Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

15

 

klik banner untuk join

Perasaan dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi 

Perasaan tahun ini menyambut Ramadan & Syawal lain dari yang lain. Sejujurnya sambutan ramadan dan syawal kami sekeluarga biasa-biasa sahaja. Kami tak balik kampung pun setiap tahun memang di rumah saja, sebab atuk dan nenek pun dah meninggal dunia. I mean, orang lain mungkin rasa bestnya dapat balik kampung rumah datuk atau nenek. Seronok dapat jumpa ibu bapa gitu.

Tetapi kami pula memang tinggal sekeluarga juga. Jadi meraihkan bulan Ramadan yang mulia bersama keluarga di rumah. InsyaAllah, Raya pun macam tu juga. Tak pergi mana-mana pun. Apapun aku sangat bersyukur kerana dapat menyambut bulan Ramadan & syawal bersama keluarga tersayang. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur. Ada orang yang langsung tak dapat balik. Adik aku hari tu terkandas kat hostel di Labuan pun aku sedih. huhu

Persediaan untuk bulan Ramadan kali ini, aku usaha untuk ganti puasa. Selain itu, aku tengah usaha untuk memperbaiki ibadah lagi. Aku juga mula dah search kat google resepi masakan untuk bulan puasa nanti haha. 

Dan kalau tiada halangan aku minta doa korang sangat supaya dipermudahkan semuanya buat aku (bakal meninggalkan zaman bujang). Aku nervous sebenarnya huhu. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Itu sahaja.

Semoga Ramadan & Syawal ini membawa rahmat dan berkah buat kita semua. Semoga bertambah amal soleh dan menjadi Muslim yang lebih baik. InsyaAllah aamiin.


Catat Ulasan

15Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Good Luck SIINURUL, OM datang dari segmen yang sama.

    http://www.ombakbergigi.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  2. Terima kasih tag kak Nurul 😍😍😍 wahh . Goodluck kak 😊😊

    BalasPadam
  3. Good luck Nurul dan semoga dipermudahkan semua urusannya nanti ye.

    BalasPadam
  4. singgah dri GA yg sama..goodluck!


    Cuya doakan semua berjalan lancar..inshAllah..doa yang baik2 sahaja
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  5. Salam Nurul :)
    K.shida blogwalking ke blog peserta-peserta GA Raya Bersama SRB.

    Alhamdulillah sambut ramadhan dan syawal dapat bersama2 dgn keluarga tersayang. Moga dapat manfaatkan peluang yg ada sebaiknya :) Tak lama lagi dah jd hak org la yer..ALhamduillah! Tahniah Nurul <3

    Terima kasih sudi join Giveaway Raya Bersama SRB <3
    ALL THE EBST!

    BalasPadam
  6. Selamat berjaya..mudah mudahan ada rezeki menang hadiah..

    BalasPadam
  7. Senarai Pemenang dah keluar ya :)
    Boleh semak, Tahniah kepada semua peserta!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !