Cabaran 15 Hari | Gambar Terbaru & Fakta Tentang Anda

12
Assalamualaikum
Bismillah


Cabaran 15 Hari | Gambar Terbaru & Fakta Tentang Anda

Mulanya plan nak start tulis esok saja cabaran ni. Sementara ada mood ni baik tulis sekarang kan. Tiba-tiba saja ada idea nak menulis di blog. Nak tahu secara ringkas tentang aku boleh baca kat SINI Nak tanya apa-apa soalan tentang aku boleh juga email dan follow facebook dan instagram aku. 

My latest photo

Fakta Tentang Sii Nurul


1. Ramai yang tahu aku minat menulis. Yang mungkin kebanyakkan orang tak tahu selain menulis blog aku sangat suka tengok anime. Tetapi belum sampai tahap OTAKU lagi lah. 

2. Aku suka minuman yang berkafein dan aku ambil sehari lebih dari 3 gelas which is not good for your health. But I'm really addicted to it! Susah nak berhenti minum. 

3. Sehari tak makan ais tak sah. Selain ketagihan minuman berkafein aku juga sangat suka minum sejuk yang berais. Nescafe ais, milo ping, ais lemon teh dan segala bentuk minuman yang sejuk. Jangan ikut tabiat macam aku. 

4. Aku mempunyai alergik yang teruk dari segi deria rasa dan bau. Aku sangat sensitif dengan makanan yang kuat baunya seperti durian, ketam & any seafood. Aku sanggup tak makan sehari semata-mata mahu mengelak terhidu makanan seafood. 

Pernah paksa makan tetapi aku muntah. Pernah cuba masak tetapi pening-pening lalat dan seminggu bau tu melekat di hidung aku. Sangatlah tidak selesa. Disebabkan itu juga aku tidak pakai sebarang minyak wangi atau deodoran. 

5. Aku juga alergik dari segi kulit muka dan badan. Tak boleh kena gigit nyamuk, sensitif dengan tempat yang berhabuk walaupun nampak kemas. Aku tak boleh pakai perhiasan seperti jam tangan, subang, anting-anting, rantai apatah lagi barang-barang kemas. 

Aku pernah kena jarum di telinga bengkak disebabkan oleh anting-anting melekat di telinga aku tak boleh tanggal. Hahaha trauma sampai sekarang. 

6. Aku fobia dengan darah. Memang tak boleh luka atau tengok darah. Pernah sekali aku potong kentang dan jari terluka. Terus muka aku pucat dan pengsan. Hahahaha

7. Aku tidak pernah makan pizza dan McDonald Hahaha... Aku makan KFC saja. 

8. Percaya tak aku tak tengok pun TV kecuali berita saja. Setiap hari aku akan sambungkan hardisk ke TV tengok anime, Running man dan dengan lagu sahaja. Aku tak pernah tengok mana-mana drama tak kira melayu atau korea. 

9. Aku suka tengok Anime dan KPOP reaction di youtube. Aku suka lagu KPOP dari YG Entertainment. Bigbang is my favourite one and my latest fav boy band from YG is TREASURE. 

10. Aku cepat mabuk perjalanan. Mabuk jalan jauh. Mabuk naik flight. Mabuk naik feri. Hahaha 


Cukuplah itu saja. Ada yang mempunyai persamaan dengan aku ka? hehe~



Catat Ulasan

12Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. mabuk darah, dulu ye penah luka masa buka tin susu darahhh byk then jatuh pengsan,
    masa tgk kakak cabut ggi pun hampir nak pengsan, sb tu bab darah terus jaga2 sikit tak berani huhuu ank cabut ggi pun takut nak teman

    BalasPadam
  2. menarik ni..n btw..kita geng..im a fan of anime too but belum sampai level otaku jgk sekadar minat layan ja hehe

    BalasPadam
  3. teringin nak tau kenapa tak pernah makan pizza and mcD? tak pernah rasa teringin ke?

    BalasPadam
  4. no. 7 tu tidak pernah atau tak suka? kalau tak pernah silalah cuba

    BalasPadam
  5. Macam kontra dengan Eza ni bila tengok senarai. Hihi. Tak apa la kan, perbezaan tu yang interesting kan :)

    BalasPadam
  6. wahh ada cabaran tulis blog tiap2 hari nk.. salam kenal dari wak

    BalasPadam
  7. Wahh, memang rare bila tak makan pizza atau mcdonalds... hihihi... ciri² awak ada sikit persamaan dengan akak..

    BalasPadam
  8. Pizza dan mcdonald ni bukan Cik TK tak makan. Cuma jarang-jarang makan.

    Cik TK pun layan anime juga. Tak sampai tahap otaku. Dan sekarang pula tengok anime dah tak sedahsyat dulu. Dulu-dulu tahu update anime apa semua. Sekarang pula, mana yang terbuka nampak best sambung tengok episod seterusnya (marathoning terus!)

    BalasPadam
  9. Akak plak x suka kfc. Prefer mcD atau pizza..

    BalasPadam
  10. waahhh, banyak betul fakta tntang Nurul ni buatkan Aien rasa ada juga orang mcm ni. 😅 But, it's okay to be not okay. :)

    BalasPadam
  11. ada few facts yang sama dengan Mya. Kulit sensitif, tak boleh bau minyak wangi dan kaki anime but not otaku. hehehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !