Daftar MyASNB Secara Online Dan Semak Akaun ASB

Assalamualikum
Bismillah

Daftar MyASNB Secara Online di https://www.myasnb.com.my/ dan Semak Akaun ASB tanpa perlu berbaris di kaunter. Urusan berkaitan ASB tidak akan menggunakan buku simpanan sebaliknya boleh menggunakan perkhidmatan secara online atau di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Berikut adalah Cara Untuk Membuat Pendaftaran MyASNB Secara Online.

1. Anda dikehendaki untuk mengemas kini no telefon di bank ataupun pejabat pos asnb yang berdekatan.

2. Sekiranya anda telah mengemas kini no telefon, anda boleh terus ke laman https://www.myasnb.com.my/


3. Klik butang CONTINUE


4. Tandakan pada kotak terma & syarat bahawa anda bersetuju dengan T&C. Dan klik butang SETUJU.


5. Isikan maklumat peribadi (pemenang unit) seperti No Kad Pengenalan beserta Jenis Kad Pengenalan. Pilih produck ASNB. Contohnya ASB.


6. Seterusnya anda harus mengesahkan no telefon dengan klik butang permintaan TAC. SMS kod TAC akan dihantar ke no telefon anda. Masukkan kod tersebut.


7. Isi maklumat privacy untuk keselamatan. Isi ID Pengguna, alamat emel dan pilih soalan keselamatan.

8. Anda akan menerima kata laluan sementara melalui sms. Setelah itu, log in semula dengan id pengguna anda dan masukkan kata laluan sementara.



9. Kemudian, kemaskini kata laluan yang baharu untuk menggantikan kata laluan sementara.

10. Akhir sekali, Log masuk dengan kata laluan baharu. Dan anda telah berjaya mendaftar secara online! 💞