Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Tips Parenting dari Imam Hassan Al-Banna

Sii Nurul
19
Assalamualaikum
Bismillah


Jom kita ikuti kisah yang disampaikan dalam buku ini. Istimewanya buku ini adalah sebab, yang menyampaikannya bukan 'parent', tapi anak. 

Ingatan seorang anak pada didikan murni seorang ayah. Kalau nak tahu, apa yang menyebabkan didikan dan kasih sayang kita ni boleh dikenang oleh seorang anak walaupun bila kita dah tiada. Macam mana ia boleh meninggalkan bekas, teruskan membaca ya :)

Tips Parenting dari Imam Hassan Al-Banna

1. Guru Tauhid & Akidah

Imam Hassan mengajar anaknya dengan kitab Al-Quran dan sentiasa mengaitkan sesuatu perkara dengan ALLAH. Sebagai contoh, apabila makan mengingatkan anak bahawa kita dapat makan kerana nikmat yang ALLAH beri seperti lidah untuk merasa. 

Apabila anak-anak dididik sejak kecil tentang mengenal Allah maka anak dengan sendirinya akan berasa takut pada Allah. 

2. Tiada Suara Jeritan di Rumah

Korang dapat bayangkan tak rumah yang tiada jeritan? Tenang saja kan. Tetapi jujurlah kita sehari kadang kalau tak membebel, marah atau bising memang susah kan? Kena lagi anak yang nakal. SubhanAllah memang menguji kesabaran betul lah. 

Tapi itulah. Rumah yang banyak suara keras, jeritan, gaduh, bahasa kasar, maki, tidak ada malaikat nak masuk. Imam Hassan akan pergi hampir kepada anak untuk bercakap dengan mereka. Beliau tidak akan melaung-laung. 

Apatah lagi menjerit. Jika terlepas, minta maaf. Bagitahu anak kita salah kerana berkasar. Dan kita tahu Tuhan tak suka perbuatan kita yang kasar dan keras.

3. Beri Anak Duit Khas

Alasannya supaya anak berasa cukup dan tak perlu meminta-minta dari orang lain. Ikutlah sesuai dengan usia anak. Bila seorang bertanya pada Imam Hassan, berapakah wang simpanannya sebulan. 

Jawapannya, tiada. "Aku infakkan semua pada keluarga dan yang memerlukan. Itulah simpananku".Lalu ditanya pula, tidakkah beliau risau jika anaknya menggunakan wang di jalan yang salah. 

Jawapannya begini.... "Bila sumber rezekimu halal, maka jangan risau ke mana mengalirnya rezekimu dan ke mana anak-anak membelanjakan wangmu". Padu!

Aku baru-baru ini teringat tentang seorang ustaz pernah beritahu dalam tazkirahnya bahawa duit yang kita simpan tu sebenarnya bukan duit kita. Tetapi rezeki orang lain. Kenapa rezeki orang lain? 

Sebab kita guna duit tu beli nasi lemak, so itu rezeki makcik yang jual nasi lemak. Kita guna duit tu bayar servis kereta, maka itu rezeki orang bengkel. 

Jadi duit kita pula yang mana? Duit kita adalah duit yang kita infakkan seperti sedekah. Iya juga kan?

4. Tidak Menyakiti Anak

Ada sekali anak perempuannya bermain tanpa selipar di hadapan tetamu sedangkan sudah diperintahkan sebelum itu. Walaupun Imam Hassan sedang marah dan anaknya tahu dari wajahnya bahawa beliau sedang marah.

Imam Hassan tidak berbuat apa-apa sehinggalah tetamunya tadi balik. Kemudian beliau minta anaknya mengambil rotan, lalu beliau merotan anaknya di tapak kaki. 

Pukulan itu walau bagaimanapun tidak menyebabkan anaknya sakit tetapi tertawa kerana geli. Namun kesannya, anak itu ingat untuk memakai selipar semasa bermain. Kadang-kala kita sebagai ibu bapa sering menzalimi anak-anak kita. Kita rasakan sebagai ibu bapa kitalah yang betul semuanya. 

Sudah tentu sebagai anak kita wajib menghormati ibu bapa. Tetapi andai ibu bapa tersilap, apa salahnya memohon maaf kepada anak-anak. Percayalah anak-anak juga akan belajar menjadi seorang yang pemaaf. 

5. Tidak Tegur Secara Terus atau Memalukan.

Pernah sekali anaknya sangat asyik membaca komik. Imam Hassan tidak menegur secara terus, tetapi membelikan buku-buku kisah tokoh untuk diberikan pada anaknya.

"Ayah kira yang ini lebih baik dan menyeronokkan untuk kamu baca". Tapi beliau suruh baca ke? Tidak. Cadang sahaja. Apatah lagi membebel.

Sering sekali, kebanyakkan ibu bapa membandingkan malah memalukan anak sendiri di hadapan orang lain. Kita sendiri tidak suka dibandingkan, apatah lagi anak. 


6. Sentiasa Ada Masa Untuk Makan dan Bermain Dengan Anak-Anak

Walaupun sangat sibuk dengan urusan ummah, Imam Hassan tak pernah sekalipun tertinggal untuk makan bersama dengan keluarga. Jika terlalu penat, beliau pulang ke rumah dan berehat sebentar. "Izinkan ayah berehat sebentar. Kejutkan ayah selepas 7 minit". 

Selepas 7 minit, beliau bangun dan bermain dengan anak-anaknya. Urusanku untuk ummah adalah penting. Tetapi, urusan anak-anakku adalah lebih penting lagi. Ada satu waktu, anaknya tertinggal bekal makanan di rumah dan Imam Hassan menyedarinya.

Walaupun pagi itu beliau mempunyai mesyuarat penting dengan Ikhwan Muslim, beliau minta izin untuk hadir lewat semata-mata untuk menghantar bekal makanan itu pada Si Anak. Anak berkata bahawa itu adalah antara perbuatan ayahnya yang takkan dilupa sepanjang hayat.

8. Menjaga Pengaruh di Sekeliling Anak.

Imam Hassan sangat mementingkan guru-guru dan orang-orang di sekeliling anaknya. Ini memang penting kerana anak-anak perlu dididik bukan sahaja tentang ABC tetapi juga dari segi akhlak dan pergaulan untuk membina anak itu secara keseluruhannya sebagai mukmin. 

Maka memilih guru-guru dan sekolah yang betul adalah salah satu kewajipan penting sebagai ibu bapa.

9. Mengajak Anak Kecil Berbincang Isu Besar.

Misalnya saat Imam Hassan mahu menderma sebahagian barangan rumah kepada pejabat Ikhwan Muslim, beliau bertanya pada anak-anak pendapat mereka. Anak gadisnya Wafa, selalu diberi tanggungjawab besar mencatat isi penting semasa mesyuarat. Menjadikan anak itu punya rasa bangga kerana dipercayai oleh Si Ayah.

Kalau kita, anak nak tolong di dapur siap marah lagi "Kamu masih kecil, tunggulah besar baru buat kerja." Apabila dah besar anak pun dah tak tahu buat kerja sebab waktu kecil tidak dibiasakan untuk nuat kerja-kerja rumah. 

Kesimpulannya...

Anak-anak Imam Hassan Al Banna membesar sebagai orang yang cemerlang dalam pekerjaan dan juga anak yang berbakti untuk ummah. Yang pentingnya anak-anak ini menganggap bahawa apa saja yang mereka dapat pada waktu ini adalah asbab didikan baik dan penuh hormat dari seorang ayah.

Setiap kali menyebut nama ayahnya, anak-anak Imam Hassan akan mengiringi nama beliau dengan sebutan ini, "Ayah, semoga beliau dirahmati Allah". Dan tidak adalah rahmat lebih besar bagi ibu ayah melainkan saat anak-anak mendoakannya sepanjang masa. 😊


Tags

Catat Ulasan

19Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. entry yang sangat bagus

    jemput komen my entry kak <3

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2020/09/praktikal.html

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2020/09/result-semester-6.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Rabia sbb slalu jenjuk blog sy 😊

      Padam
  2. Bagus sungguh tips ni , betul perlu ada didikan agama dari kecil , pergaulan anak juga perlu dipantau terutama kalau menginjak remaja .

    kalau nak kawal tak omel tu saya tak pasti hihi . cakap macam dah kawin pula , tu pendapat saya sbgai org bujang ^^

    BalasPadam
  3. nice sharing Nurul. semoga kita semua berjaya jadi pendidik anak anak sendiri.
    tak mudah, tapi insya allah boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kak.. Bukan mudah kan jadi ibu bapa.. Apapun semoga d'permudahkan buat akak sekeluarga

      Padam
  4. alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, semoga bermanfaat..

      Padam
  5. Balasan
    1. Segala puji hanya kpd Allah,, semoga b'manfaat buat akak ..

      Padam
  6. thnks sharing, great tips untuk mommy anak dua ni yg anak2 bru nak mbsar..parent patut cr info cr mngajar anak zmn skg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semoga dipermudahkan buat kak sha dlm mendidik anak2..

      Padam
  7. Nice sharing nurul. Bagus untuk panduan Ruby sebagai ibu.

    Harap ku tidak menjadi ibu yang menzalimi anak. Sentiasa memaafkan kesalahan anak.

    Mendidik anak zaman serba moden ni agak mencabar sebenarnya. Bukan seperti kita dulu.

    Harap kita sebagai parents berada di landasan yang betul dlm mendidik anak² 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. semoga bermanfaat..
      InsyaAllah kak.. sy doakan akak menjadi ibu yg solehah kpd anak2.. semoga dipermudahkan urusan akak dunia akhirat

      Padam
  8. Balasan
    1. Segala puji hanya kpd Allah.. semoga bermanfaat buat Ayu ^^

      Padam
  9. Betul tu.. lau mak dulu2 jeling ja dah takut haha.. Budak sekrg tak boleh berkias2.. x paham haha

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write