6 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Senang Nak Buat

8


Masih tercari-cari resepi biskut raya untuk tahun ni? Aku dah himpunkan beberapa resepi dari group facebook. Bolehlah cuba 6 koleksi resepi biskut raya popular di bawah.

1. Biskut Kelapa


Bahan-bahan
  • 1 cawan marjerin@butter
  • ½ cawan gula aising
  • 1 biji telur kuning
  • 1 penutup esen vanilla
  • sedikit pewarna hijau
~ kacau sebati guna senduk kayu.
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • ½ cawan kelapa kering

Cara-caranya

1. Masukkan kelapa kering dan tepung jagung dulu..kacau sebati.

2. Kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit..uli sehingga adunan menjadi doh dan tak melekat di tangan.

3. Sapu loyang dengan sikit marjerin..bentukkan biskut ikut kreativiti anda..sapu sikit putih telur taburkan kelapa kering d atas.

4. Bakar pada suhu 160c dalam masa 20 - 25 minit.

Kredit : Siti Hadirah

2. Biskut Suji


Bahan-bahan
  • 1 cawan ghee (minyak sapi)
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan tepung suji - tepung Semolina
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Ceri merah untuk hiasan
Cara-caranya

1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan lain kecuali ghee, dan gaul sebati.

2. Masukkan ghee sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

3. Tutup doh dengan kain dan biarkan doh dalam 15 minit.

4. Bulat-bulatkan size syiling 20sen dan hiaskan cherry merah/hijau diatas biskut.

5. Bakar dalam 180C dalam 20 minit.

Kredit : Yatie Zelani


3. Biskut Semperit Susu Jagung


Bahan-bahan
  • 250 hm butter./majrin. 
  • 3/4 cwn susu jagung saji. 
  • 400gm tepung jagung. 
  • 3 sd m tepung kastad. 
  • 2 sdm tepong beras. 
  • Choklat chip untuk hiasan
Cara-caranya :

1. Kacau Butter dan susu dengan senduk sehingga sebati.

2. Masukkn tepung kastad dan tepung beras, kacau lagi.

3. Masukkan tepong jagung sedikit demi sedikit.. Gaul dengan lembut. Jangan lupa tepung perlu diayak dulu. Tak perlu bubuh warna kerana susu jagung tu dah cantik colornya.

4. Bentukkan mengikut acuan. Bakar dalam suhu 170C selama 20 minit sehingga masak.

Kredit : Badariah Abdrahman


4. Biskut Sarang Semut 


Bahan-bahan
  • 1 cwn butter@planta
  • 1 biji kuning telur
  • ¾ cwn gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
  • 1 ½ cwn tepung kastard
  • 1 ½cwn tepung gandum
  • 1 sdk esen vanila
  • 1 sdk pewarna kuning telur 
  • Paper cup secukupnya
  • Coklat rice atau manik-manik

Cara-caranya : 

1. Pukul butter, gula dan telur guna senduk sahaja untuk sebatikan gula. Telur dan butter tak perlu sampai kembang ya.

2. Kemudian masukkan tepung, kalau masih lembut boleh masukkan tepung kastard dan tepung gandum sama banya sampai doh tak melekat pada jari. 

3. Letakkan dalam peti ais kejap. Lepas tu parut adunan dengan penyagat cheese. 

4. Gunakan garfu masuk adunan dalam paper cup. Jangan lupa taburkan coklat rice.

5. Bakar 160C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. 

Kredit : Izzati Zati


5. Biskut Coklat Cookies Hazel


Bahan-bahan
  • 250 salted butter
  • 1  1/2 cwn gula perang
  • 1 sdt esen vanila
~ Kacau rata guna senduk, masukkan 
  • 1 biji telur
  • 3 sdb hazelnut kalau takda boleh ganti dengan nutella
  • 1/2 cwn nestum
  • 5 sdb minyak jagung
~ Gaul rata sekejap saja kemudian masukkan 
  • 2.  3/4 cwn tepung gandum
  • 4 sdb tepung jagung
  • 1 sdb tepung beras
  • 1 sdt baking powder
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • 1/2 sdt cream of tartar
~ ayak dulu semua bahan ni, kemudian masukkan ke dalam bahan mentega diatas, masukkan coklat chip, 2 cawan kekacang pilihan dan gaul rata. 

~ Tutup bekas dan simpan dalam chiller 30 minit. Kemuadian bulatkan atau sudukan. 
~ Bakar pada suhu 150'C selama 20 minit (mengikut kepanasan oven masing-masing ya)

Kredit : Norsiah Ahmad

6. Biskut Tart Nenas Cheese 


Bahan² A
  • 250g butter 
  • 3 sudu mkn gula castor
  • 1 sudu mkn minyak sapi
  • 125g cream cheese
  • Esen vanilla
  • Semua bahan A mix hingga sebati
Bahan B
  • 2½ cwn tepung gandum
  • 2 sudu mkn tepung custard
  • 2 sudu mkn tepung jagung
  • Jem nenas yang ready made..
~ Setelah bahan A sebati masuk kan bahan B uli sehingga tak melekat di jari.

~ Kalau masih lembik tambah tepung gandum sikit² terap guna acuan tart nenas

~ Sapu kuning telur bakar 180 selama 25-30 minit,

Kredit : Lydia Na Kitchen


Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Biskut suji tu.. Aduh. Dengan tart. Hailaaah.

    BalasPadam
  2. always love tart jem, tapi every year mmg my house buat kuih raya :)

    BalasPadam
  3. Suka semuanya kecuali yang ada cekolat tak suka

    BalasPadam
  4. semua biskut tuu sedap.paling suka biskut semperit

    BalasPadam
  5. agak susah untuk orang yang fail bab kuih kek biskut semua macam sy lol

    BalasPadam
  6. biskut tart nenas my fav 🥰

    BalasPadam
  7. Tq untuk resepi...fav semperit...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !