Resepi Biskut Milo Sedap dan Rangup

Assalamualaikum
Bismillah



Bahan A (Diayak) :

  • 125g tepung gandum 
  • 100g tepung jagung
  • 70g milo 
  • 1 sb serbuk koko
Bahan B :
  • 60g gula halus (kurang manis)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu esen vanila
  • 95g majerin/butter
Tambahan :
  • 30g badam cincang (bakar 2 - 3 minit)
  • Coklat cip


Cara-caranya :

1. Campurkan semua bahan A yang telah diayak dalam satu bekas. Gaul rata.

2. Masukkan majerin ke dalam mixer dan gula halus. Putar sehingga kembang.

3. Masukkan esen vanila dan kuning telur. Putar pada kelajuan yang sederhana.

4. Masukkan adunan yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga sebati. Masukkan badam cincang atau coklat cip putar sekejap. 

5. Gaulkan adunan dengan tangan sehingga menjadi doh. Bulatkan dan tekap dengan garpu untuk bentukkan. Bentuk nak buat apapun tak kisah ikut kreativiti masing-masing.

6. Bakar di oven selama 15 - 20 minit dengan suhu 150'C mengikut kepanasan oven masing-masing. 



Selamat mencuba~



Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

5 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama