Review Selsun Blue Shampoo Untuk Rambut Kelemumur

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah aku dapat juga buat Review Selsun Blue Shampoo. Dah lama sebenarnya nak buat review ni cuma belum ada kelapangan dan penyakit malas yang menguasai sehingga terhalang niat mahu tulis review. Haha

Aku dah pernah kongsikan kat facebook bahawa Selsun Blue shampoo yang paling berkesan hilangkan kelemumur aku 100%.. Berkesan untuk rambut aku saja ya. Dari dulu aku mempunyai masalah rambut gatal dan kelemumur yang boleh dikatakan teruk juga sehingga menyebabkan keguguran rambut. 

Terutama sekali apabila rambut panjang. Memang teruklah gatal kulit kepala aku. Tapi still mahu juga nak simpan rambut panjang hehe. Jadi penyelesaiannya ialah kena kenal pasti jenis rambut dan cari shampoo yang bersesuaian lah. 

Dah bermacam jenis produk hair care yang aku gunakan. Dari murah sampailah mahal. Tetap juga tidak dapat menyelesaikan masalah kelemumur aku. Sampailah suatu hari aku ternampak di twitter berkenaan shampoo ini. 

Jadi akupun trylah guna Selsun Blue Shampoo.

Selsun Blue Ingredients

Water, Ammonium Laureth Sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Dimethiconol, Decyl Glucoside, Glycerin, Styrene/ Acylates Copolymer, Disodium Lauryl Sulfosuccinate, Acrylates Copolymer, PPG-10 Methyl Glucose Ether, Selenium Sulfide, Cocamide MEA, Fragrance, Ammonium Sulfate, Glycol Distearate, Cetyl Alcohol, Citric Acid, Polyquaternium-10, Guar Hydrocypropyltrimonium Chloride, Sodium Chloride, Butylene Glycol, Honey Extract, Amodimethicone, PEG-55 Stearate, Laureth-4, Laureth-23, Ammonium Chloride, Sodium Benzoate, Citric Acid, Tea=Dodecylbenzenesulfonate, Ceteareth-7, Ceteareth-25, CI 42090, Urea, Methulisothiazolinone, Arginine, Iodoprpynyl Butlcarbamate, Phenoxyethanol, Sodium Lactate, Ornithine HCI, Lysine HCI, Arginine HCI, Propylparaben, Methyl-paraben, Caprylyl Glycol.
Selsun Blue Extra Moisturizing (For dry and damaged hair)

Cara Penggunaan Selsun Blue Shampoo

Sebenarnya cara mahu menggunakan shampoo ini sama sahaja untuk ketiga-tiga jenis shampoo. Iaitu pakai shampoo ini di atas kulit kepala dengan rambut yang basah. Massage rambut dan kulit kepala selama 2 - 3 minit. Kemudian bilas. Untuk kesan yang maksimum, gunakan 2 kali seminggu.

Selsun Blue Extra Moisturizing (For dry and damaged hair)

Selsun Blue Shampoo

Untuk makluman korang, Selsun Blue Shampoo ini mempunyai 3 jenis shampoo iaitu :
  • Selsun Blue Extra Moisturizing Treatment Shampoo (For dry and damaged hair)
  • Selsun Blue Pro 2-in-1 Treatment Shampoo (Normal hair)
  • Selsun Blue Pro Extra Strength Shampoo (Itchy scalp)
Cuma untuk entri kali ini aku mahu fokus Selsun Blue Moisturizing Treatment Shampoo (For dry and damaged hair) sahaja. 

Fungsi Selsun Blue Extra Moisturizing (For dry and damaged hair)

  • Menghapus dan mengawal kelemumur - Dengan Selenium Sulfide dapat mengawal kegatalan kelemumur dan kulit kepala mengelupas.

  • Super Melembapkan dan rambut mudah untuk diurus - Dengan ekstak daripada French Honey membantu mengembalikan rambut yang gugur serta mengekalkan kelembapan rambut.

  • Extra moisturizing - Ditambah dengan 3 jenis kandungan bahan untuk membaiki kerosakan dan rambut kering.

Review Selsun Blue Shampoo Untuk Rambut Kelemumur

Sebenarnya ini adalah botol ke-4 aku menggunakan Selsun Blue Shampoo. Syampu yang paling berkesan sekali untuk hilangkan masalah rambut kelemumur dan kegatalan kulit kepala. 

So far aku paling suka Selsun Blue Extra Moisturizing (For dry and damaged hair) yang penutup botol dia berwarna hijau. 

Yang 2 jenis syampu lagi tu aku belum pernah cuba lagi. Dari segi tekstur, syampu berwarna hijau dan wangi. It has a nice smell. Tidak wangi sangat dan tidak juga rasa kurang menyenangkan bau dia.

Dan kalau korang pakai kat kepala rasa sejuk-sejuk sikit. Aku pakai syampu ini 2 kali seminggu sahaja. Dia tak macam syampu lain tau sebab dia punya ubat tu kuat. So tak boleh pakai setiap hari. 

Antara kesan sampingan penggunaan Selenium Sulfide terlalu kerap akan menyebabkan :
  • Oiliness or dryness of hair and scalp.
  • Hair loss.
  • Hair discoloration.
  • Scalp irritation.
  • Skin Irritation.

Oleh sebab itulah Selsun Blue Shampoo ini mempunyai Selenium Sulfide 1% sahaja. 

Harga Selsun Blue Extra Moisturizing (For dry and damaged hair) ialah RM25 - RM35 untuk 200ml punya. Dan boleh tahan sehingga 3 bulan bergantung dengan penggunaan korang. Memang jimat sebab korang tak guna hari-hari pun.

Sepanjang menggunakan Selsun Blue Extra Moisturizing (For dry and damaged hair) memang bagus sangat untuk jenis rambut yang kering dan rosak. 

Selepas mandi tu rambut korang lembap dan mudah untuk diurus. Dia tak kembang tau. Tengok jenis rambut lah macam mana. Aku punya rambut tebal dan pendek. Masa mandi tu, korang kena massage betul-betul kulit kepala terutama kat bahagian yang selalu gatal.

Selain itu, kena pandai pilih juga conditioner, argan oil atau serum untuk kesan yang lebih optimum. Tak harapkan syampu ini semata-mata. 

Adakah Selsun Blue berkesan untuk hilangkan rambut gugur? Setakat ini aku susah nak pastikan adakah rambut gugur itu berkurang ataupun tidak sebab rambut aku masih gugur. 

Tetapi kalau korang nak tahu produk hair care untuk rambut gugur aku recomend korang guna SEBORIN Activ Hair Tonic.

Recommended?

Yes! Bagi korang yang mungkin mempunyai masalah rambut kelemumur dan kegatalan kulit kepala. 
 Aku cadangkan korang guna produk ini. So far berkesan dengan rambut aku. Aku mempunyai jenis rambut yang agak tebal, kelemumur dan rambut rosak. 

Jadi, kalau korang mempunyai masalah rambut yang sama seperti aku, bolehlah mencuba Selsun Blue Extra Moisturizing (For dry and damaged hair)

Repurchase?

Definitely YES! Dah jadi syampu paling wajib kena ada. 

Boleh dapatkan di Watson, Guardian, Drugstore yang berhampiran dengan korang. Kalau nak beli online pula boleh beli di shopee. Aku sertakan link sekali ya kat bawah. 

Selsun Blue Extra Moisturizing (For dry and damaged hair)
Link Shopee : https://shp.ee/txh9n4y
Harga : RM20.99 (Harga mungkin berubah)


(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama