Terima Tawaran Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Walaupun Terpaksa

Assalamualaikum
Bismillah

I just want to say, selamat datang junior yang sangat bertuah kerana dapat UMS, especially kepada pelajar dari Semenanjung dan juga Sarawak. Aku tahu, mungkin ada yang mengharap dapat UPSI, UM, UKM dan universiti yang nampak unggul dan megah. Apapun just nak ingatkan korang UMS pun not such a bad choice.

Pinjam gambar Facebook UMS

Pensyarah aku pernah cakap
“universiti yang korang nak sangat tu tapi tak dapat, alih-alih dapat UMS bersyukurlah sebab UMS terima korang.” 
Ramai lagi yang nak masuk universiti tapi tak dapat. Kita yang ada rezeki Allah bagi pinjam nie pun ambillah peluang tue dengan sebaiknya.
Mengapa aku kata macam tue?
Kebanyakkan pelajar yang dari semenanjung dan sarawak selalu membandingkan UMS dengan universiti lain. Malah budak Sabah sendiri macam tu. Bagi aku belajar kat universiti mana pun sama ja. Setiap universiti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Apapun kalau korang dapat UMS walaupun terpaksa, anggap ja lah ia merupakan satu cabaran belajar kat Negeri orang kan? Ada sebabnya kenapa anda tersangkut atau terdampar kat UMS. Biasalah hikmah tue kita tak nampak esok lusa sayangg..

Ada juga pelajar yang kata
"Aku tak minatlah kos nie. Entah dapat menjamin masa depan dalam pekerjaan atau tidak". 
Yang ini aku tak tahu nak komen apa sebab aku bersyukur dapat kos yang aku minati iaitu Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. Tetapi aku ada ramai kawan yang dapat kos yang dorang tak expect pun akan dapat walaupun begitu dorang terpaksa terima ja. Alhamdulillah semua kawan-kawan aku sekarang berada di tahun akhir. Malah ada yang kata selepas ambil kos tu barulah dorang faham dan apa yang dipelajari itu lebih daripada apa yang mereka sangka.

Baiklah aku tak nak cakap banyak yang di bawah ini #TipsMasukUMS hehe~

1. Pendaftaran masuk kolej kediaman
UMS ada 3 buah kolej kediaman iaitu
  1. Tun Mustapha
  2. Tun Fuad
  3. Kolej Kediaman Excellent. 
Don't worry sampai sana anda akan dibantu oleh kakak dan abang senior yang baik hati. Dah selesai daftar kediaman jangan lupa makan ya. Isi perut korang tu sebab korang akan lalui Minggu Suai Mesra yang amat memenatkan hahaha~
Peringatan mesra aku nak ingatkan kepada pelajar yang dapat Kolej Kediaman Excellent sila tutup tingkap masing-masing sebab korang akan berjumpa dengan monyet-monyet liar yang korang tak sangka-sangka akan curi segala makanan yang ada di dalam almari.
2. Tempat Membeli-Belah
Kalau korang risau takda iron, seterika, baldi serta keperluan peribadi jangan risau ada Shopping Mall juga berdekatan dengan UMS. Kalau tak tahu nak ke sana macam mana. Korang boleh gunakan apps UBER ataupun GRAB. Kalau naik bas tambang RM 1.00 sahaja.

1Borneo Hypermall

1Borneo Hypernall merupakan shopping mall yang selalu jadi tumpuan pelajar UMS. Tempat yang selalu dikunjungi~

1. Kedai Buku Popular
2. MR. DIY
3. KAISON
4. Giant
5. Onestop Superstore
6. DAISO
7. KFC
8. Pizza Hut
9. McDonald

Dan banyak lagi lah. Cuma nak ingatkan saja. Jangan terkejut atau sakit jantung tengok harga barang kat sini totally different dari tempat korang tu. Shopping mall inilah yang paling dekat dengan UMS, kalau rajin ada banyak lagi shopping mall di Kota Kinabalu seperti Centre Point, Suria Sabah, IMAGO dan banyak lagi. 

3. Hari Pertama Kuliah
Wahai adik-adik sekalian, tips ini sangatlah penting. Pertama sekali akak nak cakap "Jangan lupa beli payung". Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Hari pertama kuliah akak dulu sangatlah sedih sebab cuaca kat sini masa tu hujan. Habis basah. Hahaha xD Dan semasa Minggu Suai Mesra tu jangan lupa Fakulti korang sendiri. Kalau tak hari pertama lagi dah sesat hahahha. Kalau boleh cuba latih diri bangun awal sebab korang akan menghadapi hari pertama yang penuh dengan cabaran dan halangan terutama sekali ketika menunggu bas.


Akhir kata, welcome to UMS dan selamat menjalani hari anda sebagai seorang pelajar UMS. 
Create memory here sebab bukan selalu dapat pijak Bumi Di Bawah Bayu hehe~