Assalamualaikum
Bismillah
Hai guys, sejujurnya kan aku dah lama tak jenguk laman SPA9 nie. Tetapi setiap hari aku menerima banyak email dan mesej di media sosial tentang cara kemaskini dan padam jawatan SPA9. Actually aku dah pernah kongsikan sebelum ini.
Cuma cara tu merupakan cara kemaskini laman spa8 lagi. So nak tak tak aku kena update juga cara baru bagi menjawab pertanyaan pembaca sekalian.
Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9
Berikut adalah langkah demi langkah yang aku kongsikan untuk korang.
1. Pertama sekali korang login dulu SPA9
2. Kemudian, masukkan ID / KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
3. Seterusnya, semak tarikh permohonan bila kali terakhir anda memohon atau kemaskini. Aku lupa nak screenshot part ini.
Korang boleh tengok di sebelah kanan atas ya ataupun di bahagian Semak Permohonan untuk lihat bila korang last update untuk jawatan yang dimohon. (Rujuk gambar di bawah)
So korang boleh nampak kan ada 7 jawatan yang dimohon. So sekarang aku akan padam ya jawatan yang tidak melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan.
4. Kemudian, korang boleh pillih samada nak hapus semua ataupun hapus satu per satu jawatan. So, aku pilih hapus (delete) jawatan yang aku tak nak. Klik YA untuk hapus jawatan yang dimohon. (Rujuk gambar di bawah).
5. Korang just klik hapus sahaja. Akan muncul notifikasi warna hijau sebelah kanan atas apabila jawatan tersebut dihapus. Nampak tak jawatan yang aku tak nak dah takda dalam senarai di bawah.
6. Aku rasa mungkin start dari bahagian sini yang ramai orang buat silap. Seterusnya korang hanya perlu klik "seterusnya" sahaja ya sampailah ijazah. Lepas tu klik sekali lagi "seterusnya" kepada SEMAKAN MAKLUMAT PERMOHONAN.
7. Pada bahagian Semakan Maklumat Permohonan korang boleh lihat senarai jawatan yang dah dikemaskini dan dipadam sebentar tadi. So sekarang tinggal 3 jawatan sahaja yang aku mohon di SPA9. Klik "Seterusnya" kepada "Perakuan Pemohon"
8. Pada bahagian Perakuan Pemohon, sila tick petak kecil untuk "Setuju" (Rujuk gambar dibawah)
9. Selagi tak muncul notifikasi permohonan SPA9 berjaya dihantar korang belum dikira kemaskini lagi ya. Pastikan ia jadi macam gambar di bawah ya.
11. Semak tarikh permohonan untuk melihat bahawa permohonan anda telah dikemaskini. Permohonan jawatan lama telah dipadam dan permohonan telah dikemaskini.
Alhamdulillah, selesai tulis tutorial. Semoga membantu kalian semua. Aku doakan semoga korang dimurahkan rezeki selalu, dipermudahkan urusan. InsyaAllah Aamiin... Good Luck and All The Best!
Sebarang masalah teknikal berhubung Sistem SPA9, sila e-mel ke spa9@spa.gov.my atau melalui sistem e-pertanyaan SPA (https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/)
Good luck untuk semua pemohon SPA9. Semoga tutorial ni bermanfaat untuk korang..
BalasPadamNaniey last bukak n isi SPA lepas SPM. Lepas grad memang tak isi SPA pun. tp rumit juga nak isi bagi yang tak tahu..
Mudah-mudahan perkongsian Nurul ni dapat bantu para pemohon 😊
BalasPadam