Dikuasakan oleh Blogger.

Cara Semak dan Bayar Saman DBKK Secara Online


Aku dapat idea nak menulis tutorial pasal saman DBKK ni sebab pakcik aku hari tu kena kompaun. Memandangkan dia pinjam kereta sewa dan tak sempat nak bayar kompaun so dia suruhlah aku bayar secara online.

Mulanya aku tidak mahu pun tolong sebab aku bukannya ada kereta. Nak bayar kompaun DBKK ni pun tak tahu macam mana. Bila check kat google tak jumpa pula. So, aku pun usaha juga cari nak bayar online macam mana. 

Alhamdulillah, aku dah jumpa caranya. Tak perlu lagi ke kaunter pembayaran. Senang ja pula rupanya. Kalau nak tahu bacalah sampai habis. 

Cara Semak dan Bayar Saman DBKK Secara Online


Langkah 1

Pergi ke laman DBKK e-Services

Korang akan lihat beberapa maklumat seperti nombor kompaun, tarikh dikenakan kompaun, nombor kenderaan, butiran saman, dan jumlah saman yang perlu dibayar. 

Jadi jangan hilangkan RESIT DBKK (kertas kuning) tu tau. Simpan baik-baik.


Langkah 2

Seterusnya, korang klik bahagian 'listing'. Korang pilihlah nak bayar saman atau kompaun pasal apa. Boleh pilih Nombor Kenderaan, Nombor Kompaun, Nombor IC, atau Nombor Pendaftaran Syarikat. 

Macam aku pula bayar saman parking kereta, jadi aku pilih 'Vehicle Number'. Seterusnya aku masukkan pula nombor FLAT KENDERAAN tersebut. 

Lepas tu klik FIND. 


Langkah 3

Biasanya kalau korang kena kompaun hari ini, dorang belum update dalam sistem. So kena tunggu keesokkan hari atau selepas 3 hari. 

Di bawah korang boleh nampaklah apa kesalahan kompaun, tarikh kompaun dan jumlah yang perlu dibayar. 

Kompaun (Saman) yang korang dapat tu akan tertulis TIGA Tawaran Kompaun :

1. RM30 - dalam  tempoh sebulan
2. RM50 - Selepas 30 hari
3. RM100 - Selepas 60 hari

Lagi awal korang bayar, lagi murahlah bayaran yang dikenakan. Sekiranya melebihi 60 hari, terpaksalah RM100 korang kena bayar.


Langkah 4

Seterusnya, korang klik petak kecil (rujuk gambar) dan klik payment untuk pembayaran secara online. 


Langkah 5

Di sini korang boleh pilih samadanak bayar melalui KREDIT KAD atau PERBANKAN INTERNET. Jadi korang pilih lah pembayaran melalui FPX punya. 

Lepas tu klik bank apa yang korang guna. Macam aku bayar menggunkan CIMB CLICKS. 

Depends koranglah ikut keselesaan yang mana korang rasa lagi mudah.

Setelah tu, klik PROCEED TO PAYMENT.


Langkah 6

Masukkan nama korang beserta email. Then, klik pula PAY VIA FPX RETAIL BANKING.

Seterusnya, korang login lah macam biasa samada melalui Cimb Clicks, Maybank2U, Bank Islam ka..



Langkah 7

Pastikan nama tu adalah 'DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU' dan amaun yang dibayar adalah betul. 

Klik REQUEST TAC dan masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS.


Langkah 8

Klik SUBMIT untuk confirm kan pembayaran.


Langkah 9 

Yeahh! Pembayaran korang telah berjaya!


Langkah 10

Nanti korang boleh semak balik di e-Services

Aku baru ja bayar semalam. Hari ini aku semak "Record Not Found". Maksudnya pembayaran aku telah berjaya diterima. 


Ada orang dia tak bayar online sebab tak boleh minta kurang. Ada juga yang tunggu Minggu Pengampunan DBKK. Bagi aku jangan amalkan sangat tabiat suka menangguh ni. Apatah lagi berkenaan hutang macam ni. 

Dah elok bayar sikit makin bertambah bayaran. Setakat ini sahaja perkongsian aku. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan kamu semua. 


PERKHIDMATAN LOKASI KAUNTER BAYARAN UNTUK CUKAI KADARAN


1. Kaunter Utama Tingkat Bawah, Bangunan Ibu Pejabat DBKK
Isnin - Jumaat (7.30 pagi - 4.30 petang)
Sabtu & Ahad (8.30 pagi - 12.30 tengahari)

2. Kaunter Pembayaran Damai, Luyang
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 3.30 petang)

3. Kaunter Pembayaran Tingkat 7, Centre Point Sabah
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 3.30 petang)

4. Grand Merdeka Mall, Bandar Sierra, Telipok
Isnin - Jumaat (9.30 pagi - 3.30 petang)

5. Tingkat 6, Menara UTC, Off Jalan Belia, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah 
*Tutup pada hari Cuti Umum
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 8.30 malam)
Sabtu & Ahad (8.00 pagi - 8.30 malam)


Tiada ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.