11 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular

8
Assalamualaikum
Bismillah


Tak lama lagi nak masuk Bulan Syawal kan, walaupun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tetapi mood beraya tu mesti ada. Tak dapat beraya dengan sanak-saudara pun tak apa, beraya je kat rumah dengan keluarga. Yang masih tercari-cari resepi biskut raya, korang boleh cuba 11 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular ini. 


RESEPI BISKUT RAYA KACANG HIJAU



Bahan-Bahan A :
  • 100g tepung kacang hijau
  • 100g tepung gandum
  • 50g gula aising
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 biji kuning telur

Bahan-Bahan B :

  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • Minyak secukupnya

Cara-cara membuatnya :

1. Masukkan bahan-bahan A dan sebatikan.

2. Masukkan serbuk penaik dan gaul rata.

3. Masukkan minyak masak dan uli sehingga jadi doh yang lembut.

4. Uli adunan dengan plastik. Terapkan acuan biskut dan sapukan kuning telur di atas permukaan biskut.

5. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 30 minit atau sehingga masak.

Kredit : Sii Nurul


RESEPI BISKUT ROSELLE


Bahan-Bahan Biskut Roselle
  • 50 gm roselle @ Ribena kampung
  • 90 gm gula icing
  • 180 gm Tepung gandum
  • 90 gm margarine
  • 1 biji kuning telur
Cara-caranya:

1. Campurkan marjerin, gula icing, kuning telur dan roselle @ ribena kampung yang di cincang lumat dalam satu bekas. Gaul sebati. 

2. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Canaikan dan buatlah bentuk yang korang suka.

3. Sediakan loyang dan kertas minyak. Susun biskut yang hendak dibakar. Bakar dalam suhu 160 darjah celsius selama 15 minit.

4. Bolehlah dihidangkan kalau sudah sejuk.

Kredit : Kak Kojes


RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES 


Bahan A :
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdk esen vanilla
  • sikit garam halus
  • adunkan semua, guna whisk. takde whisk, guna je senduk. sebatikan bahan A.

Bahan B yang mesti di ayak ye :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung susu
  • 1 sdk tepung beras
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bicarbonat
  • 1 cawan cornflakes, dikisar.


Cara-Caranya :

1. Campurkan cornflakes ke dalam bahan A.

2. Then perlahan-lahan masukkan pula bahan B. Kacau dgn senduk hingga sebati. masukkan adunan biskut ke dalam peti ais selama 20 minit.

3. Boleh la bentukkan adunan dan gaulkan dengan adunan yg telah dibentuk dgn cornflakes dan diramas kasar. Bakar dlm oven selama 20 minit pada suhu lebih kurang 170'c.

Kredit : Adianiez


RESEPI CORNFLAKES NUTELLA


Bahan-bahan
  • 50g badam cincang - disangai
  • 125g kepingan badam - disangai
  • 300g coklat gelap
  • 200g coklat putih
  • 100g nutella - anggaran 3 sudu besar
  • 500g baby cornflakes

Cara-caranya :


1. Masukkan dark chocolate dan white chocolate ke dalam mangkuk. Cairkan menggunakan teknik double boiler.

2. Kemudian, masukkan 3 sudu besar nutella ke dalam adunan chocolate tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa tutup api ya.

3. Lepas dah sekata, masukkan pula baby cornflakes dan kepingan badam. 

4. Gaul sehingga cornflakes disaluti chocolate.

5. Masukkan adunan ke dalam paper cup.

6. Taburkan badam cincang di atas adunan tadi.

7. Sejukkan cornflakes nutella tadi di bahagian freezer selama 5 minit.

Kredit : Myarosli


RESEPI BISKUT CORNFLASKES RANGGUP 


Bahan-Bahan

  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes (ramas-ramas sikit)
  • 2 cawan tepung naik sendiri (diayak terlebih dahulu)
  • mangkuk kertas secukupnya
  • ceri merah dihilis kecil atau ikut saiz kegemaran anda

Cara-caranya : 

1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati

2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi, setelah itu masukkan esen vanilla

3. Masukkan tepung naik sendiri dan conflakes yang telah di ramas... gaul sebati gunakan senduk kayu 

4. Masukkan dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah 

5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15-20 minit

6. Biarkan sejuk seketika dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.



RESEPI BISKUT SARANG SEMUT GEBU


Bahan-bahan
  • 250 gram butter
  • 1/2 cawan gula halus / gula kastor
  • 1 3/4 cawan tepung jagung *
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu baking powder *
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil pewarna kuning (optional)
Ayak bahan bertanda *

Cara membuatnya :

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sebati guna mixer.

3. Kemudian, masukkan tepung kastard dan kacau rata.

4. Masukkan tepung yang diayak ke dalam adunan hingga menjadi doh.

5. Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung gandum atau tepung jagung semasa menguli menjadi doh.

6. Kalau dah tak melekat tapi masih lembut tak boleh nak sagat. Jadi, sejukkan dalam peti sejuk. Dah keras boleh sagat sikit-sikit.

7. Adunan yang di sagat masukkan dalam paper cup. Taburkan coklat urai atau manik ikut citarasa.
Bakar dalam oven dengan suhu 165 darjah celcius selama 20 minit.

Kredit : Mariafirdz


RESEPI TART NENAS GULUNG


Bahan - Bahan 
  • 250gm mentega
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 300gm tepung gandum 
  • 50gm tepung jagung
  • 30gm tepung kastard
  • 30gm gula icing
  • Secubit garam (tak letak)
  • 1 kuning telur
  • Jem nenas secukupnya
  • Kuning telur untuk hiasan (sis campurkan dengan sedikit susu cair)

Cara - Caranya :

1. Kacau mentega, minyak sapi dan gula icing dengan sudip kayu hingga sebati. Tak perlu kembang sangat.

2. Masukkan telur kuning, kacau lagi masukkan susu tepung dan garam.

3. Perlahan masukkan semua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Perap 1 jam tutup denga tuala basah. (sis tak perap ya, sis simpan semalaman dalam peti sebab buat awa l)

4.Guna lah acuan kesukaan. Masuk inti nenas dan gulung. Sapu campuran kuning telur.

5. Bakar dengan suhu 150 C atau ikut suhu oven masing-masing dalam 25 minit atau sehingga kekuningan. 

Kredit : Wani Sukarno

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS


Bahan-bahan
  • 500gm mentega
  • 2 1/2 cawan gula perang
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 6 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1 cawan tepung jagung (ayak)
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (ayak)
  • 1 1/2 sudu kecil sodium bicarbonate (ayak)
  • 10 sudu minyak masak
  • 4 cawan coklat chip (tambah almond pun sedap) *saya guna coklat rice sahaja
Cara-caranya.

1. Campurkan mentega dan gula perang. Gaul sehingga sebati. Tak perlu guna mixer pun tak mengapa. Hanya gaulkan guna spatula atau senduk dengan kuasa tangan 😝.

2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan lagi.


3. Bila dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak.

4. Masukkan pula minyak masak dan gaulkan sehingga betul-betul serasi bersama.

5. Akhir sekali masukkan pula chocolate chip atau chocolate rice. Dan simpan adunan ke dalam fridge untuk 1/2 jam.

6. Bila dah cukup 1/2 jam adunan tu kat dalam fridge, bolehlah panaskan oven untuk suhu 150 ke 160 darjah celcius dan api atas bawah ya. Kalau oven yang ada kipas tu sila on juga.

7. Sambil tunggu oven panas dah boleh bentukkan adunan ke dalam tray dan bentuklah guna sudu ikut kreativiti masing-masing. Dan bakar untuk 20-30 minit mengikut style oven korang ya.


RESEPI SEMPERIT SUSU ANZALNA


Bahan-bahan
  • 250 gm buttercup (suhu bilik tapi jangan sampai lembik sangat nanti Bunga tak cntik)
  • 50 gm gula icing (1/4 cwn) - gula pasir yang dikisar halus pun boleh
  • 120 gm susu pekat manis (1/2 cwn)
  • 400 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastard (1/4 cwn)
  • 1 sd teh esen vanilla
  • Choc chip utk hiasan
Cara - Caranya : 

1. Masukkan butter dan gula. Kacau sebati menggunakan senduk je.

2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla, kacau sebati.

3. Satukan tepung jagung dan tepung kastard. Masukkan dalam adunan. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Satu adunan warna pink, satu adunan warna ungu, satu adunan lagi tak perlu letak pewarna.

5. Ambil sedikit adunan dari ketiga-tiga warna, satukan. 

6. Masukkan dalam acuan semperit. 

7. Tekan atas dulang pembakar . Letakkan coklat chip. Bakar suhu 180°c 20-25 min api atas bawah.

Kredit : Azhafizah


RESEPI BISKUT ARAB 



Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum,
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar mentega
  • 100gm kacang tanah, digoreng, diibuang kulit dan ditumbuk


Cara-Cara membuatnya :

1. Goreng (sangai) tepung didalam kuali hingga agak kekuningan.  Masukkan kedalam bekas adunan

2. Panaskan minyak dan kemudian masukkan mentega didalam kuali dalam 5 minit dan hingga mentega cair.  

3. Masukkan minyak kedalam adunan tepung bila agak sejuk, gaulkan  sehingga sebati.

4. Jemput adunan lebih kurang sebesar duit 20sen dan bulatkan, lepas tu buatkan lubang untuk masukkan kacang tanah, bulatkan kembali dan letak didalam dulang pembakar

5. Bakar dengan suhu 160 darjah lebih kurang dalam 20 minit.

6. Letakkan biskut arab yang telah dibakar dan golekkan biskut arab ke dalam pinggan berisi gula, golekkan hingga gula menyaluti biskut.  Angkat dan simpan atau boleh jer dimakan terus.

Kredit : Iamfuzy


RESEPI BISKUT SUSU NESPRAY



Bahan-bahan:-
  • 1kg tepung gandum
  • 300gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)
  • 300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)
  • 2.5 sudu teh esen vanilla
  • 1.25 sudu teh baking powder
  • 5 biji telur
  • 300gm serbuk susu nespray + 150gm gula halus (digunakan untuk menggaulkan biskut nanti selepas biskut dah masak)
nota: kalau korang nak biskut lebih rasa susu, bolehlah masukkan extra 300gm susu nespray / serbuk cerelac susu dalam adunan doh di atas. ada yang suka guna serbuk cerelac, dan ada juga yang suka guna nespray, so pilihan masing masing ...

Cara Membuatnya:-

1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen

2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk

3. Apabila doh berjaya dibuat, bentuk doh mengikut bentuk yang korang suka. Biasanya untuk biskut susu, selalu orang buat bentuk bulat-bulat leper, tapi mr.Husband rajin nak tekap bentuk ala-ala ikan yang kecil cinonet tu ...

4. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ...

5. Bila biskut dah siap dibakar, masukkan biskut ke dalam serbuk susu nespray yang telah ditambah bersama gula halus tadi dan gaulkan biskut sehingga bercampur sepenuhnya dgn serbuk susu nespray tadi, dan 

6. Bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat. Siap! 

Kredit : Mrs Pip



Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. bolehla buat kuih ni nanti, makan sendiri ajelah raya ni nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea tahun nie duduk beraya d'rudah sendiri ja..

      Padam
  2. tahun ni macam rajin sikit nak membaking biskut..hehe

    BalasPadam
  3. Paling mya suka tart nenas gulung tu.. raya tahun ini boleh buat kat rumah je kan?

    BalasPadam
  4. boleh sudah ni start buat biskut raya. hehe.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !