an easy job to do. Blogging is for everyone, but still it is not everyone's cup of tea. 


Kenapa menulis blog itu susah?

Menulis blog merupakan sesuatu hal yang memenatkan. Menulis blog saja sudah banyak kerja. Malah ditambah lagi dengan kerja-kerja sampingan berblog yang lain.

Hal ini demikian kerana untuk membina blog yang berjaya memerlukan kerja keras, kesabaran dan ketahanan mental dan emosi. Berblog suatu aktiviti yang memerlukan masa yang panjang. 

Berblog bukan cara singkat untuk jadi kaya. Nak jana pendapatan dengan blog itu tidak mustahil, tetapi juga bukan mudah. Sekiranya seorang blogger berfikir dengan menulis blog boleh jadi kaya, bersiap sedia untuk kecewa. 

Ya aku pernah jumpa blogger yang mempunyai income yang banyak. Tetapi mampukah kita jadi seperti mereka?

Menulis blog kena sentiasa konsisten. Untuk menulis sesuatu yang konsisten perlu ada minat untuk menulis. 

Menulis blog bukan sekadar untuk kepuasan diri tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Dalam erti kata lain, perlu menulis untuk orang lain juga. You have to get good at writing in a relatable way. You have to write for other people.

Menulis blog itu susah kerana tidak semua orang berjaya capai matlamat berblog. Menulis kerana ingin menjana pendapatan, tetapi tidak semua blogger yang berjaya menjana pendapatan dengan konsisten di blog. Making it successful takes a lot of effort.

Working alone is tough. Walaupun ramai rakan blogger yang bagi tips tentang blog. Pada akhirnya korang yang kena buat semuanya sendiri. Tiada siapa yang boleh bantu korang selain diri sendiri. 

Jadi blogger kena sentiasa fleksibel, mahu belajar dan bersedia dengan perubahan. Seiring dengan perubahan masa, banyak perubahan yang berlaku dengan dunia internet. Oleh itu, korang kena sentiasa update dengan perubahan semasa seperti google algorithm. 

My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger?

Kisah Ringkas Perjalanan Sebagai Blogger Sepenuh Masa

Tahun 2015 - Mula berblog (Pageviews kurang dari 100)

Blog ditubuhkan sebagai online diari. Pada ketika ini aku baru masuk tahun pertama di Universiti. Dengan pinjaman PTPTN dapatlah beli sebuah laptop. Berblog sekadar untuk mengisi masa lapang dan menjadi tempat luahan peribadi aku semasa masih belajar. 

Pada masa ini aku belum tahu apa-apa lagi tentang blogwalking. Aku tidak tahu pun di Malaysia ini terdapat ramai orang yang menulis di blog. Aku ingat blog ini tidak dibaca oleh orang lain. 

Kebanyakkan artikel yang ditulis berbentuk peribadi dan kisah semasa di universiti. Apa-apa berkenaan blog aku langsung tak tahu. Aku cuma tulis apa yang aku suka. 


Tahun 2016 - Belajar Tentang Blog (Pageviews 32,000)

Aku mula kenal beberapa orang blogger dan tahu cara untuk berblog. Apabila blogwalking ke blog orang lain pula rasa amazing sangat sebab tak pernah tahu ada ramai blogger macam aku.

Dari sana aku mula follow ramai blogger. Aku belajar istilah blogwalking, tambah kenalan blog, buat tutorial dan hias blog. 

Pada ketika itu, siapa yang hias blog cantik memang jadi kegilaan ramai lah. Aku habiskan berjam-jam semata-mata untuk belajar design blog. 

Dari segi konten blog, aku masih mengekalkan penulisan yang berbentuk peribadi. Tanpa memikirkan kesan kepada pembaca dan identiti aku. Tulis ikut suka, copy paste jadi perkara biasa. Bahkan yang paling teruk apabila menjadikan blog sebagai tempat luahan perasaan dan rasa ketidakpuasan hati. 

Blog aku, suka hati aku. Itulah prinsip aku dulu. 

Tahun 2017 - Menulis Blog Untuk Berkongsi (Pageviews 217,000)

Sampailah pada suatu hari, aku menulis pengalaman tentang Kad Siswa pelajar yang masa tu tengah viral.Tak sampai beberapa hari, pageviews naik mendadak dari 3,000 sehingga mencecah 80,000 dalam masa sebulan. 

Penangan hebat keyword dan SEO mengena. Setiap hari terima email dan komen dari pembaca bertanya soalan. 

Pengalaman itu sesuatu yang aku tidak boleh lupa seumur hidup kerana pada ketika itu penggunaan media sosial tidak seperti sekarang. Setelah lama berblog aku pernah dapat pageviews sehingga 400,000 sebulan tetapi perasaan itu tidak sama seperti mula-mula berblog. 

Dalam masa yang sama juga, semakin tinggi trafik, semakin banyaklah juga komen yang positif dan negatif di blog. 

Pada suatu hari, aku menerima komen "hati-hati dengan apa yang kita tulis, bimbang termakan oleh kata-kata sendiri"
Kata-kata yang begitu menusuk ke hati. Satu teguran yang buat aku sedar, tidak kiralah samada bicara lisan mahupun tulisan. Hendaklah sentiasa menjaga setiap bait perkataan kita kerana apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan. 

Disebabkan itulah, artikel tahun 2015 - 2016 korang tak nampak di blog. Aku dah padam permanently.

Dwal tahun 2017, aku mula menukar cara penulisan. Sejak beberapa artikel blog menjadi trending dalam carian google. Aku mula menulis banyak artikel tentang pendidikan seperti pengalaman belajar, cara isi borang UPU dan sedikit tips belajar di universiti. 

Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sejak dari itulah aku mula menulis untuk berkongsi. Aku dapat rasa satu kepuasan dalam menulis apabila apa yang aku kongsikan itu bermanfaat untuk orang lain. 

Ia sebagai peringatan kepada diri sendiri untuk sentiasa menulis perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat. Aku tidak mahu ada penyesalan dengan apa yang aku tulis di kemudian hari. 

Tahun 2017 permulaan yang baru buat aku dalam dunia blogging.
Total artikel : 44 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 249,000
Google Adense : 7USD

Tahun 2018 - Realiti Kehidupan & Cabaran Hidup (Pageviews 141,000)

Pada tahun ini aku dalam fasa-fasa akhir belajar dan mahu ke dunia pekerjaan. Tahun ini juga aku konvo dalam bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. Blog lebih banyak konten pasal lirik lagu saja. Yang penting asalkan blog berupdate.

Tekanan perasaan dan agak depresi dengan diri sendiri. Dengan masalah kesihatan pada ketika itu betul-betul rasa stress. Risau dengan kehidupan yang mendatang. Apa yang akan jadi selepas aku habis belajar? 

Konten blog boleh aku simpulkan hanya banyak pada kuantiti tetapi tidak pada kualiti. Lagipun masa ini memang sibuk dengan Latihan Praktikal. 

Walaupun keinginan menulis membuak-buak tetapi aku cuma mampu luahkan perasaan aku di buku sahaja. Aku dah berjanji untuk tidak menulis hal-hal peribadi yang pada aku tidak mempunyai manfaat buat pembaca. 

Sampailah aku habis belajar aku masih mencari hala tuju dalam kerjaya. Tetapi disebabkan minat yang mendalam dalam aktiviti menulis blog, aku teruskan menulis blog sebagai part-time. Cuma pada ketika ini aku tidak tahu cara bagaimana untuk jana pendapatan melalui blog.

Yang aku tahu cumalah Google Adsense sahaja. Pada ketika itu income aku cuma 14USD yang terkumpul dari tahun 2017. 
Total artikel : 71 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 390,000
Google Adense : 14USD


Tahun 2019 - Awal Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa (Pageviews 624,000)

Banyak yang telah aku lalui tetapi hidup perlu diteruskan tidak kira sukar macam mana pun. Kadang kala sedih dengan diri sendiri. Apabila fikirkan balik masa tu memang boleh dikatakan hari-hari juga menangis.

Menganggur betul-betul menjadikan aku tekanan cuma dengan menulis buat aku rasa nyaman. Oleh sebab itulah aku sukar untuk berhenti dari menulis blog. Walaupun aku masih tidak tahu apa jadi dengan masa depan aku ketika itu. 

Hanya mampu berdoa, berusaha mencari kerja, percaya dengan rezeki Allah bagi sahaja. Kesihatan aku semakin hari semakin membimbangkan. Tiada perubahan malah semakin teruk. Nak buat apapun secara fizikal cepat letih dan penat.

Banyak resume dan beratus email dihantar. Rezeki pekerjaan banyak yang aku dapat tidak kira swasta mahupun kerajaan tetapi terpaksa ditolak kerana faktor kesihatan. Aku terpaksa terima kenyataan aku tidak boleh bekerja di luar. 

Dalam masa yang sama aku banyak belajar pasal blog. Aku banyak baca tips-tips blogging untuk tarik trafik blog, cara jana pendapatan, cara mahu dapatkan kerja-kerja menulis blog. Pelbagai cara aku buat, try and error di blog. 

Akhirnya, setelah berfikir panjang dan berdoa minta petunjuk Allah. Aku buat keputusan untuk jadikan blog sebagai kerjaya pada September 2019. Bukan senang nak buat keputusan yang menentukan masa depan kerjaya aku. 

Boleh dikatakan keputusan berani mati tanggung risiko apapun yang jadi. Hanya mampu tawakal sahaja. Setiap hari aku menulis tidak kira di laptop ataupun di buku nota. 

Untuk membuktikan bahawa aku benar-benar serius dengan matlamat berblog aku buat keputusan untuk menukar domain ke www.siinurul.com pada akhir tahun 2019. Dengan adanya domain aku rasa lebih komited untuk menulis blog. 
Total artikel : 112 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 1,014602
Google Adense : 108USD

Tahun 2020 - Kumpul Pengalaman Berblog (Pageviews 3,163,125)

Pada tahun ini aku banyak mencuba sebab nak kumpul pengalaman berblog. Aku belajar tentang naikkan trafik blog, cara menulis blog, bagaimana mahu menulis artikel yang baik dan dapat menarik perhatian pembaca.

Matlamat utama aku supaya aku dapat jana pendapatan melalui blog. Aku belajar pasal mendalam tentang Google Adsense. Selain itu juga aku pelbagaikan konten untuk menarik trafik blog. Aku join affiliates, cari platform yang boleh jana income dengan menulis seperti Sushivid (Masa tu memang ramai yang join).

Struggle naikkan trafik blog akhirnya membuahkan hasil. Aku dapat job pertama menulis review produk. Disebabkan trafik blog tinggi, aku dapat payment agak tinggi juga untuk 1 artikel sahaja. 

Alhamdulillah, rezeki bertambah dengan menulis review dan permintaan untuk design blog juga tak putus-putus. Trafik blog meningkat dan income Google Adsense juga naik. 

Dan aku buat keputusan untuk buat blog kedua. Aku ingin mencuba niche selain niche blog ini. Di samping itu juga menambah pendapatan blog. 

Total artikel : 144 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 4,177727
Google Adense : 3 kali cashout
Kerja blogging : 34 Job Blog


Tahun 2021 - 'Peak' of My Career as Fulltime Blogger (Pageviews 3,887,593)

 Alhamdulillah, tahun 2021 bagi aku merupakan the highest or most successful point for me as blogger. Kenapa? Aku dapat banyak job blog, google adsense mula stabil, dan trafik semakin meningkat dan konsisten.


Kegagalan mengajar aku banyak benda. Dengan ilmu dan pengalaman itulah menjadikan blog aku ke tahap ini. Dan sudah semestinya dengan izin Allah aku dapat merasa betapa menulis blog sesuatu yang begitu berharga dalam hidup aku. 


Untuk mengukuhkan personal branding, aku tetapkan matlamat menulis untuk berkongsi seperti yang korang nampak kat header blog. Aku buat logo dan Facebook Pages. Dan tahun ini juga aku banyak belajar pasal penulisan SEO. 


Aku praktikkan penulisan SEO dalam blog, belajar tentang keywords, dan Google Search Console. Aku mula menulis yang berfokus kepada niche blogging. Setiap hari baca dan cari info tentang blogging. 


Setiap hari menulis tajuk baru dan kata kunci. Aku selalu praktikkan menulis tajuk dan keyword blog dahulu sebelum buat kerangka blog. Dalam erti kata lain, aku sentiasa ada idea untuk menulis. Cuma tinggal kembangkan idea itu sahaja. Oleh sebab itulah aku kerap bagi 'keyword' dan 'idea menulis' di facebook. 


Alhamdulillah 'ala kulli hal dalam masa setahun Google Adsense blog kedua pun lulus. Trafik blog untuk blog kedua juga semakin baik dan konsisten walaupun tidak seperti blog ini. 

Total artikel : 143 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 8,065,320
Google Adense : Terima bayaran setiap bulan
Kerja blogging : 80 Job Blog (Tidak termasuk komisen affiliates)


Tahun 2022 - Menulis Untuk Kepuasan Lebih Penting (Pageviews 1,118,182 sehingga Ogos)

Seperti yang korang sedia maklum. Selepas aku berumahtangga banyak yang berubah. Ketika mula stabil dan berada di atas (peak of success), aku buat keputusan untuk kurangkan aktiviti berblog. 


Bayangkan, aku dah dapat income setiap bulan, trafik blog yang konsisten, job blog tak henti-henti. Pada akhirnya aku cuma mahu kepuasan dalam berblog. Aku sedar duit bukan segalanya buat aku.

 

Aku cuma mahu gembira dengan apa yang aku buat. Adakah selama aku berblog aku tidak happy? Aku happy sangat-sangat!


Cuma selepas mendirikan rumahtangga, tujuan aku bukan lagi nak jana pendapatan. Waktu belum berkahwin memang susah apabila tidak bekerja. 


Selepas berkahwin, suami aku suka aku di rumah. Dan aku lagilah suka duduk di rumah berblog. Suami pun sentiasa bagi sokongan dan dorongan dengan aktiviti berblog. 


Bezanya sekarang dari semasa aku bujang ialah aku tidak perlu push diri untuk kerja-kerja blogging. Aku tidak terlalu memikirkan tentang income, trafik dan performance blog. 


Aku lebih senang menulis dan berkongsi. Aku tidak rasa burnout dengan kerja blog walaupun aku memang suka sangat berblog. Tetapi tidak dinafikan, menulis blog merupakan kerjaya yang memenatkan mental dan fizikal. 


Kerana minat dan passion, aku masih bertahan sehingga sekarang. Sekarang aku cuma mahu menulis untuk kepuasan diri dan berbagi manfaat kepada korang samada dari segi ilmu, pengalaman, mahupun kisah hidup. 


Sejujurnya aku dah tak ambil kerja menulis artikel SEO dan review. Malahan kerja servis blog seperti design, setting blog, manage google adsense pun aku dah kurangkan juga. Disebabkan itulah aku buat lagi blog ketiga yang berfokus dengan niche blogging iaitu Belajar Buat Blog. 


Aku mahu kongsikan apa yang aku belajar selama berblog. Aku mahu kongsikan dengan blogger di luar sana pengalaman berblog dengan harapan korang mendapat manfaatnya tidak kira dari segi trafik, income, bisnes dan sebagainya. 


Jadi trafik blog dan income bukanlah menjadi keutamaan buat aku sekarang.

Total artikel : 105 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 9,207,895 (terkini)
Google Adense : Terima bayaran setiap bulan
Kerja blogging : 35 Job Blog (Tidak termasuk komisen affiliates)


Kesimpulannya

Alhamdulillah, perjalanan blog masih panjang. 7 tahun banyak mengajar tentang kehidupan susah dan senang. Berblog sudah jadi sebahagian dari hidup aku. Blog merupakan teman aku dari zaman belajar sampailah dah bergelar isteri. 


Jadi blogger tulislah sesuatu yang bermanfaat buat diri kamu dan orang lain. Kerana tulisan yang baik akan mendapat pahala. 


Dan tulisan yang bermanfaat dapat mempermudahkan urusan orang lain, memberi insight yang mungkin orang lain tak nampak dan memberi inspirasi serta idea kepada orang lain supaya jadi lebih baik. 


Akhir kata, jadi seorang blogger ini...

Jadilah diri sendiri dan tulis sesuatu yang membuatkan diri rasa nyaman. Hidup bukan perlumbaan kerana semua orang mempunyai jalan masing-masing. Setiap orang akan punya waktunya sendiri. Jadi jangan pernah bandingkan dirimu dengan orang lain. You just have to believe. You will be shine and bloom at your own time. Apabila kamu mengerti tujuan hidupmu. Maka tiada satupun manusia yang boleh merebut kebahagiaan di hatimu. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. 


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

8 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. letih juga..fikir apa nak tulis..apa nak buat lagi... apa teknik yang belum buat

    BalasPadam
  2. setuju, tulis sesuatu yang kita rasa nyaman dan happy. what i am doing now. hehehe

    BalasPadam
  3. Betul tu kerja menulis bukan senang. Kena ada mood jugak, dan asalkan kita happy buat benda kita suka. Terbaik Nurul

    BalasPadam
  4. memang berblogging itu satu perjalanan...alhamdulillah sampai sekarang saya masih menulis blog walaupun bukan sebagai kerjaya....hanya sebagai medium berkongsi pendapat dan ilmu yang sikit....in

    BalasPadam
  5. Tahniah nurul.. Merasai Susah senang berblog jadikan ia satu pengalaman yg indah.. For me blog ni masih kategori suka suka sahaja... Blm terpk nak jadikan ia satu pendapatan walau lbh 10 thn dalam dunia blogging. Kita masih suka membaca blog2 org lain. Masih suka mengomen jika tergerak nak komen.. Pape pun, jadilah diri sendiri bila menulis blog. Tak perlu nak meniru atau terikut2 rentak org. Harap nurul akan lebih success lagi dalam dunia blogging.. Keep it up!!

    BalasPadam
  6. Ya, menulis untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat.. Manfaat kepada diri sendiri serta org lain... Kita adalah apa yang kita tulis.. Nona pun dah kurangkan sikit tentang perasaan ni... dulu memang syok sendiri.. Nak buang macam sayang.. Maybe kena edit edit sikit... Hoho.. Or simpan as draft semula... Apa pun, moga dipermudahkan urusan dalam semua pekerjaan yang dilakukan 💙

    BalasPadam
  7. Salam sis.. so proud of u.. sis nk tnya, klu kita ada blog tp blog kita blm terindeks dkt google.. dh try dkt google search console pn still blm ok, ada cara lain x.?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama