Bismillah
Korang pernah tak terfikir agaknya berapa jam bekerja untuk blogger sepenuh masa. Selama 7 tahun berblog, baru hari ini aku terfikir berapa jam aku habiskan masa dengan kerja-kerja blog.
Apa yang aku kongsikan di sini tidak mewakili mana-mana blogger ya. Aku cuma ingin kongsikan sahaja apa yang aku buat setiap hari.
Berapa Jam Masa Bekerja Untuk Blogger Sepenuh Masa
Aku bahagikan masa untuk buat kerja blog kepada 3 bahagian iaitu sebelum Zohor, selepas Asar & selepas Isyak.
Biasanya selepas subuh aku mandi, sediakan sarapan, dan bagi makan kucing. Aku tak pelihara kucing, cuma ada kucing selalu datang rumah untuk minta makanan. Jadi pagi-pagi memang selalu bagi makan.
Masa tengah sarapan tu aku peruntukkan masa 30 minit - 1 jam lebih untuk cari info berkenaan tajuk blog, baca isu semasa, cari topik trending, tengok news dan media sosial apa yang menarik.
Dan aku memang set alarm jam 9.30 pagi mesti buat kerja-kerja rumah dahulu seperti mengemas, cuci pakaian, jemur pakaian, masak untuk makan.
Sambil tunggu pakaian dibasuh dan dikeringkan di mesin basuh, aku memang dah ada beberapa topik dalam fikiran nak buat apa untuk hari ini.
Sebelum Zohor
Dalam jam 11.30 - 1.00 tengah hari tu aku mula buat kerja blog dah. Antara kerja-kerja blog yang aku buat adalah seperti :
- Buat tajuk artikel untuk 3 blog (Blog Sii Nurul, Blog Inspirasi, Belajar Buat Blog)
- Tulis subtopik atau point penting
- Cari keyword artikel
- Cari rujukan dan bahan untuk bacaan
- Blogwalking (Cari idea)
- Pengurusan media sosial (Update telegram, instagram dan facebook)
- Catat nota-nota penting untuk blog
Untuk buat kerja-kerja blog tu aku ambil masa 2 - 4 jam. Bergantung dengan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak banyak kerja nak buat, memang jam 9.30 lagi dah start buat kerja blog.
Selepas Zohor aku rehat sekejap. Masa ni aku buatlah kerja lain pula, mengemas rumah, masak atau makan tengah hari, tengok anime, youtube, dengar ceramah dan tidur sebagainya.
Selepas Asar
Aku sambung lagi balik kerja blog selepas asar. Masa ni aku dah mula kerja menaip dan edit. Antaranya :
- Buat draft ringkas - pendahuluan, isi penting, kesimpulan
- Edit dan design gambar
- Cari info yang berkaitan artikel
- Update media sosial (Sekiranya perlu)
- Buat kerja audit blog (Google Search Console)
- Tambah ilmu blogging (Baca pasal SEO, tips-tips blog, konten berkaitan blog)
Kalau aku ada idea nak tulis apa di blog biasanya dalam 30% draft dah siap. Aku ambil masa dalam 1 jam juga untuk buat kerja-kerja di atas.
Selepas Isyak
Pada waktu malam aku memang banyak habiskan masa dengan blog. Selepas isyak dalam jam 9 - 2 pagi aku buat kerja. Paling awal aku tidur jam 11 malam. Antara kerja blog yang aku buat adalah seperti :
- Siapkan artikel penuh blog (Kalau tak siap sambung lagi esok sampai siap)
- Buat tajuk artikel & keyword untuk artikel
- Audit blog
- Tulis draft awal
- Catat nota penting
- Update media sosial
Jadi aku ambil masa selama 3 - 5 jam untuk buat kerja blog. Tidak tentu juga sebenarnya masa berblog ni.
Secara keseluruhan aku habiskan masa berblog minimum 5 jam sehari dan paling maksimum 10 - 12 jam sehari.
Semakin banyak artikel yang mahu dipublish semakin panjang juga masa bekerja tu. Aku rasa bergantung dengan blogger itu sendiri.
Sebenarnya nak tulis artikel tu tak lama pun. Dalam 1 - 2 jam dah siap, apatah lagi kalau dah buat draft awal memang kejap saja siap. Cuma sebagai blogger sepenuh masa, kerja blogging tidak tertumpu kepada menulis artikel semata-mata.
Lain lagi kalau dapat job menulis artikel review ke, artikel SEO ke. Kena lagi dengan klien yang nak artikel dalam tempoh masa tertentu (dateline) memang banyak sangat kerja nak buat.
Cuti Dari Kerja Blog Bagi Blogger Sepenuh Masa
Cuti tu bergantung dengan blogger itu sendiri. Nak cuti sehari, seminggu, sebulan atau setahun ke tiada masalah.
Ada blogger dia cuti menulis apabila nak jalan-jalan. Ada yang cuti menulis sebab pergi event, bercuti dengan keluarga dan sebagainya.
Kalau aku pula, cuti dari buat kerja-kerja blog apabila suami ada kat rumah ataupun memang cuti sebab jalan jauh (tiada di rumah). Jadi sebelum suami balik aku memang dah ada beberapa draft artikel nanti tinggal nak siapkan artrikel dan post kat blog sahaja.
Pengurusan Masa Bergantung Dengan Priority
Apabila korang jadi blogger sepenuh masa, pengurusan masa sepenuhnya korang yang kena buat. Tiada istilah "tiada masa" ataupun "tidak cukup masa". Semua orang diberi masa yang sama 24 jam sehari. Jadi kita yang kena atur masa terluang untuk berblog.
"Untunglah jadi blogger sepenuh masa nie banyak masa untuk blog".
Sebenarnya semuanya bergantung dengan kita punya "priority". Apa dan siapa keutamaan kita?
Jadi korang tak boleh kata aku lebih banyak masa dengan blog. Sebab sememangnya aku meletakkan "blogging" sebagai keutamaan aku.
Begitu juga dengan blogger lain, mereka meletakkan "kerja" "anak-anak", "keluarga" mereka sebagai keutamaan mereka dahulu. Kemudian baru blog.
Jadi apabila kita meletakkan kerja blog sebagai "priority" sudah tentulah kita lebih banyak habiskan masa kat situ. Jadi istilah tidak cukup masa atau tiada masa sebenarnya tidak relevan kerana keutamaan kita yang berbeza.
Adakah dengan meletakkan "kerja blog" sebagai keutamaan bermaksud aku mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suri rumah? JAWAPANNYA TIDAK.
Hal ini demikian kerana aku masih peruntukkan masa untuk buat kerja-kerja rumah dan cuti apabila suami ada di rumah. Of course suami aku paling penting sekali. Dan sudah tentu aku buat kerja-kerja blog dengan izin suami juga.
Jadi blogger sepenuh masa ini fleksibel dengan masa. Suka hati nak atur masa bekerja jam berapa. Kalau aku penat dan malas, aku berehat dulu dari kerja blog. Sekarang ni belum ada anak bolehlah pulun habiskan masa menulis blog.
Seandainya Allah memberikan rezeki cahaya mata, keutamaan aku mungkin sudah berubah. Dan kita tengok pula macam mana blogger sepenuh masa yang ada anak manage masa berblog hahaha.
Kesimpulannya
Aku tidak pasti lah cara pengurusan masa orang lain macam mana. Dan aku tidak minta pun orang lain untuk berblog ikut cara aku. Setiap orang punya tanggungjawab dan peranan masing-masing tidak kira apa jenis pekerjaan pun yang kita lakukan.
Tidak kira kerja apapun yang kita buat cuma nak pesan sesama Muslim, jagalah solat. InsyaAllah kalau kita jaga solat Allah akan permudahkan segala urusan dan memberikan keberkatan masa buat kita.
ngam timing artikel nurul ni tau. kakak sampai sanggup ambil cuti bekerja demi mau update blog. haha. macam banyak lagi mau dicheck blog kakak ni nurul :D
BalasPadamkalau weekdays memang tak sempat nak update melainkan ada press release. Kalau buat review semua campak dekat weekend. Tapi kalau ada event mula la datang rasa malas nak update tu sebab penat haha. hujung bulan mula la menggelupur sebab entry tak cukup >.<
BalasPadamcantik penyusunan masa nurul.. teruskan semangat ni.. setiap blogger masanya berbeza2.. jd kita kena bijak dlm pengurusan masa.. tngok entri nurul semangat nak update blog hari2.. hehehe walaupun sebenarnya malas
BalasPadamAini selalu buat draft dulu.. bila dah habis set time untuk publish.. Depends pada masa juga sebab Aini keje di pejabat kadang2 tak sempat nak update blog..
BalasPadamsaya menulis blog bila ada kesempatan masa..sibuk bekerja shift sebagai kakitangan hospital,,,memang kadang2 ada masa terluang curi2 juga menulis dfaft dulu kat aplikasi blogger dalam phone..masa weekend edit semula & publish new post,,semoga dipermudahkan urusan kita semua supaya rajin update blog
BalasPadamTeruskan! 👍💪
BalasPadamUsaha tidak mengkhianati hasil. Semoga Nurul terus berjaya dalam dunia Blogger, doakan saya juga.
BalasPadamTeruskan semangat utk update blog :)
BalasPadam