Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Apam Balik Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum
Bismillah



Bahan-Bahannya :
  • 2 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan gula
  • 1 setengah cawan air
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh sodium bikarbonat

Bahan untuk inti (tabur)
  • Goreng kacang tanah tanpa minyak dan kisar kasar (beli kacang tanah yang dah digoreng dan dikisar)
  • Jagung manis dalam tin
  • Gula halus
  • Marjerin

Cara membuatnya yang sangat mudah:

1. Masukkan semua bahan-bahan adunan ke dalam blender sehingga sebati.

2. Tunggu lebih kurang 15 – 30 minit supaya adunan kembang.

3. Oleskan marjerin di permukaan kuali – sebaiknya non-stick pan.

4. Tuangkan 1 senduk bahan adunan tadi ke dalam pan dan ratakan ke seluruh pan (jika pan besar, tuangkan 2 senduk)

5. Guna api sederhana

6. Biarkan seketika dan masukkan bahan tabur apabila nampak separuh masak (nampak lubang-lubang kecil)

7. Taburkan kacang, jagung, gula dan marjerin

8. Sudah masak, lipat dua apam balik. Siap untuk dihidang!




Selamat Mencuba!


22 ulasan:

  1. ray suke makan apam balik mini yg kt pasar tani tu sbb dye rangup bila makan panas2, sedapppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak rangup boleh buat nipis sikit..

      Padam
    2. boleh try ni. tak pernah terfikir pulak nak buat sendiri sblm ni XD

      Padam
  2. teringin nak buat apam balik sendiri. balik2 tak buat. hmmm

    BalasPadam
  3. Wah sedapnya.. boleh cuba ni nanti.

    BalasPadam
  4. Nampak sedap ni. Thanks for sharing!

    BalasPadam
  5. wahhh tqq tq
    boleh akak cuba ni utk berbuka
    ank2 pun suka apam balik

    BalasPadam
  6. sedapnya apam balik......

    BalasPadam
  7. Lama tak makan apam balik.
    Hujung minggu nanti suruh mama buat, hehehe

    BalasPadam
  8. wah senang je nak buat rupanya..ingatkan susah..boleh cuba ni

    BalasPadam
  9. ingatkan susah buat, cam senang je. nanti nak try buat juga

    cek sini sis

    http://zzzyy.blogspot.com/2020/04/pemenang-segmen-apakah-perkara-pertama.html

    BalasPadam
  10. mudah rupanya! Nak buat jugak lah nanti

    BalasPadam
  11. kdg2 isteri ada buat apam balik ni.

    BalasPadam
  12. anak2 rajin beli yg kecil dan rangup tu ..tapi nanti boleh la try buat..mudah jugak tuu

    BalasPadam
  13. Sedapnya tengok apam balik!!!

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.