Kenaikan Harga Domain NETKL

Assalamualaikum
Bismillah

Korang ada dapat email tak tentang kenaikan harga domain .com NETKL ? Aku terkejut jugalah sebab macam baru-baru juga dorang naikkan harga. Tetapi naik lagi balik. Sabar ja lah.

harga domain netkl

Notis : Kenaikan harga domain .com (bermula 7 September 2022)

Berikutan pengumuman kenaikan harga untuk domain .com (yang akan bermula 1 September 2022) oleh pihak Registry (Verisign), maka, NetKL tiada pilihan selain turut menaikkan harga jualan domain .com kami (bermula 7 September 2022), seperti berikut :

Pendaftaran baru (Register Domain):

Harga lama = RM50
Harga baru = RM55

Pembaharuan (Renew Domain) :

Harga lama = RM50
Harga baru = RM55

Pindah ke NetKL :

Harga lama = RM50
Harga baru = RM55


Sila maklum bahawa; penggubal domain Pengawalselia Domain (ICANN) membenarkan Registrar (Verisign) menaikkan harga domain sebanyak 7% setiap tahun (pada 2020, 2021, 2022, dan 2023).

Selepas 'pembekuan harga' 2 tahun, Verisign boleh menaikkan harga lagi, sebanyak 7% setahun (dari 2026 - 2029), dan diikuti oleh 2 tahun lagi 'pembekuan harga'.

Kitaran ini akan berterusan, setiap 10 tahun sekali.


Apa yang aku faham tentang notis ini ialah pihak NETKL akan menaikkan harga domain setiap tahun. Pada tahun 2024 - 2025 akan dibekukan harga. Maksudnya tiada kenaikan harga dikenakan. 

Tetapi bermula tahun 2026 - 2029 akan dikenakan kenaikan harga balik. So setiap 4 tahun akan berlaku kenaikan harga domain dan 2 tahun pula akan dibekukan harga. Dan kiraan berterusan setiap tahun. 

Habislah... Hahaha pening nak membayar setiap tahun. 

2023 - RM55
2024 - RM55
2025 - RM55
2026 - RM60
2027 - RM60
2028 - RM60
2029 - RM60

So kiranya macam nie lah bayaran setiap tahun. Aku tak pandai maths sangat pun. Tapi anggaran aku mungkin macam tu. 

Kena struggle lebih lagilah lepas nie..


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

3 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. semua barang naik skrg. bila dah nak tu jgn haraplah nak turun! Matilanak!

    BalasPadam
  2. Domain subscription juga terkena tempias kenaikan harga.. Betul kata Abam Kie, semua harga barang naik sekarang.. Bertabahlah..

    BalasPadam
  3. Nak buat macam mana kan, nak tak nak terpaksa la bayar.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama