Panduan Untuk Sambung Bidang Psikologi Dengan Mudah

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini rasa terdetik di hati nak berkongsi pengalaman khususnya kepada pelajar lepasan sekolah atau kolej tentang macam mana mahu sambung bidang psikologi. Entri ini InsyaAllah boleh dijadikan panduan untuk korang yang berminat untuk sambung dalam bidang ini.

Sebelum itu, aku cuma nak ingatkan ini hanya sekadar perkongsian pengalaman sahaja ya. Jangan kecam aku pula kalau korang tak dapat bidang ni.

Panduan Untuk Sambung Bidang Psikologi


InsyaAllah panduan ini boleh diguna pakai untuk semua bidang psikologi. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.

1. Bidang Psikologi Apa Yang Korang Nak?

Pertama sekali untuk sambung belajar dalam bidang psikologi, korang kena ketahui minat korang ke arah yang macam mana? Bidang psikologi ini ada banyak sangat. I have explain many times di entri sebelum ini lagi.


Antara bidang psikologi yang korang kena tahu :
  • psikologi kaunseling
  • psikologi klinikal
  • psikologi pendidikan
  • psikologi industri dan organisasi
  • Psikologi pembangunan belia & komuniti
  • Psikologi kanak-kanak & keluarga

Dan banyak lagi.. korang rajin-rajinlah google. Macam aku minat sangat dengan kanak-kanak. Mesti korang akan cakap kan.. "sambunglah bidang pendidikan awal kanak-kanak" ataupun pilihlah bidang yang lebih kepada pendidikan. 

Yup, nampak macam tu kan, tetapi point paling penting sekali aku tak minat nak mengajar ataupun jadi guru. Jadi aku rasa guru kerjaya yang kurang sesuai untuk aku. 

Tetapi aku minat juga kanak-kanak. So macam mana tu? Jawapannya kena rajin lah mencari lagi bidang selain pendidikan. Dan akhirnya aku jumpa bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. 

Dah tahu minat ke arah yang macam mana, jadi korang kena tetapkan bidang psikologi apa yang korang nak berdasarkan minat tu. Kalau minat nak dengar luahan orang, boleh cuba bidang psikologi kaunseling. 


2. Bidang Itu Ada Ditawarkan Di Mana?

Aku bagi contoh untuk bidang aku sahaja tau. Contohnya macam aku sendiri lah. Aku dah jumpa apa minat aku dan bidang yang aku nak. 

Seterusnya, aku carilah bidang tu ada ditawarkan di universiti atau kolej mana. Misalnya bidang psikologi kanak-kanak & keluarga ada ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Penting sangat nak tahu bidang yang korang minat tu ada kat mana. Ada orang dia minat sangat bidang psikologi tetapi disebabkan oleh masalah kewangan, universiti yang ditawarkan luar dari Negeri korang, yuran pengajian, hostel dan banyak lagi.

Semua benda korang kena ambil kira. Banyakkan berbincang dengan keluarga. Apatah lagi yang bercadang untuk memilih universiti yang jauh.


3. Syarat Kelayakan Bidang Psikologi

Dah tahu bidang tersebut ditawarkan di mana. Barulah korang lihat syarat kelayakan untuk bidang tersebut. Boleh rujuk di setiap website universiti / kolej yang korang pilih. Kebanyakkan pelajar dia tak tengok syarat sebelum memohon bidang tersebut. 

Oleh sebab itulah permohonan korang mungkin ditolak. Korang imagine berapa puluh ribu yang memohon bidang psikologi yang korang nak tu? Jadi kena bersaing untuk dapat tempat. Tambahan pula kuota untuk setiap bidang tu terhad. 

Jadi jangan hairan sekiranya korang dah memenuhi syarat tetapi tak dapat bidang tersebut. Misalnya untuk bidang psikologi di UMS, pihak universiti ada tetapkan berapa kuota untuk pelajar dari semenanjung dan kuota untuk pelajar sarawak & sabah. Ini belum termasuk lagi pelajar SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, Diploma dll.

Jadi tips untuk mudah sambung bidang psikologi ini, pastikan korang memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Boleh saja cuba nasib tetapi aku lebih galakkan korang untuk pilih bidang yang memenuhi syarat yang diminta. 


4. Isi UPU Dengan Betul 

Part ini pun penting tau. Katakanlah korang minat sangat bidang psikologi kanak-kanak & keluarga tetapi korang letak pilihan terakhir, korang rasa boleh dapat tak? Aku tak pastilah kan pengisian UPU  sekarang macam mana. (Aku batch 2015) Setahu aku sekarang kalau keputusan korang tidak memenuhi syarat yang ditawarkan, korang tidak dapat pilih bidang tersebut. 

Maksud aku secara automatik bidang yang korang nak tu takkan keluar semasa isi UPU. (Betulkan aku sekiranya aku salah ya) sebab aku memang tak tahu sistem nak isi UPU sekarang macam mana. Cuma tips yang aku boleh bagi ialah korang letakkan bidang yang korang nak tu di PILIHAN PERTAMA. Kalau tak dapat juga bidang yang korang nak, baca balik point yang NO 3. 

Kesimpulannya, korang kena tahu korang cenderung ke arah minat psikologi yang macam mana. Tetapi aku faham kebanyakkan orang tahu psikologi klinikal, kaunseling dan psikiatri sahaja. Dan tidak ramai juga yang bagi pendedahan bidang psikologi ini yang macam mana.

Aku pun bukannya pakar, setakat bidang ijazah sarjana muda sahaja tidak layak aku digelar sebagai psikologis lagi. Oleh sebab itulah aku kurang juga berkongsi tentang psikologi tetapi kalau cerita tentang apa yang aku belajar dulu boleh lah. 

Ada banyak juga aku kongsi tentang psikologi tetapi untuk bidang aku sahaja lah. Bidang lain aku sendiri tak berani nak ulas lebih-lebih. Boleh baca entri tentang psikologi di SINI

InsyaAllah lain hari aku kongsi lagi perjalanan degree aku. Doakanlah aku rajin menulis pasal ini. Dah 3 tahun aku tinggalkan dunia belajar jadi aku ingat-ingat lupa dah. Apapun semoga entri ini bermanfaat dan dapat permudahkan urusan kalian yang berminat nak sambung psikologi. All the best!