Cabaran 15 Hari | Sebelum tidur anda buat apa?

9
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, baru ada peluang mahu menulis balik di blog. Beberapa hari ini aku terpaksa menangguh buat Cabaran 15 Hari Menulis Blog disebabkan oleh kerosakan pada charger laptop aku. Sedih sebenarnya. Dugaan akhir tahun banyak perancangan yang tertangguh dan ada juga yang cancel. Takpa lah perkara dah berlalu, nanti aku cerita di lain entri. 

Cabaran 15 Hari | Sebelum tidur anda buat apa?

Hari ini aku kongsi pula apa yang aku biasanya buat sebelum tidur.

1. Catat To-Do List
Pertama sekali, aku akan buat perancangan apa yang aku akan buat untuk hari esok (to-do-list). Aku akan catat kat nota bangun sahaja dari tidur apa yang aku akan buat dari segi aktiviti di rumah dan aktiviti blogging aku.

Memandangkan aku bekerja sebagai blogger sepenuh masa, jadi aku kena rancang masa aku dengan baik. Inilah cabaran aku bekerja di rumah juga. Aku sendiri kena bahagi masa aku untuk kerja dan masa di rumah bersama keluarga. 

2. Blogwalking & Tulis Draft
Biasanya sebelum tidur sekiranya aku tiada idea nak tulis apa aku akan blogwalking blog kawan-kawan. Masa inilah aku habiskan masa aku untuk membalas komen di blog dan komen di blog rakan-rakan yang lain.

3. Minum Flavettes Effervescent Vital
Aku memang selalu ada masalah dalaman seperti cepat letih, kekurangan kalsium dan mengalami gusi berdarah. Oleh sebab itu sebelum tidur aku mesti ambil sebiji Flavettes Effervescent Vital nie. InsyaAllah nanti aku akan buat review pasal ini.

4. Dengar ayat al-Quran 
Aku memang tak boleh tidur kalau tak pasang mp3 ayat al-Quran. Aku suka dengar bacaan dari Mishary bin Rashid Alafasy. 


Amalan lain yang kita boleh amalkan sebelum tidur. Semoga bermanfaat. 

Catat Ulasan

9Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Buat assignment, urus instagram, atau main game haha

    BalasPadam
  2. Sama pulak kita sis.. belakangan ni sblm tdo taip draf entri dlu.. itu skrg.. dlu dan selamanya sblm tdo akn merencanakan apa yg nk perlu dibuat esok tp semua dlm kepala je

    BalasPadam
  3. aduh i cepat letih juga.. kena cari minuman tu juga la minum sebelum tido

    BalasPadam
  4. Yang no.4 tue sama, tapi akak pasang mp3 Al-Quran nie sepanjang malam hingga ke pagi .. memang dah jadi habit dah sekarang.. selalunya akak pasang kat ruang tamu, dengan volume yang sederhana.. Jika hari siang pun kalau x tengok tv akak pasang jea mp3 nie...

    BalasPadam
  5. Cik TK pula, tak tentu buat apa sebelum tidur. Ikut mood. Kadang membaca, kadang dengar lagu, kadang blogwalking dan kadang duolingo.

    BalasPadam
  6. kadang2 lepas isyak je tertido terus dan terjaga jam 1 atau 2 pg

    BalasPadam
  7. wah bagus nurul ni..teratur..sebelum tidur, dh buat to do list untuk esoknya..kagum..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah amalan yang baik yang harus dikongsi bersama. :)

    BalasPadam
  9. depends juga. kadang-kadang tengok RM atau pun dengar tazkirah. Lagipun tak boleh tido awal sangat, nanti mudah terjaga 3/4pagi.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !