Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

10
Assalamualaikum
Bismillah





Tulisan tangan kita melambangkan personaliti kita. Kalau dinilai secara kasar, orang yang mempunyai tulisan cakar ayam ni selalunya dikategorikan sebagai orang yang selekeh, jenis tak ambil kisah dan lebih menjurus ke arah personaliti yang negatif.

Namun, tanggapan ini tak boleh diguna pakai sepenuhnya kerana penganalisa tulisan ada membuat kajian mendalam tentang ini dan majoriti keputusan yang diperoleh agak bertentangan dengan apa yang kita sangkakan.


Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

Cabaran 15 Hari | Pictures of my handwriting

8 Jenis Tulisan Tangan Yang Melambangkan Personaliti Seseorang.

  • Huruf besar-besar - Seorang yang mudah bergaul dan senang mempunyai ramai kawan.

  • Huruf kecil-kecil - Seorang yang pemalu dan tak suka terlalu menonjol.

  • Tulisan kecil atau terlalu rapat - Seorang yang mempunyai pemikiran logik yang tinggi.

  • Tulisan jarak-jarak - Mempunyai gerak hati atau instinct yang bagus.

  • Tulisan terlalu mengiring (ke kiri atau kanan) - Seorang yang penyayang!

  • Tulisan tegak, tak mengiring - Seorang yang tak suka terlalu mengikut perasaan.

  • Tulisan terlalu rapat dengan margin - Seorang yang suka berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan.

  • Tulisan jarak dengan margin - Seorang yang pemurah.

Boleh baca  Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah tentang Kenali Personaliti Melalui Tulisan Tangan

Catat Ulasan

10Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Eza jenis tulisan yang ketiga tu. Yang tu paling dominan. Kalau ikut mata pen - ball pen atau nak cepat memang cakar ayam la nampaknya. Haha. Eza suka mata pen yang tirus.

    BalasPadam
  2. shida jenis tulis kdg2 tulisan besar..kdg2 tulisan formal mcm biasa..
    tq sharing nurul :)

    BalasPadam
  3. Kalau tulisan berubah based on jenis kertas atau jenis pen, macam mana?

    BalasPadam
  4. tulisan kak pip berubah ikut jenis pen yang digunakan.

    BalasPadam
  5. teringat dulu wak ada kawan blogger tuu tiap kali nk updet blog dia akan tulis dulu dalam kertas lastu baru dia taip dlm blog.. hehehe

    BalasPadam
  6. Akak pulak ciri yg no.3..😊tp tulisan awak mmg cantik..

    BalasPadam
  7. Cantik tulisan awak... Cik TK punya berubah-ubah ikut mood.. huhuuu

    BalasPadam
  8. cantik tulisan Nurul. tulisan akak depends pada jenis pen..kalau pen tu best, cantik lah tulisan..kalau pen tak best, paham2 sendiri la hasil dia..haha...

    BalasPadam
  9. Biasa tulisan depends on pen. Sedap pen tu, cantik la tulisan. Dan gaya menulis tu jugak. Jika selesa. Maka berganda lawa tulisan. Boleh x?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !