Bismillah
My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger?
Yes! It takes a lot of hard work and plenty of time. It is not an easy job to do. Blogging is for everyone, but still it is not everyone's cup of tea.
Kenapa menulis blog itu susah?
Working alone is tough. Walaupun ramai rakan blogger yang bagi tips tentang blog. Pada akhirnya korang yang kena buat semuanya sendiri. Tiada siapa yang boleh bantu korang selain diri sendiri.
Kisah Ringkas Perjalanan Sebagai Blogger Sepenuh Masa
Tahun 2015 - Mula berblog (Pageviews kurang dari 100)
Tahun 2016 - Belajar Tentang Blog (Pageviews 32,000)
Tahun 2017 - Menulis Blog Untuk Berkongsi (Pageviews 217,000)
Pada suatu hari, aku menerima komen "hati-hati dengan apa yang kita tulis, bimbang termakan oleh kata-kata sendiri"
Total artikel : 44 artikel ditulisTotal Pageview Blog : 249,000Google Adense : 7USD
Tahun 2018 - Realiti Kehidupan & Cabaran Hidup (Pageviews 141,000)
Total artikel : 71 artikel ditulisTotal Pageview Blog : 390,000Google Adense : 14USD
Tahun 2019 - Awal Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa (Pageviews 624,000)
Total artikel : 112 artikel ditulisTotal Pageview Blog : 1,014602Google Adense : 108USD
Tahun 2020 - Kumpul Pengalaman Berblog (Pageviews 3,163,125)
Total artikel : 144 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 4,177727
Google Adense : 3 kali cashoutKerja blogging : 34 Job Blog
Tahun 2021 - 'Peak' of My Career as Fulltime Blogger (Pageviews 3,887,593)
Alhamdulillah, tahun 2021 bagi aku merupakan the highest or most successful point for me as blogger. Kenapa? Aku dapat banyak job blog, google adsense mula stabil, dan trafik semakin meningkat dan konsisten.
Kegagalan mengajar aku banyak benda. Dengan ilmu dan pengalaman itulah menjadikan blog aku ke tahap ini. Dan sudah semestinya dengan izin Allah aku dapat merasa betapa menulis blog sesuatu yang begitu berharga dalam hidup aku.
Untuk mengukuhkan personal branding, aku tetapkan matlamat menulis untuk berkongsi seperti yang korang nampak kat header blog. Aku buat logo dan Facebook Pages. Dan tahun ini juga aku banyak belajar pasal penulisan SEO.
Aku praktikkan penulisan SEO dalam blog, belajar tentang keywords, dan Google Search Console. Aku mula menulis yang berfokus kepada niche blogging. Setiap hari baca dan cari info tentang blogging.
Setiap hari menulis tajuk baru dan kata kunci. Aku selalu praktikkan menulis tajuk dan keyword blog dahulu sebelum buat kerangka blog. Dalam erti kata lain, aku sentiasa ada idea untuk menulis. Cuma tinggal kembangkan idea itu sahaja. Oleh sebab itulah aku kerap bagi 'keyword' dan 'idea menulis' di facebook.
Alhamdulillah 'ala kulli hal dalam masa setahun Google Adsense blog kedua pun lulus. Trafik blog untuk blog kedua juga semakin baik dan konsisten walaupun tidak seperti blog ini.
Total artikel : 143 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 8,065,320
Google Adense : Terima bayaran setiap bulan
Kerja blogging : 80 Job Blog (Tidak termasuk komisen affiliates)
Tahun 2022 - Menulis Untuk Kepuasan Lebih Penting (Pageviews 1,118,182 sehingga Ogos)
Seperti yang korang sedia maklum. Selepas aku berumahtangga banyak yang berubah. Ketika mula stabil dan berada di atas (peak of success), aku buat keputusan untuk kurangkan aktiviti berblog.
Bayangkan, aku dah dapat income setiap bulan, trafik blog yang konsisten, job blog tak henti-henti. Pada akhirnya aku cuma mahu kepuasan dalam berblog. Aku sedar duit bukan segalanya buat aku.
Aku cuma mahu gembira dengan apa yang aku buat. Adakah selama aku berblog aku tidak happy? Aku happy sangat-sangat!
Cuma selepas mendirikan rumahtangga, tujuan aku bukan lagi nak jana pendapatan. Waktu belum berkahwin memang susah apabila tidak bekerja.
Selepas berkahwin, suami aku suka aku di rumah. Dan aku lagilah suka duduk di rumah berblog. Suami pun sentiasa bagi sokongan dan dorongan dengan aktiviti berblog.
Bezanya sekarang dari semasa aku bujang ialah aku tidak perlu push diri untuk kerja-kerja blogging. Aku tidak terlalu memikirkan tentang income, trafik dan performance blog.
Aku lebih senang menulis dan berkongsi. Aku tidak rasa burnout dengan kerja blog walaupun aku memang suka sangat berblog. Tetapi tidak dinafikan, menulis blog merupakan kerjaya yang memenatkan mental dan fizikal.
Kerana minat dan passion, aku masih bertahan sehingga sekarang. Sekarang aku cuma mahu menulis untuk kepuasan diri dan berbagi manfaat kepada korang samada dari segi ilmu, pengalaman, mahupun kisah hidup.
Sejujurnya aku dah tak ambil kerja menulis artikel SEO dan review. Malahan kerja servis blog seperti design, setting blog, manage google adsense pun aku dah kurangkan juga. Disebabkan itulah aku buat lagi blog ketiga yang berfokus dengan niche blogging iaitu Belajar Buat Blog.
Aku mahu kongsikan apa yang aku belajar selama berblog. Aku mahu kongsikan dengan blogger di luar sana pengalaman berblog dengan harapan korang mendapat manfaatnya tidak kira dari segi trafik, income, bisnes dan sebagainya.
Jadi trafik blog dan income bukanlah menjadi keutamaan buat aku sekarang.
Total artikel : 105 artikel ditulis
Total Pageview Blog : 9,207,895 (terkini)
Google Adense : Terima bayaran setiap bulan
Kerja blogging : 35 Job Blog (Tidak termasuk komisen affiliates)
Kesimpulannya
Alhamdulillah, perjalanan blog masih panjang. 7 tahun banyak mengajar tentang kehidupan susah dan senang. Berblog sudah jadi sebahagian dari hidup aku. Blog merupakan teman aku dari zaman belajar sampailah dah bergelar isteri.
Jadi blogger tulislah sesuatu yang bermanfaat buat diri kamu dan orang lain. Kerana tulisan yang baik akan mendapat pahala.
Dan tulisan yang bermanfaat dapat mempermudahkan urusan orang lain, memberi insight yang mungkin orang lain tak nampak dan memberi inspirasi serta idea kepada orang lain supaya jadi lebih baik.
Akhir kata, jadi seorang blogger ini...
Jadilah diri sendiri dan tulis sesuatu yang membuatkan diri rasa nyaman. Hidup bukan perlumbaan kerana semua orang mempunyai jalan masing-masing. Setiap orang akan punya waktunya sendiri. Jadi jangan pernah bandingkan dirimu dengan orang lain. You just have to believe. You will be shine and bloom at your own time. Apabila kamu mengerti tujuan hidupmu. Maka tiada satupun manusia yang boleh merebut kebahagiaan di hatimu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
letih juga..fikir apa nak tulis..apa nak buat lagi... apa teknik yang belum buat
BalasPadamsetuju, tulis sesuatu yang kita rasa nyaman dan happy. what i am doing now. hehehe
BalasPadamBetul tu kerja menulis bukan senang. Kena ada mood jugak, dan asalkan kita happy buat benda kita suka. Terbaik Nurul
BalasPadammemang berblogging itu satu perjalanan...alhamdulillah sampai sekarang saya masih menulis blog walaupun bukan sebagai kerjaya....hanya sebagai medium berkongsi pendapat dan ilmu yang sikit....in
BalasPadamTahniah nurul.. Merasai Susah senang berblog jadikan ia satu pengalaman yg indah.. For me blog ni masih kategori suka suka sahaja... Blm terpk nak jadikan ia satu pendapatan walau lbh 10 thn dalam dunia blogging. Kita masih suka membaca blog2 org lain. Masih suka mengomen jika tergerak nak komen.. Pape pun, jadilah diri sendiri bila menulis blog. Tak perlu nak meniru atau terikut2 rentak org. Harap nurul akan lebih success lagi dalam dunia blogging.. Keep it up!!
BalasPadamYa, menulis untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat.. Manfaat kepada diri sendiri serta org lain... Kita adalah apa yang kita tulis.. Nona pun dah kurangkan sikit tentang perasaan ni... dulu memang syok sendiri.. Nak buang macam sayang.. Maybe kena edit edit sikit... Hoho.. Or simpan as draft semula... Apa pun, moga dipermudahkan urusan dalam semua pekerjaan yang dilakukan 💙
BalasPadamBukan mudah jadi blogger kan
BalasPadamSalam sis.. so proud of u.. sis nk tnya, klu kita ada blog tp blog kita blm terindeks dkt google.. dh try dkt google search console pn still blm ok, ada cara lain x.?
BalasPadam