Amalan Yang Boleh Dilakukan Bersama Pasangan Sepanjang Ramadan

Assalamualaikum
Bismillah

Tahun ini merupakan tahun yang sangat istimewa buat aku kerana dapat menyambut Ramadan bersama dengan orang tersayang.

Pertama kali sambut bulan Ramadan bersama suami jadi perasaan tu sangat teruja. Aku gembira kerana bulan Ramadan adalah bulan dimana ibadah yang kita lakukan akan berkali-kali ganda pahalanya. 




Dan apa yang membuatkan aku sangat happy kerana dapat beribadah dengan suami. MasyaAllah, pahala ibadah pun berlipat ganda. Jadi inilah peluang untuk cuba menambah amalan dan memperbaiki diri kepada yang lebih baik untuk mendapatkan redha Allah. 

Amalan yang boleh dilakukan bersama pasangan sepanjang Ramadan

1. Bertaubat

Aku manusia yang penuh dengan dosa dan noda ingin bertaubat. Bukan bulan Ramadan sahaja. Kalau boleh hari-hari mahu bertaubat. Ramadan kali ini adalah peluang yang sangat besar Allah bagi kepada hambaNya untuk bertaubat. Dibukakan pintu Syurga buat kita. 

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.”(HR. Ahmad)

Oleh itu, InsyaAllah semoga kita terus bertaubat dan bertaubat sehinggalah akhir hayat kita. Semoga Allah ampunkan dosa kita dan matikan kita dalam keadaan khusnul khotimah dan diredhaiNya. Aamiin~


2. Tingkatkan Kualiti Ibadah

Bulan ini adalah peluang untuk meningkatkan kualiti ibadah. Kalau sebelum ini selalu solat akhir waktu. Selepas ini mulai solat di awal waktu. Selain itu, memperbanyakkan baca al-Quran, istighfar, selawat dan solat sunat. 

Semoga dengan rahmat Allah SWT kita dapat terus istiqamah dalam beribadah kepadaNya walaupun setelah berakhirnya Ramadan. 

3. Banyak Melakukan Ibadah dan Kerja Rumah Bersama

InsyaAllah tahun ini aku mahu buat lebih banyak ibadah bersama suami. Solat berjemaah, sahur dan berbuka puasa bersama.

Selain itu boleh juga buat aktiviti dan kerja rumah bersama. Sekali-sekala rajinkan diri tolong isteri di dapur. Dan picitkan bahu suami lepas balik dari kerja. Tak sangka sebenarnya dah masuk 4 bulan kami bersama. 

Alhamdulillah syukur sangat. Ramadan kali ini sungguh bermakna. Rasa doa selama ini siang malam diminta Allah kabulkan. Bahkan bagi lebih daripada yang diminta. Indah sangat aturan Allah. 

4. Bersedekah

Inilah aku punya target untuk Ramadan. Aku mahu banyakkan bersedekah. InsyaAllah. Semoga dengan bersedekah Allah terima amalan, diluaskan kubur dan dijauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah. Semoga dengan bersedekah dapat bersihkan hati dari dosa-dosa. 


Kesimpulan 

Banyak lagi amalan dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama pasangan kita. Semoga Ramadan tahun ini menjadikan kami suami isteri yang sentiasa taat kepada Allah SWT untuk mencapai redha dan SyurgaNya. Aamiin..







Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama