Main Game di Plays.org Percuma Tanpa Iklan

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku nak kongsi dengan korang tentang sebuah website yang terbaik untuk main game. Dalam website ini terdapat lebih 100 pilihan game yang korang boleh pilih dan main. 

Percuma pula tu! Kalau korang seorang yang kaki game, bolehlah pergi ke website Plays.org  Siapa yang suka memang suka sangat main game tu boleh terus main game kat Plays.org. Percuma dan tak ada iklan.

Aku pun baru juga tahu kewujudan laman website ini. Aku bukanlah seorang yang selalu main game, tetapi sekiranya ada masa terluang, selalu jugalah habiskan masa main game di smartphone aku. 

Main Game di Plays.org

Cuma sejak belakangan ini aku rasa bosan pula dengan game yang ada. Candy Crush, Crossword, Magic Tiles dan banyak lagi yang yang ada ini banyak makan data internet. Terutama game SuperStar YG hehe.

Yang tak bestnya main game kat handphone ni kalau line slow sangat. Memang berjanggut lah menunggu, lastly tak dapat main. Sejak aku tahu tentang website Plays.org ni aku memang jarang dah buka game kat handphone. 

Line internet masalah, nak pass setiap level pun kadang payah. Kalau kat Plays.org ni seronok dapat main ramai-ramai dengan adik. 

Permainan Dulu Dan Sekarang

Kalau korang perasan, dulu dan sekarang sangat berbeza kan? Kalau dulu-dulu, kita suka-suka sahaja keluar bermain dengan kawan. Memang padu kena marah dan teriak oleh sang ibu, tapi yelah, budak-budak kan lagi masa tu.

Asal pergi rumah kawan, mulalah main macam-macam permainan yang tak perlukan telefon langsung. Selalu main kejar-kejar, kahwin-kahwin, masak-masak walaupun cuma guna daun sebagai piring. Memang tak habis kalau nak cerita semula.

Tapi kadang-kadang tak dapat keluar, kalau bukan sebab hujan, mesti sebab kena marah dengan ibu. Masa tulah, terperap jer kat rumah. Nasib baik ada penyelamat! Kalau tak dapat keluar, aku dan adik-beradik aku akan main game lain. Salah satunya game famous ni. Brick Game! 


Tapi masa tu, cuma ada satu jer jadi kena ganti-ganti main. Sampai bergaduh sebab berebut nak main. Lepas tu kena pukul sebab bising sangat. Aduhai..

Tapi sekarang, zaman dah berubah. Masing-masing dah ada telefon canggih. Laptop canggih. Semua dah boleh main online. Nak jumpa pun boleh dari alam maya. Memandangkan sekarang masih lagi PKP, memang tak dapat lah nak jumpa. Harapkan telefon sahaja untuk terus berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan yang jauh di sana..


Main game di Plays.org

Kembali kepada topik utama kita iaitu website Plays.org yang korang boleh masuk untuk isi masa lapang korang. Mesti ada antara korang tu yang tak tahu nak buat apa masa di rumah ni kan? Jangan risau! Jom main game di Plays.org

Kat bawah ni aku tunjukkan katalog game yang terdapat dalam website ni. Ada banyak pilihan kan.?Pilih sahaja kategori yang macam mana korang suka. Macam aku pula suka game jenis Food, Memory, Word Search, Simulation dan banyak lagi. 


Korang pilihlah kategori yang macam mana yang korang suka. Tak perlu lagi susah payah cari satu-persatu. Semuanya dah disediakan. Hanya korang main sepuas-puasnya saja. Bukan itu sahaja, game ini juga sesuai untuk semua peringkat umur. 

Malah game untuk kanak-kanak pun ada juga. Ia termasuk dalam kategori kids, kindergarden, maths, quiz, macam-macam lah. Sambil main game pun boleh belajar juga. 

Main Game di Plays.org Percuma Tanpa Iklan

Main Game di Plays.org Percuma Tanpa Iklan

Percuma dan Tiada Iklan!

Masa pertama kali tau pasal laman ni, aku pun cubalah masuk sebab nak main. Seronok sangat main sampai tak sedar dah hampir sejam aku duduk. Sampai sejuk kopi aku masa tu. 

Kalau main game di sini, korang tak perlu risau pasal nak download. Sebab di sini, boleh main direct tanpa perlu download game tu. Jadi korang boleh masuk di laman ni dan main sepuas hati. Tak perlu risau pasal handphone full storage sebab game ni hanya perlukan data internet sahaja.

Game ni juga percuma. Tak perlukan apa-apa pembayaran pun. Kalau download dan main game yang dari Playstore, mesti ada beberapa yang perlu dibayar dahulu kan kalau nak masuk next level? Kalau kat Plays.org tak perlu bayar apa-apa.

Masa aku main tu, memang tak ada iklan langsung. Salah satu sebab kenapa aku boleh stay lama masa main game kerana tak ada gangguan langsung. Bukan macam game yang aku selalu main kat handphone. Setiap kali berjaya melepasi 1 level, mesti ada iklan. 

Lebih dari 100 Jenis Pilihan Game di Plays.org

Selain percuma dan tiada iklan, kat sini ada terlalu banyak pilihan! Lebih dari 100 jenis game. Ha, mana nak cari? Untuk siapa-siapa yang nak mengimbas kembali masa lalu, boleh singgah main sekejap ni laman ni. 

Salah satu game yang aku suka main kat sini ialah SpeedType Game: Improve Typing Speed & Accuracy. Memandangkan kerja aku ini menulis blog, aku nak juga uji kepantasan dan ketepatan aku menaip. 

Main Game di Plays.org Percuma Tanpa Iklan

Bukan itu sahaja, game yang ada kat website ni bukan semuanya untuk bermain sahaja. Ada juga game yang buat memerlukan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah untuk melepasi beberapa level. 

Contohnya macam game Greater Less Same: Timed Math Solving and Value Comparison Aku ni kurang mahir dalam Matematik, jadi bagi aku game ni boleh dikatakan susah juga nak kira tanpa kalkulator. Padahal game untuk budak-budak kot hahaha~ Siap ada masa lagi nak solve problem tu memang pening lah. 

Sebenarnya main game ni sebenarnya dapat buat korang berfikiran lebih terbuka. Lagipun, setiap orang perlukan sedikit hiburan dalam hidup. Apatah lagi waktu PKP sekarang ni kan langsung tak boleh keluar tanpa tujuan. 


Setiap game kat website Plays.org ini juga ada disediakan review, dari segi keseluruhan, reka bentuk, kesukaran dan main semula. Jadi sebelum mula main tu, korang boleh tengok bahagian sini dulu. Cara untuk bermain pun ada disediakan! Kalau korang tak tahu main, boleh baca instruction dulu.



Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian yang aku nak bagi ya. Siapa-siapa yang belum pernah masuk laman ni, aku syorkan korang main dulu sekejap. Cuba luangkan 5 hingga 10 minit untuk bermain. Mungkin lepas tu korang berminat nak main lebih lama. Hehe.

Apapun, mesti pandai tengok masa juga ya! Jangan terlalu bermain sampai lupa nak buat kerja korang. Untuk yang sedang bercuti tapi tak tahu nak buat apa-apa, apa lagi, jom ke website Plays.org ni dan main game!



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

6 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Ini baru betul, tak ada iklan. Best! Kalau tak asyik keluar iklan je manjang hehehe

    BalasPadam
  2. Kak net yang kertu nih dok layan candy crush jelah bila rasa nak rest otak.. hahaha game pun sejenis boleh buat kita relaks kejap.

    BalasPadam
  3. best...suka main Zuma kat Plays ni

    BalasPadam
  4. Yah baru ja saya buka ni game hahahha best juga lah :D adik saya sampai sanggup bangun awal sebab mau pinjam laptop saya utk main game ni ja ^^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama