Innate Lactea Untuk Para Ibu Yang Ingin Menambah Susu Badan

Penyusuan ibu adalah suatu proses semulajadi. Penyusuan ibu dalam dua minggu yang pertama agak sukar khususnya buat para ibu yang baru pertama kali mendapatkan cahaya mata.

Dalam penyusuan ibu setiap ibu harus berusaha dan berfikiran positif untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Dalam susu ibu terdapat banyak kandungan yang sangat baik bagi petumbesaran si anak.


Terdapat beberapa masalah yang sering dialami oleh sesetengah ibu seperti bengkak payu dara, puting melecet dan kekurangan susu (tidak cukup susu). 

Untuk memastikan bahawa bayi mendapat cukup susu, para ibu hendaklah memerhati tanda-tanda seperti :
  • Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
  • Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
  • Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
  • Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
  • Bayi cergas dan kelihatan puas ketika penyusuan.

Ada dalam kalangan para ibu yang mengeluh tentang susu mereka yang 'cukup-cukup' makan sahaja. Ada juga yang kadang-kala tak cukup. Tidak salah sebenarnya mencuba supplement untuk menambah tenaga, mengurangkan tekanan seterusnya membantu menambahkan pengeluaran susu badan.

Macam mana caranya untuk menambahkan susu badan? Betul ke ada supplement yang boleh menjadi milk booster?

Innate Lactea Untuk Para Ibu Yang Ingin Menambah Susu Badan.


Innate Lactea ni merupakan ‘Lactation support’ untuk para ibu yang menyusukan anak. Innate ni membantu memperbanyakkan susu badan dan memekatkan susu buat para ibu. Malah kaedah ini merupakan cara yang selamat dan sihat. Paling penting susu badan ibu penuh nutrisi.

Bukan tu saja, INNATE LACTEA ni boleh mengekalkan tenaga para ibu serta mencantikkan kulit Ibu dan bayi. 

Jadi buat para ibu semua dah tak perlu susah hati, susu kurang, susu cair, susu tak cukup, anak tak kenyang. Insyaallah INNATE LACTEA boleh bantu atasi masalah ni semua.


Bukan itu sahaja Innate Lactea sama sekali tidak mempunyai bahan terlarang kerana ramuan serta kandungan produk ini semua daripada bahan-bahan organik semula jadi.

Antara kandungan bahan yang ada pada Innate Lactea ialah Longan, Kurma Merah, Barli dan White Fungus. Khasiat Innate juga dapat membantu dalam pertumbuhan rambut bayi bagi ibu menyusu yang mengalami keguguran rambut. 





Innate Lactea Bantu Para Ibu Yang Mahu Susukan Bayi Secara Eksklusif.

Ikuti perkongsian brestfeeding Shuai yang mengalami masalah kekurangan susu. 

Katanya "Penyusuan ibu bukan suatu hal yang mudah. Shuai pernah mengalami nipple crack dan susu badan sikit. Especially dengan keadaan jadi ibu di usia muda banyak yang perlu dipelajari. Namun Shuai usahakan juga untuk menyusukan Umar sehingga umur 8 bulan."

Kata shuai lagi "Shuai pernah hampir berputus asa untuk tidak mahu menyusukan Umar. Tetapi shuai usahakan juga. Shuai jaga waktu pump susu ketika bekerja dan waktu malam shuai direct feeding untuk Umar. Cara ini shuai lakukan untuk penyusuan susu Umar."


Tambah shuai lagi semakin Umar membesar shuai terpaksa menghadapi masalah kekurangan susu dan susu menjadi tidak pekat. Ini amat merisaukan shuai.

Sebagai seorang ibu sudah tentu kita menginginkan anak-anak mendapat zat dan nutrisi yang cukup. Dengan adanya Innate, ia membantu memekatkan susu ibu dan menambahkan susu badan si ibu. 

"Dulu shuai sering menggunakan air rebusan longan, kurma cina, goji beri dan halba sebagai penambah susu badan tetapi ada waktu shuai terlupa atau tidak cukup masa untuk merebus air tersebut. Dengan adanya Innate Lactea ini dalam bentuk sachet ianya menjadi sangat mudah untuk shuai tertutama bagi ibu yang bekerja seperti shuai" katanya. 




Kebanyakkan ibu pada usia yang muda tidak mahu stress terutama ibu yang bekerjaya maka untuk memudahkan mereka hanya memberi susu formula pada anak sehingga tidak menjaga waktu pump. Ini menyebabkan si anak memilih untuk minum susu formula berbanding susu ibu. 

Shuai sendiri berkata "pernah give up tetapi setelah berfikir panjang shuai terus kuat dalam penyusuan susu ibu. Shuai percaya 'TIADA USAHA YANG MENGKHIANATI HASIL' sehingga ke hari ini usia Umar sudah 8 bulan Umar masih menyusu badan shuai. 



Begitulah perkongsian daripada Shuai yang sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Sebagai seorang ibu pasti kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kita kan...

Macam mana nak dapatkan Milk Booster Innate Lactea ni? 


Korang boleh dapatkan produk ini di link di bawah :

Aku berharap bahawa entri ni membantu mommies di luar sana yang masih dalam dilema nak cari milk booster yang mana. Apapun pilihlah yang sesuai dan mampu dengan diri kita. Semoga para ibu di luar sana sentiasa segar, sihat dan cantik.


4 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama