Dikuasakan oleh Blogger.

Sesiapa Melakukan Empat Perkara Ini, ALLAH Memberinya Empat Perkara

Assalamualaikum
Bismillah

Zikir adalah amalan umat Islam. Tidak kira selepas solat, ketika bertahajud atau di mana sekalipun, kita sentiasa digalakkan berzikir. 

Al-Qadi Iyadh berkata : "Zikirullah (mengingati Allah) terbahagi kepada dua bahagian; zikir dengan hati dan zikir dengan lisan."

"Zikir dengan hati juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama yang paling tinggi dan mulia adalah memikirkan keagungan, kebesaran dan kekuasaan Allah juga tanda-tanda dan kerajaan Allah di langit dan di bumi. Kedua, mengingati Allah dengan hati dalam perintah dan larangan-Nya. Orang berkenaan selalu melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang."

"Zikir dengan lisan adalah selemah-lemah zikir. Akan tetapi ia mempunyai banyak kelebihan sebagaimana disebutkan dalam hadis; Menurut Imam Al-Nawawi, tujuan zikir sangat dituntut sebagaimana mentadabbur bacaan al-Quran. 

Justeru, mengikut mazhab yang terpilih: di sunatkan memanjangkan kalimah "Lailahaillah" kerana membantu untuk mentadabbur maknanya. Ucapan ulama salf dan khalaf berkenaan perkara ini sangat banyak. 


Sesiapa yang melakukan empat perkara ini, Allah akan memberinya empat perkara :


1. Sesiapa yang mengingati Allah, Allah akan mengingatinya.

"Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur". (Surah al-Baqarah: 152)

2. Sesiapa yang berdoa kepada Allah, Allah akan mengabulkan doanya.

Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir : 60)

3. Sesiapa yang bersyukur, Allah akan menambah nikmat untuknya.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : "Sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku, dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih." (Surah Ibrahim : 7)

4. Sesiapa yang beristighfar, Allah akan mengampunkan dosanya.

Sehingga aku berkata (kepada mereka) : "Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah Nuh : 10)

Rasulullah bersabda : "Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan yang tidak mengingati Tuhannya adalah seperti orang hidup dan orang mati". (Riwayat al-Bukhari)

Hati yang sakit tidak dapat merasai kemanisan beribadah. Hati yang mati tidak lagi mampu membezakan yang hak dan batil. Karat hati disebabkan oleh dua perkara iaitu LALAI dan DOSA. Dan bersihnya hati kerana dua perkara ; ISTIGHFAR dan ZIKIR.


Petikan daripada Ustaz Umar Muhammad Noor

4 ulasan:

  1. Apa yang terbaik jom jangan lupakan Yang Maha Esa.. InsyaAllah ..mudah-mudahan kita sentiasa dalam Rahmat-Nya

    BalasPadam
  2. tenkiu share. baik untuk peringatan semua.

    BalasPadam
  3. Tq Nurul.kerana mengingatkan

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk peringatan ini..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.