Syarat Kemasukan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga)
Assalamualaikum
Bismillah
Syarat Kelayakan Untuk Program Pengajian Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga) dengan tempoh pengajian 6 Semester (3 Tahun) di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Program ini menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan mengenai kanak-kanak dan keluarga. Kanak-kanak dan keluarga digabungkan dalam program ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga dan peskitarannya.
Fokus utama program ini adalah perkembangan bayi dan kanak-kanak, asuhan kanak-kanak dalam berbagai budaya, perkahwinan dan keluarga, keibubapaan, kanak-kanak dalam keluarga bermasalah serta analisis kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya.
Program ini juga menawarkan fizikal dan kongnitif kanak-kanak serta beberapa teknik teraputik untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi fizikal, kognitif dan sosial.
1. Kelayakan Minimum STPM
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
- Matematik/Matematik Tambahan
- Sains/Biologi/Fizik/Kimia
- Bahasa Inggeris
- Tahap 2 (Band 2) dalam MUET
2. Kelayakan Minimum Matrikulasi/Asasi
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Matrikulasi/Asasi dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
- Matematik/Matematik Tambahan
- Sains/Biologi/Fizik/Kimia
- Bahasa Inggeris
- Tahap 2 (Band 2) dalam MUET
3. Kelayakan Minimum STAM
Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
- Matematik/Matematik Tambahan
- Sains/Biologi/Fizik/Kimia
- Bahasa Inggeris
- Tahap 2 (Band 2) dalam MUET
4. Kelayakan Minimum Diploma
Memiliki Diploma dalam bidang Psikologi/Kaunseling/Kerja Sosial dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf olei Senat Universiti Malaysia Sabah dan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Diploma dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
- Matematik/Matematik Tambahan
- Sains/Biologi/Fizik/Kimia
- Bahasa Inggeris
- Tahap 2 (Band 2) dalam MUET
➽Calon tidak cacat penglihatan (buta/rabun)
➽Lulus ujian kelayakan yang ditetapkan oleh Fakulti (Ujian Psikometrik)
Maklumat lanjut :
Sebarang pertanyaan berkenaan Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com
Best jugak kalau dapat sambung belajar mengenai psikologi ni.
BalasPadamYea kak.. 😊 dalam belajar byak tentang tingkah laku manusia.
Padamassalam.. hi.. nak tnye , macam mana kita nak mendalami tentang tingkah laku manusia, dan solution utk sesetengah masalah manusia... tp untuk org yang xde peluang nak belajar exact faculty or mcm pekerja dan nak belajar tambah ilmu sambil2.. ada cara dan tips x ? terima kasih..
PadamWalaikumsalam.. hmm susah juga nak jawab soalan ini sbb manusia ini byak ragam. Ada tingkah laku yg kita bole baca tp ada juga yg tidak langsung. Lgipun bergantung dgn situasi, setiap org memberi respon yg berbeza terhadap sesuatu masalah.
PadamApa yg sy belajar dlm psikologi yg semua org boleh belajar walaupun x ambil bidang ini ialah belajar utk jadi lebih memahami. Tidak kira apapun masalah cuba utk memahami sekiranya kita berada di situasi mereka. Manusia kurg memahami sbb kita expect org mesti faham keadaan kita.
Then, komunikasi juga penting. Konflik byak berlaku kerana kurg komunikasi. Bukan komunikasi melalui whatsapp, media sosial atau calling. Tp komunikasi face to face.
InsyaAllah apa saja masalah kalau kita amalkan dua perkara ini semuanya akan dipermudahkan.
Nice info untuk yang nak sambung belajar. Lebih² lagi orang yang share nya punyai pengetahuan dalam psikologi. Rugi tak ambik peluang untuk tahu. Kan. Good job...
BalasPadamInsyaAllah kak, dr semasa ke semasa sy akan lebih byak b'kongsi ttg psikologi 😊
PadamAssalamualaikum nk tnya, kalau rabun mmg tk boleh amik course ni ke? Atau ni syarat dri ums je?
PadamMasa remaja bercita-cita jadi ahli psychology tapi tak tercapai..
BalasPadamSekarang suka baca buku berunsur psychology untuk tambah ilmu dalam bidang ini..
X dapat jd psikologis pun x apa.. Byak buku2 psikologi yg d'jual kat pasaran dan kita boleh pelajari.. 😊
Padamnice sharing..
BalasPadamThanks kak sha. Semoga b'manfaat 😊
Padamtengok ni tingat zaman nak apply masuk uni hehe.. kalut cari macam2. skrng senang banyak references. hujung jari je semua maklumat..
BalasPadamBetul tu.. Dulu kena tanya jiran, ahli keluarga lain yg dah masuk U.. Skrg ramai dah yg kongsi maklumat..
PadamThanks for sharing..
BalasPadamWelcome ♥
PadamSerious x boleh rabun ? ? Kenape ye,bole saya tau?
BalasPadamRabun yg teruk tu ja.. Kalau rabun biasa bole lagi. Sbb akan ada ujian psikometrik lg..
PadamKalau dari diploma accounting boleh sambung degree psychology tak??
BalasPadamKalau kat UMS hanya pengambilan bagi lepasan diploma pendidikan, kaunseling atau kerja sosial..
PadamKena ambik subject add math, bio, kimia, fizik juga ke klau yg f4, f5? Klau subject klas biasa je boleh? Math, eng, bm, bi, sn?
BalasPadamTidak semestinya.. kalau kelas biasa at least Gred C SPM bagi subjek sains, maths dan BI.. Sekiranya aliran sains sekurang-kurangnya salah satu daripada subjek sains (kimia, fizik atau Biologi) dapat Gred C Maths atau Addmaths dan BI Gred C..
PadamSaya nak tanya,okay tak kalau sambung psikologi di ums?Setahu saya awak sambung di ums dan mesti lebih tahu byk tentang ums.Saya kurang buat research pasal ums,jadi saya rasa lebih baik tanya kpd yg berpengalaman.tq
BalasPadamHai.. Okay yg mcm mana tu ya awak maksudkan? Dari segi pengajaran dan pembelajaran ke? Kos pengajian?
Padamtq for sharing.
BalasPadamteringin sebenarnya nak sambung pengajian dalam bidang psikologi ni.
kalau saya nak belajar , secara part time , ada tak?
Maaf sy pun tak pasti ada part time atau tak..
PadamSaya minat pada bidang psychology, tpi sy tak amik kimia, biology and lain². Tpi sy amik sains biasa,math, addmath juga sy amik. Layak Ke sy untuk meneruskan hasrat Dan minat dalam bidang psychology ini?
BalasPadamBergantung dgn syarat kemasukan Universiti yg kamu pilih juga.. syarat ini hanya dikenakan kpd yg memohon psikologi di UMS.. Jadi kalau nak ambik bidang psikologi di UMS .. Subjek sains dan matematik pun pun boleh.. Yg penting menepati syarat
PadamTq for sharing dear.. Akak cgu tp ada impian nak smbung master dlm psikologi kanak-kanak & keluarga, bole cadangkan x Universiti di Semenanjung yang ada bidang nei?
BalasPadamYour welcome ^^
PadamSetahu sy utk bidang psikologi kanak-kanak & keluarga sahaja hanya ada di UMS.. kalau uni lain sy kurg pasti..
Assalamualaikum. Saya SPM tahun ni dan InsyaAllah lepas SPM kalau diizinkan Allah saya nk masuk Matriks lepas tu saya sngt berminat nk smbung dlm bidang psychology kanak2 ni tapi boleh tak akak terangkan selain UMS, ada tak U lain yg menawarkan course psychology kanak2 ni sebb UMS jauh sangat. Huhu
BalasPadamUni lain setahu sy xda yg tawarkan bidang psikologi kanak-kanak dan keluarga.. UMS sahaja....
Padamassalamualaikum boleh tanya tak kalau fail add math atau sekadar lulus sahaja dlm spm boleh ke sambung kos psikologi di universiti?
BalasPadamWalaikumsalam ^^ ~ kalau addmath fail.. yg penting matematik dapat C ke atas.. InsyaAllah boleh.. cuma biasanya mmg ramai persaingan.. result yg baik chances utk dapat bidang ini lebih tinggi.. Semoga dipermudahkan..
PadamThun ni spm...insya Allah klau ada rezeki sya nk ambik course ni...sbb sya mmang minat dngn course ni...doakn results spm sya okay☺️
BalasPadamSemoga dipermudahkan.. diberikan keputusan yg cemerlang :) Aaaminnn~
Padamkalau pelajar lepasan spm boleh sambung bidang ni ke
BalasPadamKalau utk psikologi kanak-kanak & keluarga xda lepasan spm dear..
Padamkena sambung STPM, Matrik, Diploma,atau asasi dulu...Tp kalau uni lain sy tak pasti pula..
kalau saya nak sambung belajar dlm bidang ni U apa yg patut saya pergi tapi dekat area semenanjung malaysia sahaja
BalasPadamKalau bidang psikologi kanak-kanak & keluarga,, di UMS sahaja.. sy kurg pasti sekiranya diploma ada menawarkan bidang ini atau tidak..
PadamHyeee selain ums U mana lgi yg ada twarkan course ni ya ?
BalasPadamUtk bidang ini hanya ada di UMS sahaja
PadamSaya planning nak ambil bidang ni.. tapi sy tak ambil addmath, bio Tu semua .. saya ambil geo, sej, BM .. dapat juga Ka masuk ?
BalasPadamApapun kena memenuhi syarat ya sebelum memohon sebab keutamaan diberikan kpd yg memenuhi syarat
PadamSaya ambil sains tulen untuk spm tapi result chemistry saya D yg lain semua C ke atas... Boleh ke kalau nak sambung for course psychology?
BalasPadamyg penting salah satu drp subjek sains
PadamSis kalau cth saya graduan diploma pendidikan awal kanak kanak and for degree saya nak ambil course psikologi kanak kanak dan keluarga boleh ke ?
BalasPadamboleh sbb salah satu bidang yg berkaitan juga..
PadamHai akak, macam mana nak mohon diploma psikologi ya? Terima kasoh☺️
BalasPadamhi akak saya nak masuk tingkatan 4 sudah apakah bidang patut saya ambil untuk sambung bidang psikologi nanti..... terima kasih
BalasPadamHai saya tolong sikit ya. Boleh juga kalau nak sambung SC stream untuk memudahkan kefahaman tentang psikologi lebih lebih lagi untuk klinikal.
Padamhai kak, saya pelajar stpm aliran sastera boleh ke untuk sambung ke bidang psikologi kanak2 ni?
Padamassalamualaikum kak, saya nak tanya saya pelajar stpm ambik aliran sastera boleh ke sambung untuk bidang ni? saya minat sangat2 bidang psikologi. terima kasih kak
BalasPadamsaya sangat berminat untk mengetahui lebih lagi mengenai bidng psikologi... sbb saya sendiri mengalami masalh depresi dan anxiety.. saya ingin sngt dpt peluang untk belajar dlm bidang ini agar saya lebih memahami manusia malah diri saya juga..
BalasPadamkalau rabun memang tak ada peluang langsung ke
BalasPadam