Kerja Dari Rumah Menulis Blog Kerja Paling Senang

6
Assalamualaikum
Bismillah

Menarik tak tajuk hari ini? Hari ini aku nak kongsi dengan korang apa kelebihan dan cabaran jadi blogger ni. 

Entri ini khas buat mereka yang nak jadi blogger tetapi nak senang. Kalau orang cakap dengan aku kerja blog ini senang. Ya memang senang kalau main cakap saja. Tidak dinafikan banyak kelebihan kerja dari rumah. 

Kerja Dari Rumah Menulis Blog Kerja Paling Senang

Kelebihan Kerja Dari Rumah Menulis Blog

1. Mempunyai masa bekerja yang fleksibel

Antara beberapa sebab kenapa kebanyakkan orang suka bekerja dari rumah, salah satunya ialah mempunyai masa bekerja yang fleksibel. Korang boleh start kerja bila-bila masa yang korang nak.

Ada yang berblog pada waktu pagi, petang dan malam. Korang boleh berblog selepas buat kerja-kerja di rumah.

Bukan itu sahaja, bekerja menulis blog ini tidak mempunyai masa yang tetap. Nak kerja 30 minit, 1 jam atau 2 jam terpulang dengan korang.

2. Bebas & tidak terikat dengan peraturan

Kelebihan kerja dari rumah ni korang tak perlu bersiap pakai baju kerja dan hadap kesesakan lalu lintas setiap pagi dan petang. Korang bebas dan tidak terikat dengan masa dan peraturan. Tiada bos yang marah korang lambat datang ofis.

Tak perlu nak fikir hari ni nak pakai baju apa. Tak perlu nak iron baju atau tudung bagai. Korang hanya perlu buka laptop dan terus boleh buat kerja.

3. Tidak perlu berhadapan dengan orang lain / majikan

Selain itu, korang juga tidak perlu berhadapan dengan majikan mahupun kawan sekerja. Malah sekiranya dapat klien untuk produk review misalnya, hanya perlu berurusan secara online.

Kerja menulis blog tidak perlu menjalankan meeting kerana ia tidak melibatkan mana-mana syarikat. Melainkan korang mempunyai pekerja untuk handle blog.

Salah satu sebab kenapa aku lebih suka kerja sendiri sebab tak nak hadap semua tu. Aku pernah kerja di luar sebelum jadi blogger sepenuh masa. Jadi memang agak tekanan juga kalau ada masalah di tempat kerja dengan pekerja ataupun majikan. 

Ramai orang yang berhenti kerja kerana tidak tahan dengan persekitaran tempat kerja.

4. Dapat luangkan masa dengan keluarga

Bukan itu sahaja, korang juga dapat luangkan masa bersama keluarga. Bukannya kerja di luar tak dapat luangkan masa dengan keluarga, cuma bekerja dari rumah lebih banyak luangkan masa bersama anak-anak, pasangan dan ibu bapa.

Korang tak perlu fikir nak ambil cuti kalau balik raya. Tak perlu minta MC kalau sakit. Dan sekiranya ada apa-apa kecemasan, korang ada masa dengan keluarga.

Korang dapat bagi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak dan pasangan bagai menatang minyak yang penuh gitu.   


Cabaran Kerja Dari Rumah Sebagai Blogger

Walaupun begitu, setiap pekerjaan pasti punya cabaran tersendiri. Kerja dari rumah menulis blog kerja paling senang. Memang senang kalau main cakap saja. Haha Hakikatnya kalau nak buat kerja dari rumah ni pun banyak cabarannya. Antaranya ialah :

1. Pengurusan masa

Sebagai blogger sepenuh masa, pengurusan masa adalah sangat penting sekali. Ya betul korang boleh bekerja bila-bila masa tetapi untuk memastikan blog sentiasa dikemaskini dengan konten terbaru, korang perlu urus masa dengan baik untuk menulis entri.

Sekiranya masih bujang, korang mungkin banyak spent masa dengan blog tetapi dalam masa yang sama juga cenderung untuk bekerja terlebih masa (work overtime).

Sekiranya korang sudah berkahwin, korang mungkin akan lebih sibuk dengan kerja rumah, anak-anak dan pasangan. Jadi kemungkinan untuk luangkan masa menulis blog semakin kurang.

Dan sekiranya korang blogger bekerjaya, korang terpaksa curi masa menulis blog di tempat kerja. Nanti sampai rumah tiada masa dah nak layan blog sebab nak urus hal-hal di rumah lagi.

Jadi kat sini korang memang kena belajar untuk pengurusan masa sendiri. Kalau sibuk kena luangkan sedikit masa juga dengan blog. Kalau tak dapat luangkan masa untuk update setiap hari, boleh update setiap minggu.

Dan kalau sibuk juga sekurang-kurangnya update sebulan sekali sudah memadai. Itu baru fikir update blog saja. 

Kalau korang fulltime blogger bukannya kerja update blog saja. Banyak lagi kerja yang nak dibuat seperti audit, pengurusan media sosial, design, job menulis review, artikel SEO, affiliates, jana income dengan iklan, asah kemahiran dan timbah ilmu blogging. 

2. Pendapatan tidak tetap

Kerja menulis blog juga tidak mempunyai pendapatan secara tetap. Ada masa income naik meroket, ada masa tiada sama sekali.

Pendapatan blogger bergantung dengan produk review, penulisan artikel, event, pengiklanan di blog, servis blog, affiliates dan sebagainya. Menulis blog saja pun sudah banyak kerja, apatah lagi ditambah dengan kerja-kerja yang lain.

Bayangkan nak cari idea menulis dan nak update blog sahaja pun kadang tak menyempat. Malah bertambah lagi dengan kerja-kerja sampingan blog yang lain. 

Jadi blogger sepenuh masa memang sedia maklum bahawa nak jana pendapatan dari blog bukannya senang. 

Nak jana income dari adsense saja pun, menulis 100 artikel sebulan belum tentu lagi dapat capai target nak cashout. Jadi nak tak nak kena cari altenatif lain untuk cover pendapatan adsense. 

Ada yang jadi content creator di tiktok, facebook, dan instagram. Ada yang jadi youtuber. Apa yang aku maksudkan di sini. Asalnya seorang blogger tetapi sebab income tak cukup kena jadi youtuber dan content creator lagi.

Jadi kerja bertambah-tambah sebab seorang blogger tahu nak fokus dengan kerja menulis blog saja tak cukup. 

3. Disiplin & menulis dengan konsisten

Selain pengurusan masa, disiplin bekerja juga sangat penting. Kerja menulis blog memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Ramai blogger termasuklah aku sendiri yang kadang malas nak update blog.

Semua orang boleh buat blog dan menulis blog. Tetapi cabaran yang paling berat sekali ialah sentiasa menulis dengan konsisten. Kerja menulis blog tidak sama dengan kerja di luar.

Sebagai contoh korang bekerja di ofis. Malas dan penat macam mana pun korang tetap akan paksa diri untuk bangun dan pergi kerja. Hal ini demikian kerana korang dibayar gaji oleh majikan. Kalau tak datang kerja tanpa alasan nanti dibuang kerja.

Berbeza sekali dengan kerja menulis blog. Korang malas dan tak nak update tiada bos yang nak marah korang. Dan apabila malas korang sendiri kena hadap trafik blog yang menjunam dan pendapatan adsense kemungkinan akan merosot.

Apabila prestasi blog menurun, korang terpaksa usaha 2x ganda lagi untuk naikkan dan kekalkan prestasi blog. Mood menulis blog pun turun naik, seperti iman kita yang turun naik. Nak konsisten menulis memang cabaran besar bagi seorang blogger.

4. Ruang kerja yang terhad

Sebagai blogger sepenuh masa, tidak dinafikan bahawa ruang kerja yang terhad mempengaruhi mood menulis blog.

Meja makan jadi tempat kerja menulis. Sanalah terhidang makanan di sana jugalah laptop dan buku nota. Ada juga yang jadikan tempat tidur sebagai tempat menulis blog. Akulah salah satunya. Kadang tidur dengan laptop sekali.

Dari segi keselesaan memang agak kurang selesa sebenarnya. Apabila buat kerja di katil nie rasa macam mahu tidur saja. Hahaha~ Jadi sebaik-baiknya sediakan tempat khas untuk menulis blog seperti meja belajar dan kerusi.

Jadi cari ruang untuk menulis blog yang korang rasa selesa menulis supaya kerja lebih produktif dan efisien.   

6. Kos bil elektrik, air dan internet

Memang betul kerja dari rumah senang je. Tak perlu buang minyak kereta, tak perlu hadap kesesakan lalu lintas, tak perlu buang duit makan kat luar. 

Tetapi korang kena ingat. Duduk di rumah pun makan, mandi, cas laptop & handphone. Semuanya memerlukan kos bil elektrik, air dan internet.

Belum masuk kos sewa rumah dan kos perbelanjaan dapur. Kalau stress nak juga santai keluar rumah ambil angin juga memerlukan kos. Takkan nak duduk rumah terus hadap kerja 24/7 kan?

Jadi duit yang masuk tu pun ada keperluan dan kehendak yang nak dipenuhi. Kita pun nak juga nak kirim mak ayah. 

Kesimpulannya

Kerja menulis blog memang senang dan santai sebenarnya. Aku tak tipu pun. Tetapi banyak juga cabaran apabila jadi blogger. 

Korang bayang sendirilah sebelum PKP ramai yang nak kerja dari rumah. Tetapi bila dah betul-betul kerja dari rumah, ramai yang tak tahan. Di sanalah baru kita menghargai kerja seorang suri rumah yang hadap anak-anak 24 jam.

Di sanalah baru kita faham perasaan suami & isteri yang bekerja sambil jaga anak-anak macam mana. Di sana barulah majikan faham betapa susahnya nak buat meeting online dari rumah.

Apa aku nak sampaikan di sini tiada kerja dari rumah yang senang. Memang ramai yang jana income ribuan dari rumah tetapi ia tidak semudah yang kita lihat. 

Kalau kerja menulis blog itu senang, dah ramai yang jadi blogger sepenuh masa.


Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. perkongsian yang menarik. betul tu, every work have pro and con :)

    BalasPadam
  2. Ya, pengurusan MASA ini menjadi peranan yang sangat penting.

    BalasPadam
  3. rajin sunggulah si nurul ni. suka kak azni baca

    BalasPadam
  4. Bagaimana nak dapatkan peluang menulis blog ini?

    BalasPadam
  5. Menulis artikel dah mudah untuk Zaman terkini, boleh gunakan apps ai je,

    https://izzatsabyan.com/blog/10-idea-perniagaan-di-internet/

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian. Cari-cari jumpa blog ni. Salam kenal.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !