Assalamualaikum
Bismillah
klik banner untuk join |
Syarat-syarat Penyertaan
1. Follow blog The Wonderful Jannah.
2. Tulis satu entri bertajuk "Segmen Bloglist PKP 2020".
3. Dalam entri tersebut, nyatakan pengalaman anda semasa PKP. Anda boleh menceritakan peristiwa menarik/tidak dijangka yang terjadi kepada diri anda.
4. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan back linkkan ke entri ini.
5. Tinggalkan link entri yang anda tulis di ruangan komen.
Hadiah
- Bloglist TWJ (Mei-segmen pencarian bloglist seterusnya) x 10 pemenang
- Review blog x 3 pemenang
Segmen Bloglist PKP 2020 akan berlangsung bermula 25 April hingga 9 Mei 2020. Pemenang akan dipilih berdasarkan penceritaan yang menarik. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 12 Mei. Keputusan adalah muktamad.
Nyatakan pengalaman anda semasa PKP. Anda boleh menceritakan peristiwa menarik/tidak dijangka yang terjadi kepada diri anda.
Nak kata pengalaman tu macam biasa jugalah takda PKP pun aku memang habiskan banyak masa di rumah berblog dan buat rutin harian. Cuma aku nak luahkan sahaja perasaan aku sejak dunia dilanda Covid-19 ini banyak sangat perubahan yang berlaku.
Walaupun aku duduk di rumah sahaja tetap rasa perubahan apabila dah tak dapat keluar at least tengok pantai, laut, ataupun hiking ke. Adik-adik cuti sekolah tapi tak dapat main dengan jiran-jiran di luar. Nak bawa pergi taman permainan pun tak boleh sebab takut. So, aku rasa kasihan lah dengan kanak-kanak.
Jadi adik-adik aku ambil masa juga untuk biasakan diri untuk tidak keluar rumah. Untuk memahami kenapa kita tidak boleh keluar dan memberi penjelasan bahayanya penyakit ini.
Dan paling menyedihkan bagi aku ialah adik bongsu aku 2 bulan je tadika. huhu~ Setiap hari bertanya bila nak pergi sekolah. Baru nak seronok belajar dan biasakan diri sekolah tetiba cuti panjang. Tup tup eh masuk tahun 1 tahun depan haha~ Nak sedih pun ada ketawa pun ada.
Jenuh juga tau nak explain cikgu suruh buat kerja online. Katanya "Mau cikgu yang bagi juga kerja rumah". Mana lagi ink printer dah habis, mama aku pun melukis homework adik aku, boleh pula dia kata "buruk lukisan mama" hahaha xD Aku lagi ada adik yang ramai. Ada tingkatan 2, tahun 4, tahun 6 dan seorang lagi di Universiti. Pertama kali dalam sejarah adik aku takda UPSR sebab kena cancel haha.
Perubahan yang dari sudut positif dia, sepanjang bulan Ramadan dan PKP ini aku banyak habiskan masa solat berjemaah dengan adik-adik. Baca al-quran sama-sama. Pertama kali juga adik-adik aku semua puasa penuh.
Kalau kita habiskan masa dengan solat dan baca al-quran aku rasa budak-budak takda masalah nak puasa penuh. Sebab lepas solat aku akan baca al-quran dan terjemahan supaya adik-adik aku faham maksud ayat yang dibaca.
Masa ini juga aku dapat luangkan masa untuk ceritakan kebaikan berpuasa, apa ganjaran orang yang berpuasa, dan soal tentang dunia akhirat. Ambil peluang untuk berdakwah. Bukan aku ja yang mahu buat kebaikan. Adik-beradik pun mahu buat kebaikan juga. Tugas untuk mempimpin bukan terletak dibahu ibu bapa kita sahaja.
Itu sahaja pengalaman manis dan pahit aku semasa PKP ini. Semoga apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tersembunyi. Bersyukur dengan apa sahaja dugaaan dan ujian yang kita hadapi.
So, jangan lupa support segmen ini ya ~
Terima kasih atas penyertaan😊
BalasPadamSelamat bersegment
BalasPadamMudah2an tersenarai nanti
BalasPadambanyakkk segmen bloglist.. kite suka =)
BalasPadamSelamat bersegmen.. ^^
BalasPadamSelamat bersegmen dan berkenalan. Apa yang LH rasa masa PKP ni, memang bonding keluarga jadi semakin kuat. Sebelum ni semua orang busy masing-masing.
BalasPadamsentap sikit hehe. hidayah mengetuk ler tu kan. but agree. time fasting la boleh makan sama-sama. kalau at my home, usually masing-masing dengan waktu makan sendiri haha. anw, there are only three of us huhu
BalasPadam