ALLAH Hantarkan Seseorang Pasti Bersebab Bukan Kebetulan

14
Assalamualaikum
Bismillah

Allah hantarkan seseorang pasti bersebab bukan kebetulan

Hari ini kita cerita santai sedikit ya. Teringin nak berkongsi cerita apa yang jadi hari ini. InsyaAllah boleh dijadikan pengajaran juga. 

Nak tanya korang lah kan. Pernah tak niat atau terfikir nak buat sesuatu. Contohnya bulan ni nak sedekah lebih sikit. Ataupun hari ini aku nak tolong orang. Mungkin juga terfikir nak bagi makanan kat jiran. Tetapi apa yang korang niatkan itu tak pernah dilaksanakan.

Akhirnya apa yang korang nak buat tu korang tangguh atau tak terbuat langsung. Dipendekkan cerita, hari ini ada seorang nenek ini datang ke rumah bawa plastik yang besar berisi nescafe paket. Katanya dia jual nescafe RM2.00 untuk 5 paket. 

Korang nak tahu, masa tu kan tiba-tiba saja terlintas di fikiran aku "Di rumah ini dah ada nescafe pun, buat apa nak beli". Maksud aku, bukan tak perlu, tetapi dah cukup juga. 

Entah macam mana dalam masa beberapa saat teringat "Allah hantarkan seseorang pasti bersebab". Aku imbas kembali post aku di facebook hari tu. 

Tiada yang kebetulan dalam hidup

Pangg! terasa terpukul di pipi apabila teringat dengan post sendiri. Aku pun belilah nescafe tu since aku pun memang suka minum nescafe juga. 

Dan sebab lain juga mungkin nenek tu betul-betul perlukan duit atau dalam kesusahan, kalau tak dia takkan datang rumah ke rumah semata-mata nak jual nescafe. Dan ada banyak sebab lagi aku belajar daripada pertemuan aku dengan nenek tu. 

Pengajaran daripada perkongsian ini adalah :

1. Jangan pernah bertangguh kalau nak buat sesuatu kebaikan

ALLAH hadirkan nenek itu mungkin untuk beri peluang kepada aku untuk laksanakan apa yang pernah aku niatkan sebelum ini. Peluang dah ada depan mata, nak atau tak nak saja. Andai saja aku tangguhkan aku pasti akan menyesal dan serba salah. 

Jangan pernah bertangguh kalau nak buat sesuatu kebaikan.

Bukan senang sebenarnya Allah nak bagi peluang buat baik. Lagi pula Allah yang izin untuk tunjuk pada aku, ada orang dalam kesulitan. Bukan kebetulan untuk tiba-tiba dapat pandang situasi tersebut. Ya, peluang yang bukan saja-saja Allah bagi. 

2. Kita akan diuji dengan apa yang kita tulis atau tuturkan. 

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saf: 2-3)

Bukan sekali tapi sebenarnya dah berkali-kali aku rasakan perkara ni. Apabila aku menyarankan satu-satu perkara baik melalui tulisan, terasa Allah semacam uji aku sama ada aku sendiri mampu buat perkara itu atau tidak. 

Kita akan diuji dengan apa yang kita tulis atau tuturkan.

Oleh sebab itulah aku terlalu berhati-hati untuk menulis atau berkata-kata. Sebaiknya tulislah yang baik-baik agar yang baik-baik itu juga akan berbalik kepada kita. 

3. Setiap saat manusia akan diuji dengan hawa nafsu & bisikan syaitan. 

Jangan pernah main-main dengan bisikan hati kita seperti sangkaan buruk, riak, takbur, sombong dan lain-lain. Sifat mazmumah inilah yang suatu hari nanti akan menjerumuskan diri ke dalam api neraka. 

Setiap saat manusia akan diuji dengan hawa nafsu & bisikan syaitan


Dalam Surah Al-Israa', ayat 63 -64. Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

Sampai begitu sekali syaitan mengoda manusia. Oleh sebab itulah apabila kita dihasut oleh hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Seiring dengan peredaran zaman, iblis dan syaitan juga semakin maju guys dalam usaha untuk menyesatkan manusia. Banyak kaedah licik yang digunakan sehingga kadang kita tidak sedar pun kita berada dalam kesesatan.

Kadang sengaja mengambil masa yang lama, sedikit demi sedikit sehingga akhirnya kita menyangkakan apa yang kita fikirkan adalah benar dan bukannya dari syaitan. 

Alhamdulillaahil-ladzii bini’matihi tatimmush-saalihaat. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh  menjadi sempurna. Semoga perkongsian kecil ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. 

Tags

Catat Ulasan

14Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. point number satu tu i dah agree da.. jgn tangguhkan klu nak buat sesuatu kebaikan , kan

    BalasPadam
  2. Kak PC sangat takut kalau tersialpa tulis atau terlajak cakap sebab akan makan diri sendiri.

    BalasPadam
  3. banyakkan muhasabah diri, semoga kita dijauhi dari fitnah akhir zaman :)

    BalasPadam
  4. Betul tu. pesanan2 yang sangat bermanfaat

    BalasPadam

  5. Hai,jemput join GA saya :)
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    BalasPadam
  6. Bila Allah jentik hati kita untuk lakukan kebaikan itu juga tanda hidayah untuk kita, semoga istiqamah hendaknya

    BalasPadam
  7. setiap yang terjadi pasti bersebab..

    BalasPadam
  8. Selalu juga ingat gitu, kalau Allah jauhkan seseorang tu dari kita pon mungkin bersebab juga kan.

    BalasPadam
  9. betul tu Nurul. Bila terdetik nak buat kebaikan, seeloknya buat terus. Jangan tangguh.

    BalasPadam
  10. kak pip pun percaya pasti bersebab bukan kebetulan.
    dah few times juga alami benda yang sama,
    dan bila fikir balik semuanya memang Allah dah atur cantik2 ...

    BalasPadam
  11. Yea setuju juga... Saya kearah nak buat perubahan moga Allah tetapkan hati dengan keputusan yang dibuat he he he

    BalasPadam
  12. bertangguh itu mmg tandanya syaitan berjaya pujuk kita, betul apa yg nurul tulis.. tak nak bertangguh dah, kalau perkara baik elok kita buat cpt2..

    BalasPadam
  13. Betul. Sebaliknya pun, bila Allah ambil seseorang dari kita, mesti bersebab

    BalasPadam
  14. Sama-samalah kita semua perbaiki diri

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !