Resepi Pie Cheese Nutella Badam


pie-cheese-nutella

Resepi Pie Cheese Nutella Badam

Bahan-Bahan :

Untuk 1 biji pie saiz 8″
  • 125gm butter
  • 25gm gula halus
  • 3 sudu air
  • Tepung secukupnya – agak-agak ya sebab tak sukat

Bahan Filling:
  • 200gm cream cheese
  • 50gm gula halus
  • 25gm butter
  • Nutella secukupnya
  • Badam keping yang dibakar sekejap dalam oven

Cara-Cara Memasak :

1. Campurkan butter, gula halus, dan air. Kacau rata guna sudu sahaja. 

2. Kemudian, masukkan tepung sikit-sikit dan jadikan doh yang sedang-sedang lembutnya. Pastikan tak melekat pada tangan dan bekas.

3. Guna plastik untuk gelek doh. Lapik bahagian atas dan bawah doh dengan plastik. Gelek bentuk bulat agak-agak boleh masuk dalam acuan 8″. Akan ada baki sedikit doh sahaja.

4. Telangkupkan doh dalam acuan. Kena buat dengan cermat dan cepat supaya doh tak pecah. Tekap pada acuan pie. Kalau pecah atau koyak tampal dengan baki doh yang ada. Janji doh menutupi sekeliling acuan pie.

5. Kemaskan bahagian tepi atas acuan. Cucuk dengan garfu di permukaan doh. Cucuk agak-agak jarak 1 inci. Supaya masa bakar nanti pie kita tak gelembung. 

6. Bakar pada suhu 180°/200°c selama 30 minit mengikut oven masing-masing. Bakar hingga masak.

7. Sementara itu, mix cream cheese, butter dan gula halus hingga sebati guna mixer ya. Mix dalam 5 minit.

8. Setelah pie masak keluarkan. Masukkan filling cheese ke dalam pie dan ratakan keseluruhan permukaan pie dengan cheese guna belakang sudu.

9. Bakar semula pie tadi selama 15-20 minit dengan kepanasan 170°c guna api atas sahaja. Masa bakar ni kena selalu tengokkan ya sebab cheese akan hangus kalau suhu terlebih panas.

10. Bila cheese nampak macam kuning sikit-sikit cepat-cepat tutup suhu oven dan keluarkan. Biarkan cheese cukup sejuk. Bila cheese dah sejuk guna pisau panjang untuk potong pie kita.

11. Untuk dapatkan pie yang cantik pastikan pisau cukup tajam. Mula-mula potong pie kepada 2 bahagian. Seterusnya potong jadi 4 dan bahagikan kepada 8 bahagian.

12. Pancitkan nutella menggunakan piping bag ke atas permukaan pie yang siap di potong dan hias dengan badam bakar. Nak guna gajus pun boleh atau apa ja yang kita suka.

Selamat mencuba~



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama