Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Assalamualaikum
Bismillah

Siapa yang masa study dulu ada buat pinjaman PTPTN? Korang dah bayar hutang tak? Alhamdulillah selepas aku habis belajar setakat ini aku tidak pernah lagi ponteng bayar balik ptptn nie. Dah banyak kaedah sudah yang aku buat untuk bayar.

Akhirnya aku buat keputusan untuk bayar balik PTPTN melalui Direct Debit Online. Aku rasa kaedah ini paling senang lah sebab tidak perlu risau fikir dah bayar bulan ini atau belum. Apabila menggunakan kaedah Direct Debit Online ni aku rasa lagi berdisiplin sikitlah nak bayar hutang.

Hal ini demikian kerana kalau tak bayar, korang akan diingatkan untuk bayar melalui emel. Jadi aku memang sentiasa letak baki yang cukup untuk bayar PTPTN. Ada jugalah sekali aku terlepas tarikh bayaran sebab aku lupa yang dalam masa terdekat tu nak bayar hutang. Hahaha.

Direct Debit Online

Dengan membuat potongan ansuran bulanan pinjaman pendidikan anda secara debit terus (direct debit), anda tidak perlu risau lagi untuk membuat bayaran secara kaedah manual atau ke kaunter. 

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online


1. Pergi ke laman I-Online PTPTN

2. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

3. Seterusnya, pilih Penyata Baki. Dan klik Pendaftaran untuk Debit Terus.

4. Klik PERMOHONAN BARU. (Rujuk gambar di bawah)

Direct Debit Online
5. Pada bahagian MAKLUMAT PERIBADI, Pastikan NOMBOR KAD PENGENALAN dan NAMA PENUH adalah betul.

6. Isi butiran NOMBOR TELEFON dan EMEL. Kemudian, klik seterusnya.

Direct Debit Online
7. Pada bahagian MAKLUMAT PINJAMAN, anda akan melihat AMAUN POTONGAN DEBIT TERUS yang akan dipotong setiap bulan daripada akaun bank. Tidak boleh kurangkan amaun tersebut ya. 

Direct Debit Online
8. Pada bahagian MAKLUMAT PEMBAYARAN disertakan ID RUJUKAN dan caj bayaran deposit pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM1.00.

9. Sila sahkan permohonan di bahagian pengesahan permohonan. Kemudian klik seterusnya.

Direct Debit Online

10. Pada bahagian SEMAK & BAYAR, sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah TEPAT & BENAR. Dan klik BAYAR.

Direct Debit Online

11. Anda dikehendaki untuk PILIH BANK UNTUK DIRECT DEBIT dan masukkan EMEL untuk terima notis pembayaran dan resit sebagai rujukan transaksi.

12. Klik "I agree with the FPX Terms & Conditions". Dan klik Bayar dengan FPX.

Direct Debit Online

13. Boleh tengok kat BANK masing-masing ya untuk bayar. Aku menggunakan CIMB BANK. Jadi caj RM1.00 akan dikenakan dahulu. PTPTN tidak akan terus tolak amaun pembayaran PTPTN anda. 

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
14. Pendaftaran untuk Direct Debit Online telah berjaya dibuat.

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
16. Resit: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada Urusniaga PTPTN Payment Gateway.

*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" untuk simpanan atau rujukan akan datang.
Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
17. Permohonan untuk Direct Debit Online telah diterima. 
Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
17. Kemudian sila semak emel anda.

Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online
Pemotongan kali pertama itu akan di buat pada bulan berikutnya. Misalnya korang memohon untuk membuat bayaran PTPTN melalui Direct Debit pada bulan Ogos, maka pada bulan September barulah akan ditolak amaun di akaun bank yang telah didaftarkan.

Penetapan tarikh potongan Debit Terus (Direct Debit) adalah mengikut tarikh potongan terhampir iaitu pada 1hb/ 10hb/ 27hb selepas permohonan berjaya.

JIKA potongan BERJAYA. Sistem Debit Terus (Direct Debit) akan mengunci tarikh yang sama bagi potongan pada bulan berikutnya (Jika tiada KEGAGALAN potongan berlaku).

Sebagai contoh, potongan dibuat pada 1 Ogos, maka pada bulan seterusnya tarikh pemotongan akan jatuh pada 1 September. Tetapi sekiranya potongan dibuat pada 1 Ogos, tetapi pada 1 September amaun di bank korang tidak mencukupi, maka tarikh pemotongan akan ditunda ke 10hb atau 27hb.

Ini adalah contoh emel yang korang akan terima sekiranya pemotongan tidak berjaya dilakukan.
Cara Buat Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Pemotongan akan berlaku SEKALI sahaja dalam sebulan. Dan pada HARI BEKERJA SAHAJA. Sekiranya tarikh pemotongan berlaku pada bukan hari bekerja, maka PTPTN akan memilih tarikh pemotongan yang terhampir dengan tarikh yang telah ditetapkan.

LAKUKAN SEMAKAN SEGERA PERMOHONAN DEBIT TERUS

Kaedah 1 : E-mail

  • Tajuk E-mail: PTPTN-Semakan Permohonan Debit Terus
  • Alamat E-mail: alwani@ptptn.gov.my
  • Nota: Sila lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway " yang telah disimpan/ screenshot, serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit (tanpa simbol "-") dan hantarkan terus pada e-mail diatas.

Kaedah 2: Whatsapp

  • Tajuk Whatapps: PTPTN-Semakan Permohonan Debit Terus
  • No Tel Whatapps: +6011-20668660
  • Pautan Link WA: https://TanyaPTPTN1.wasap.my/
  • Nota: Sila lampirkan / attach resit "Urusniaga PTPTN Payment Gateway" yang telah disimpan/ screenshot serta No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit (tanpa simbol "-") dan hantarkan terus pada no. tel. whatsapp diatas.

Sekian itu sahaja, semoga info ini bermanfaat buat semua. Semoga korang semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. InsyaAllah Aamiin..


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama