Cara Semak & Bayar Bil SESB Secara Online Melalui MySESB

13
Assalamualikum
Bismillah

Terima kasih aku ingin ucapkan kepada pembaca blog ini yang bagi infomasi bahawa nak semak bil sesb dan bayar melalui OCS Quick dah tak boleh digunakan.

Sekarang korang dah boleh semak dan bayar bil sesb secara online melalui MySESB yang boleh dimuat turun di playstore.


Cara Semak & Bayar Bil SESB Secara Online Melalui MySESB 

bil-sesb-mysesb

1. Pertama sekali korang pergi ke playstore dan muat turun aplikasi MySESB.


2. Kemudian, korang boleh register akaun MySESB sekiranya belum sign up. Sekiranya korang pernah daftar OCS, cuma masukkan email dan password yang berdaftar di OCS. 


3. Korang akan menerima emel untuk RESET PASSWORD. Korang tekan butang 'Click Here' yang tertera pada emel.


4. Seterusnya, pastikan nama yang tertera sama seperti dalam resit bil elektrik korang ya. Kemudian masukkan password baru untuk reset. 

5. Password hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 karakter, Huruf Besar, Huruf Kecil, Nombor dan Simbol. Kemudian tekan SUBMIT. 



6. Seterusnya, korang hendaklah isi bahagian MY HOME seperti yang tertera pada gambar di bawah. Tekan butang SUBMIT. Dah selesai. Korang boleh lihat berapa jumlah bil yang hendak dibayar. 

7. Korang boleh klik 'View Bill' untuk semak bil elektrik. Kemudian, klik butang 'PAY NOW' untuk bayar bil elektrik sesb. 


8. Pada bahagian 'MAKE A PAYMENT', sila pilih amaun (RM) yang ingin dibayar. Korang boleh pilih untuk bayar keseluruhan bil, bil semasa ataupun berapa sahaja amaun yang korang nak bayar.

9. Bahagian 'PAYMENT METHOD' terbahagi kepada online banking atau kredit/debit kad sahaja. Klik 'PAY' untuk bayar. 


10. Gambar di bawah adalah contoh bil elektrik sesb yang telah berjaya di bayar. Korang boleh view bil dan download melalui pdf sebagai rujukan. 


Alhamdulillah, dengan adanya aplikasi MySESB ini sememangnya memudahkan para pengguna untuk lihat bil elektrik sendiri tanpa perlu menunggu resit datang setiap bulan. 

Semoga artikel ini memudahkan urusan korang semua. Jangan lupa share supaya lebih ramai yang tahu. 

Catat Ulasan

13Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Baru tau sabah guna perkhidmatan lain untuk elektrik.. ingatkan semua guna perkhidmatan tnb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Betul,Semenanjung guna TNB,Sabah SESB,Sarawak Energy,Kedah NUR..entah lain2 negeri guna apa..

      Padam
  2. mudah lepas ni nak bayar bill online, follow je step dalam ni

    BalasPadam
  3. sekarang semua dihujung jari tu yang best tu,mudah je nak bayar hehe

    BalasPadam
  4. Ohh tak sama dengan semenanjung… baru tahu juga, terima kasih Nurul kongsikan cara semak dan bayar nih

    BalasPadam
  5. Time kasih kongsi. Selalu guna biasa jer.. ada cara lain rupanya

    BalasPadam
  6. Bagus juga bila Ada apps Ni.
    Mcm kak pip bayar guna JomPay sekarang thru Maybank.

    BalasPadam
  7. First time kak net tau bil sesb ni. Mudahlah kalau ada aplikasi kan. Kalau di sini selalu kak net bayar guna jompay je.

    BalasPadam
  8. Sekarang semua guna apps bayar bil... Benda senang hujung jari je kan...

    BalasPadam
  9. Thank you share. Sangat membantu. Zaman sekarang semua dah online. Sangat2 membantu. Dunia di hujung jari. Jimat masa tak perlu beratur di kaunter lagi xD

    BalasPadam
  10. nak tanya , mana satu yg kena bayar , outstanding charge atau my latest bill?

    BalasPadam
  11. Salam sejahtera dan selamat tahun baru. Nak tanya, kalau meter didaftarkan atas nama syarikat dan tidak diketahui nombor IC yang didaftarkan. Bagaimana cara kita utk daftar di MySESB?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !