Pemenang Segmen Giveaway Sii Nurul (Design Template)

15
Assalamualaikum
Bismillah

Terima kasih semua yang sudi join segmen giveaway aku yang simple saja. Terharu sebab ramai juga yang join walaupun hadiah mungkin taklah hebat.

Sebenarnya susah mahu tentukan mana satu pemenang. Aku terpaksa semak satu persatu blog yang mana paling sesuai atau layak untuk diberi hadiah. 

segmen-giveaway-siinurul


Ada beberapa aspek yang perlu dilihat sebelum memilih pemenang. 

Untuk kriteria Pemenang Design Template :

  • Utamakan yang menggunakan theme blogger
  • Diutamakan kepada yang tidak menggunakan domain sendiri
  • Blogger lama 
  • Blogger yang selalu update entri
  • Blogger yang tidak pernah tukar template ataupun lama tak tukar

Jadi kepada yang tidak terpilih untuk jadi pemenang tu. Korang ada peluang untuk jadi pemenang hadiah FREE CONSULTATIONS ya. Jadi jangan risau.

Ada blogger yang pada pendapat aku tidak perlu tukar template sebab mereka mempunyai identiti tersendiri dengan lihat pada template sahaja. Sebagai contoh blogger Mia Liana, Suria Amanda, Famf-Tower, Mamapipie, Zukidin dan lain lagi. 

Mereka ada aura dan identiti tersendiri. Jadi bagi aku template dah okay sangat. Ada juga blogger yang aku perasan baru tukar template. Oleh itu, aku tak pilih sebagai pemenang. 

Segan sebenarnya nak bagi hadiah design template sebab itu bukanlah kepakaran aku pun. I mean, aku bukannya seorang graphic designer. 

Cuma InsyaAllah dengan design template baru, aku berharap dapat membantu untuk improve sedikit performance blog korang. 

Dengan ini, diumumkan Pemenang Segmen Giveaway Sii Nurul (Design Template) ialah : 

Nurin Irsalina - https://salinasafea.blogspot.com/


Tahniah diucapkan. Boleh contact melalui email nurulatikayunus23@gmail.com untuk claim hadiah ya. Nanti kita sembang pasal blog! See ya~

Terima kasih yang sudi join dan memeriahkan segmen ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini aku akan umumkan pemenang bagi free consultations lagi ya. Stay support this blog!

Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kalian dunia akhirat. Aamiin.



Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !