Resepi Biskut Semperit Cream Cheese

19
Assalamualaikum
Bismillah

Baru-baru ni aku banyak join group resepi di facebook. Selain group Masak Apa Hari Ini, aku suka dengan group Dapur Bidadari. Ada banyak sangat resepi yang menarik dalam group tu. Salah satunya Resepi Biskut Semperit Cream Cheese ni. 

Biasanya tengok biskut semperit susu atau warna-warni je. Kali ini pula rasa cheese. So, nak tahu juga macam manalah rasa biskut ni. Mesti sedap kan. Tengok saja rupa pun dah menyelerakan. 

Resepi dan gambar bukan aku punya tau. Aku cuba nak post kat blog untuk rujukan je. Lain hari aku bolehlah buat kalau bahan dah cukup. 

Image : Nur Balqis

Bahan A
🌸250 butter cup
🌸1/2 tin susu pekat
🌸5Og cream cheese tartura

Bahan B
🌸500g tepung jagung
🌸3 sudu tepung kastad
🌸1 sudu esen vanila
🌸pewarna ikut suka.

Cara-caranya :

1. Sebatikan bahan A. Tak perlu pakai mixer. Setelah itu masukkan bahan B dan gaul rata.

2. Untuk dapatkan semperit yang berwarna-warni, asingkan kepada 3 bahagian untuk letak pewarna yang disukai. 

3. Masa nak tekan menggunakan acuan semperit, campurkan ketiga-tiga warna.

4. Guna acuan tembaga saiz 13. Sekali adunan boleh dapat 4 tray hitam yang dapat masa beli oven tu.

5. Bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 150'C mengikut kepanasan oven masing-masing. 

Kredit resepi asal : Yusliana

Image : Nur Balqis

Selamat mencuba~

Catat Ulasan

19Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Amboi kaler dia colourfull....budak-budak confirm suka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Yeaa..budak2 mmg suka colour warna warni,,

      Padam
  2. Nampak sedap la! warna dia macam paddle pop camtu hehe.
    Nak suruh mak buat laaa.

    BalasPadam
  3. cantiknyaaa.. mesti sedap kan :)

    BalasPadam
  4. yesss semperit cheese ni sedappp. pernah makan orang buat. haha boleh try nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha selamat mencuba sy pun teringin juga nak buat

      Padam
  5. color menarik dan rasa pun pasti sedap sebab ada cheese kan. saya selalu fail menekan acuan semperit, selalu tak cantik 😀

    BalasPadam
  6. color dia sangatla kawaii!! izzati kena try dari sekarang sebelum raya. thank youuu. <3

    BalasPadam
  7. Biskut semperit colorful gitu, tambah cheese pulak mesti double sedap dari biasa 😍

    BalasPadam
  8. kalau buat warna pastel lembut2 ni mesti lawa kan...semperit cheese sedap...

    BalasPadam
  9. Cantik dan comel sgt budak2 mesti suka

    BalasPadam
  10. baca post ni tetiba teringat pula ttgbiskut feveret mama ni

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !