Biskut Raya Kacang Hijau Mudah & Sedap

Assalamualaikum
Bismillah

Walaupun tahun ini tidak dapat beraya, tetapi mood beraya dengan keluarga itu masih ada. So, sepanjang bulan Ramadan ini aku cuba buat pula Biskut Raya Kacang Hijau

Tetiba rasa macam nak makan biskut raya gitu. Kalau nak tahu macam mana nak buat teruskan membaca okay. 


Bahan-Bahan A :

  • 100g tepung kacang hijau
  • 100g tepung gandum
  • 50g gula aising
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 biji kuning telur

Bahan-Bahan B :
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • Minyak secukupnya

Cara-cara membuatnya :

1. Masukkan bahan-bahan A dan sebatikan.

2. Masukkan serbuk penaik dan gaul rata.

3. Masukkan minyak masak dan uli sehingga jadi doh yang lembut.

4. Uli adunan dengan plastik. Terapkan acuan biskut dan sapukan kuning telur di atas permukaan biskut.

5. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 30 minit atau sehingga masak.



Selamat mencuba~ 


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

6 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. raya tetap raya kann hehe walaupun x dpt p mana2.. mood kena happy2 jugak. da stat da ni time org buat kuih..

    sedap nyee cookies =)

    BalasPadam
  2. sedapny biskut.. ummi tahun ni xbuat biskut.sb takot xabis makan.huhuh buat kerepek2 je

    BalasPadam
  3. Ok nampak senang dan mudah saja nak buat. Boleh buat biskut ni untuk raya nanti.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama