Langkau ke kandungan utama

Cara Paling Mudah Dapatkan Idea Menulis Blog

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, lama dah kan aku tidak berkongsi tips blogging. Bulan ini jadual aku agak padat dengan job menulis. Alhamdulillah atas rezeki Allah yang tak terhingga walaupun dalam keadaan pandemik sekarang.

Tadi semasa tengah blogwalking dan baca entri kawan-kawan tiba-tiba sahaja aku dapat idea ni. Iya, idea tentang cara paling mudah dapatkan idea menulis blog. Just simple saja guys! Semua orang pun boleh cuba.

Cara Paling Mudah Dapatkan Idea Menulis Blog

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan menjawab pertanyaan pembaca. 

Cuba korang tengok entri mana yang pembaca selalu komen di blog korang. Kadang tak perlu pun jawab satu persatu soalan kat komen. Kalau rajin boleh saja jawab. Tetapi aku pasti ramai juga yang takda masa nak balas komen. 

Aku paling suka buat artikel yang dapat jawab soalan-soalan pembaca aku. 

Kenapa Perlu Buat Artikel Untuk Jawab Pertanyaan Pembaca?


1. Jimat Masa


Bayangkan dalam 1 entri tu pembaca tanya soalan yang sama sahaja. Aku ni sebenarnya bingung dorang ni baca ka jawapan dalam komen-komen aku tu? Ada entri yang aku dah jawab pun tetapi ditanya lagi balik. Haha~ Jenuh juga nak jawab satu-persatu. 

Jadi untuk menjimatkan masa, aku jawab semua soalan tu dalam satu entri terus. Senang cerita. Bila ada yang tanya aku balik soalan yang sama, aku just bagi link artikel tu sahaja. So nak tak nak dorang terpaksalah klik untuk baca dan cari jawapan. Hehe~


Kita penat menulis, so sebagai pembaca rajin-rajin sikitlah membaca ya wahai pembacaku yang disayangi. Apatah lagi kalau info yang memang dah lengkap pun diberi tapi still nak tanya juga haha~ Tetapi tidak apalah. Biasalah tu ragam pembaca ada pelbagai. So layankan saja.

2. Dapat Naikkan Trafik 

Salah satu cara untuk naikkan trafik juga sebenarnya. Apabila kita buat entri yang link dengan entri yang lain sekaligus dapat meningkatkan trafik blog kita. Aku banyak buat artikel yang saling berkaitan. Jadi apabila pembaca datang blog kita mereka akan cenderung untuk klik artikel yang berkaitan dengan topik.

Contoh artikel yang aku buat saling berkaitan :

3. Dapat Bagi Info Yang Pembaca Inginkan

Seperti yang aku pernah kongsikan dengan korang sebelum ini. Pembaca blog kita terdiri daripada pelbagai latar belakang, umur dan kerjaya. Ada yang baca blog kita kerana nak cari info. Jadi pembaca kategori ini dia cuma nak cari maklumat atau jawapan sahaja. Dia tiada masa nak baca semua artikel dalam blog kita. Lain lagi pembaca blog yang dalam kalangan followers kita. 

Itu sahaja tips dari aku. Semoga bermanfaat. Kalau korang tiada idea nak tulis blog pasal apa. Bolehlah cuba cara ini. 



Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian ni, Nurul.

    BalasPadam
  2. Setuju... dan yang penting kena rajin

    BalasPadam
  3. kadang soalan yg ditanya ada je jawapannya dalam post tu. nampak sangat tak baca habis benda yg kita tulis..

    BalasPadam
  4. betul tu.kdg2 dah tulis artikel,suka sgt tanya soalan yg sama..malas pula nak balas kdg2

    BalasPadam
  5. Bagusnya ada juga idea nak menulis kan, tinggal rajin dengan tidak je la nih hehe

    BalasPadam
  6. Wahh thank you for sharing the tips!!

    BalasPadam
  7. tq sis..skg i dah dpt byk sgt idea nk tulis apa ni..alhamdulillah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...