Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2u (Updated 2022)

Assalamualaikum
Bismillah

Apa itu penyata bank?

Penyata bank (bank statement) ialah sebuah dokumen yang dihantar oleh pihak bank melalui online ataupun pos yang menunjukkan ringkasan (summary) transaksi akaun bank sepanjang bulan berserta baki yang ada. 

Apabila korang meminta penyata bank, terdapat banyak maklumat yang ada dalam penyata bank seperti :

1. Tarikh penyata bank dikeluarkan
2. Pemegang akaun bank
3. kod akaun
4. Butiran urusniaga
5. Jumlah transaksi
6. Baki akaun


bank-statement-maybank

 

Berikut adalah cara dapatkan bank statement Maybank melalui Maybank2u (Updated 2022)

1. Login ke Maybank2u, masukkan username dan password.


maybank2u-website

2. Kemudian, akan terpapar halaman utama Maybank2u. (Rujuk gambar)

3. Klik pada 3 titik tersebut . . . (sebelah kanan Saving Account-i)

maybank2u-online

4. Pilih pada 'View Statements'. Kemudian akan terpapar penyata bank Maybank.

view-statements-bank

5. Di bawah adalah contoh penyata bank Maybank (e-Statement). Pilih dan klik pada tarikh penyata bank yang diperlukan (terletak di bahagian atas menu)

6. Korang boleh muat turun secara percuma penyata bank Maybank dalam bentuk pdf.

bank-statement-example

7. Korang juga boleh pilih e-Statement Maybank secara bulanan atau tahunan. Di bawah ialah contoh penyata bank tahunan Maybank. 

contoh-penyata-bank-maybank

Sekian itu sahaja. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan segala urusan. 

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama