Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP

43
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, sebenarnya aku dah lama mahu daftar KWSP i-Akaun ni sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi sebab nak mencarum kwsp sendiri. Tetapi ada sahaja halangan untuk aku berbuat demikian. 

Sebelum ini korang kena pergi kiosk ataupun kaunter kwsp juga. Sekarang tak perlu lagi ke kiosk untuk daftar KWSP i-Akaun, hanya perlu hantar borang permohonan pendaftaran melalui email sahaja. 

Umur aku baru masuk 25 tahun, alhamdulillah dah ada akaun kwsp sejak umur 18 tahun lagi. Aku dulu rajin kerja part-time. Ada yang dapat potongan kwsp ada juga yang takda. 



Baiklah tanpa membuang masa, korang baca langkah tersebut dengan teliti.


Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP

Korang perlu isi borang PERMOHONAN PENDAFTARAN i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL (download ja) Jangan risau tau kalau korang tak tahu macam mana nak isi. Dalam borang tersebut lengkap dengan panduan macam mana nak isi permohonan pendaftaran i-Akaun. 

Semua Dokumen berikut HENDAKLAH dilampirkan :

1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit )
5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli


Sila e-mel permohonan anda ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my

CARA LAMPIRKAN SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :


    1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang lengkap diisi dengan tulisan bertaip. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Borang_<Nama Anda>

    2. Salinan MyKad (depan dan belakang). Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_MyKad_<Nama Anda>

    Nota : Anda digalakkan untuk membuat garisan palang "UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA" di salinan dokumen seperti contoh di bawah :

      3. Gambar selfie korang sambil pegang MyKad. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Swafoto_<Nama Anda> 

      Nota : Paparan maklumat Ahli PERLU jelas.  Contoh seperti di bawah :

      Abaikan watermark tersebut.  
      Kalau tak letak nanti orang lain guna seseuka hati gambar nie

      4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit) Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Telefon_<Nama Anda>
      • Pengguna Postpaid : Lampirkan bil korang
      • Pengguna Prepaid : Screenshot statement yang ada nama dan nombor handphone korang di apps telco masing-masing

      5. Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif milik Ahli. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Bank_<Nama Anda>



      Ini contoh bank statement untuk CIMB Bank. 
      Korang kena bagi penyata yang lengkap tau. Ini cuma bagi contoh saja. 





      Rename setiap file mengikut format yang telah ditetapkan. Sila e-mel permohonan kesemua dokumen 1-5 ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my Pihak KWSP akan sahkan permohonan korang.

      Contoh seperti di bawah :



      Jika permohonan berjaya, korang akan dapat SMS ID dan Password sementara daripada pihak KWSP.

      Seterusnya untuk SEMAK PENYATA KWSP korang kena aktifkan i-Akaun dan korang perlu tukar password sementara kepada password baru.


      SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN i-AKAUN AHLI / PENGEMASKINIAN NOMBOR TELEFON TAC

      1. Warganegara Malaysia sahaja
      2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
      3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
      4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

      MAKLUMAN PENTING! 

      1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP
      2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP
      3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kiosk/Kaunter KWSP

      Akan datang aku akan kongsi tentang CARA AKTIFKAN i-Akaun dan SEMAK PENYATA KWSP sebab ID dan Password sementara belum diterima lagi.

      Apapun semoga bermanfaat.

      UPDATE! 

      * Pastikan file yang dihantar melalui email tidak melebihi 2MB. Korang boleh cuba compress semua file yang berbentuk PDF di ILOVEPDF

      Boleh call KWSP : 03-89226000 

      Tetapi aku nak ingatkan line sangat sibuk. Nak call pun memang tak dapat. Disebabkan permintaan permohonan i-Akaun yang tinggi maka pihak KWSP akan memberi maklum balas dalam masa 5 - 10 hari bekerja. 

      Buat semua ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran i-Lestari tak perlu lagi ke kaunter kwsp, kios ataupun daftar i-Akaun. Boleh buat di i-Lestari Online KWSP.


      Contoh STATUS PERMOHONAN i-Lestari diterima


      Catat Ulasan

      43Ulasan

      Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

      1. wow~ perkongsian baik ni. Aien dah ada tapi duit pun semput dalam tu sejak tak bekerja ni.. Haha

        BalasPadam
        Balasan
        1. haha its okay.. daftar ja dulu.. sy pun duit masi semput huhu

          Padam
      2. senang je pun isi kan nurul. kakak stress hari ni gara-gara nak daftar ni ja. hahaha. ok selesai update blog! haha.

        BalasPadam
        Balasan
        1. Senang ja kak.. Yg penat mau edit n buat tutorial nie hahahaha.. Apapun demi pembaca sanggup juga update ..

          Padam
      3. Balasan
        1. haha yea.. dah submit just tngu sms utk ID dan Password ja

          Padam
      4. Salam nak tanya kalau baru nak daftar dan pada masa sama nak kemaskini no telefon baharu untuk penggunaan TAC kena klik pangkah pada kedua dua petak ke pada jenis pemohonan diborang.

        BalasPadam
        Balasan
        1. Walaikumsalam..
          Yea.. Rasanya kena pangkah 2 petak tu..

          Padam
      5. Balasan
        1. Sama-sama.. semoga bermanfaat buat pembaca ^^

          Padam
      6. good info tuk yang belum ada i akaun kwsp.
        nasib saya dah buat i akaun dari dulu, cepat dan mudah

        BalasPadam
        Balasan
        1. Bagus kalau yg dah buat awal2.. tak yah susah2 lagi kan

          Padam
      7. Sis..kaku no fon tu bukan register atasnama kite macam mana..semua bil atas nama suami

        BalasPadam
        Balasan
        1. Ohh cuba saja guna nama suami.. sy pun tak tahu boleh atau tak..

          Padam
      8. Hi nurul. Tq share ni. Boleh lah saya forward entry ni kepada siapa2 yang tanya nanti. 😊

        BalasPadam
        Balasan
        1. Your welcome.. Boleh..
          sgat digalakkan utk share ^^ semoga bermanfaat~

          Padam
      9. Hi sis, mcm mna nak tau file tu xlbh dri 2mb??

        BalasPadam
        Balasan
        1. Bila mira dah compress file tu boleh tambah..

          Contoh - borang 25kb, bank 30kb .. Jadi total 55kb..

          Lau lebih 2000kb means 2mb

          Padam
        2. Ok, terima kasih sis. 😊

          Padam
      10. Berapa lama ye kwsp akan bg jawapan... Berjaya atau tidak mereka akan bgtahu kan..

        BalasPadam
        Balasan
        1. Actually sy sendiri masi menunggu.. dgar kata terlalu sibuk dan mungkin ambil masa 5-10 hari .. Kalau nak secepat mungkin boleh call kwsp.. ^^ Kalau sy dah dapat password sy akan update utk login mcm mana..

          Padam
        2. Hihi..thanks sy pon tertanya2

          Padam
      11. Berapa lama ye akan dapat jawapan

        BalasPadam
      12. Nak dpt tac....dh tuka no tel blh ke buat kat tel...

        BalasPadam
      13. Dah tuka no tel tk blh dpt tac...mcm mn

        BalasPadam
        Balasan
        1. Kalau utk tukar no fon sy xda cuba lagi.. setakat ini entri ini utk yg daftar i-akaun sahaja..

          Padam
      14. Mcm sy mule2 tersend lebih 10mb.. kwsp anta email..pemohonan kite di reject..die sruh resend blik.. blh resize blik gambar2 kite tu kepada saiz kecik.. download app photo and picture resize

        BalasPadam
      15. Assalam, berapa lama ye nak dpt reply dr kwsp? Dah 6hr dr tarikh hantar email, xde reply lg,

        BalasPadam
        Balasan
        1. Walaikumsalam sis.. sy pun belum dapat apa2 respon lagi dr KWSP..Dah masuk seminggu dah.. So, sy just decide utk tunggu saja sbb nak call pun mmg tak dapat.. network busy

          Padam
      16. Tq kak for sharing sebenarnya mmg byk faedah dgn mencarum kwsp ni

        BalasPadam
      17. Kemaskini nombor telefon untuk dapatkan tac

        BalasPadam
      18. penyata bank perlu full page atau hanya first page?

        BalasPadam
      19. Hi, nak tanya macam mana nak insert (untuk kegunaan kwsp sahaja) kat penyata bank yang PDF ?

        BalasPadam
      20. Saya dh email tpi ditolak sbb mailbox penuh. Masa mula2 awak email pon mcm tu ke?

        BalasPadam
      21. Mmg penting ada i-akaun, memudahkan urusan. Saya daftar walk-in di KWSP, urusan selesai x sampai 20 minit. Yg penting, jgn lupa password & username. :)

        BalasPadam
      22. Thank you miss nurul. . 😉

        BalasPadam
      23. akaun melalui email untuk mendapatkan borang

        BalasPadam
      Catat Ulasan

      #buttons=(Accept !) #days=(20)

      Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
      Accept !